Teks : Norazira Mohamed
Gambar : Carian Google
Pada hari Jumaat minggu lepas, anak sulung saya memberikan saya hadiah yang membuatkan saya merasa cukup terharu. Sebaik pulang dari sekolah, terus dia mengeluarkan sesuatu dari beg sekolahnya dan memberikannya pada saya. Katanya "Abang ada beli hadiah untuk ibu". Terkejut saya melihat sekuntum bunga mawar plastik siap bersarung yang berwarna merah dihulurkan pada saya.
Saya bertanya, "Kenapa abang beli ibu bunga?"
Jawabnya, "Saje..."
Saya bertanya lagi, "Abang beli guna duit mana?"
Jawabnya, "Duit yang ibu bagi tu lah..."
Sebenarnya dalam dua minggu ni saya perasan anak sulung saya selalu membawa balik makanan snek atau pemadam baru atau mainan apabila balik dari sekolah. Ianya mengundang persoalan dalam hati saya, dimana dia dapat duit untuk membelikan semua itu sedangkan duit belanja yang saya beri cuma RM2 untuk sekolah agama pagi dan juga RM2 untuk sekolah kebangsaan petang. Bila ditanya dia tak makan ke di sekolah, katanya dia makan.
Ok, berbalik pada kisah sekuntuk mawar tadi, tanda harga masih lagi ada, RM2 satu. Jadi, sekiranya dia membelanjakan duit yang saya berikan untuk membeli bunga, macam mana dia dapat membeli makanan? Saya hanya sekadar bertanya tanpa menyiasat dan mengucapkan terima kasih atas hadiah tersebut. Ibu suka, kata saya. Dia tersenyum bangga. Cumanya saya pesan, "Ibu lagi suka kalau abang gunakan duit yang ibu beri untuk beli makanan. Ibu takut abang lapar, nanti tak dapat nak faham apa yang cikgu ajar". Dia hanya diam.
Minggu ini, baru saya perasan yang sebelum kesekolah pagi, selepas dia mengambil wang saku yang diberikan Babanya, dia masuk kebilik dan mengeluarkan duit dari tabungnya. Saya hanya melihat tanpa berkata apa-apa. Dalam hati, "Ooo baru ibu tahu.."
Petang itu, balik dari kerja saya terus khabarkan kepada suami dan pada malamnya suami keluar membeli tabung baru yang tidak dapat dibuka. Masukkan wang dari tabung lama ke tabung baru. Lepas tu Babanya memberitahu, bila tabung dah penuh, nati Ibu akan bawa abang ke bank dan masukkan duit ke bank. Lepas tu, boleh dibeli PSP.
Sejak hari itu, tiap-tiap hari Abang masukkan duit lebih dalam tabung baru dan bertanya bila nak penuh ni? Sebabnya.... PSP... Owh!!

No comments:
Post a Comment