Teks : Norazira Mohamed
Gambar : Carian Google
Bang Chik telah dapat berjalan!! Seronok sangat rasanya. Mulanya 2 minggu lepas, dia dah boleh berdiri. Hanya berdiri tapi masih belum dapat melangkah kedepan. Hampir seminggu dia berlatih berdiri mengimbangkan badan. Selepas saya rasa yang dia dah cuba-cuba hendak melangkah ke depan, saya pegangkan tangannya dan bantu dia mengatur langkah ke depan. Galakan demi galakan saya berikan. Sambil memegang tangannya sambil saya berkata, "teteh.. teteh.." Selepas 2-3 hari, saya pegang tangan dan lepaskan bila dia mula hendak melangkah. Akhirnya dia berjaya membuat 3 langkah pertama tanpa bantuan saya.
Sekarang, 9 langkah tanpa jatuh, Bang Ngah berjaya maju ke depan. Rasanya bila adiknya lahir Syawal nanti, dia dah boleh berlari.
Belajar berjalan merupakan momen penting dalam hidup seorang kanak-kanak. Apabila anak telah pandai berjalan, itu petanda bahawa dia telah meninggalkan zaman bayinya. Itu juga petanda bahawa dia telah mula belajar berdikari. Sebagai ibubapa, bagaimana kita boleh membantu anak-anak dalam mengembangkan kemahiran berjalan ini. Maklumat ini saya perolihi dari majalah PaMa yang bertarikh 3 Januari 2012. Antara yang boleh kita bantu ialah :
- Memastikan keadaan rumah yang selamat supaya anak tidak mendapat kecederaan pada sudut atau tangga semasa mengajarkannya berjalan.
- Apabila anak telah pandai merangkak, bantulah dia berjalan dengan memegang tangannya sehingga dia boleh berdiri tanpa terjatuh.
- Walaupun anak telah mula berdiri sendiri, tapi dia masih memerlukan bantuan untuk duduk dengan cara yang betul. Ajarkan dia duduk dengan membengkokkan kakinya supaya dia boleh duduk tanpa jatuh. Beri dia masa untuk mencubanya sendiri.
- Memastikan ada perabut yang boleh anak berpegang untuk mudah bergerak.
- Memegang tangannya supaya dia dapat belajar mengimbangi badannya dan galakkannya berjalan sambil memegang tangannya.
- Berada berdekatan dengannya untuk memudahkannya berpegang pada anada sebagai sokongan untuk dia lebih yakin berjalan lagi. Lagi pula, ianya memudahkan anda menangkapnya sekiranya dia hendak terjatuh.
- Jangan menggunakan walker kerana ianya boleh mengundang bahaya dan boleh menyebabkan kecederaan.
- Jangan pakaikannya kasut. Biarkan dia berjalan dipermukaan yang rata, kasar, sejuk, berpasir atau berumput. Kerapkan berkaki ayam. Ini membantu membantu anak anda memperbaiki keseimbangan badan.
- Membantu anak anda bersenam bagi meningkatkan koordinasi badannya dengan permainan fizikal yang menggalakkan ketangkasan.
- Bermain tolak dan tarik serta menendang dan membaling bola untuk meningkatkan koordinasi mata, tangan dan keseimbangan badan.
- Jangan memaksa sekiranya dia belum bersedia.
- Ajak anak berjalan disekitar rumah anda tapi jangan terlalu laju.
- Jangan sekali-kali meninggalkan anak sendirian kerana kemingkinan dia memerlukan bantua n atau terjatuh.
No comments:
Post a Comment