Jumlah Pelawat

Pemeriksaan bulanan kehamilan - 100413

Teks : Norazira Mohamed
Gambar : Carian Google

Hari ini, selepas melakukan rutin harian iaitu menguruskan anak-anak bersiap pergi sekolah, tadika dan ke rumah pengasuh, saya menuju ke klinik untuk pemeriksaan bulanan kehamilan. Temujanji sebenarnya pada minggu lepas tetapi disebabkan Doktor yang  biasanya merawat saya berkursus, temujanji ditunda ke minggu ini. 



Selepas urusan pendaftaran, saya keluar semula untuk bersarapan dahulu disebabkan nombor giliran saya masih jauh. Siap bersarapan saya menuju ke klinik semula. Setelah menunggu hampir sejam lebih, giliran saya pun tiba. 



Seperti biasa, Doktor dengan ramah menegur dan bertanya khabar. Selepas itu, Doktor mula memeriksa kandungan menggunakan mesin pengimbas iaitu imbasan ultrasound. Masya Allah, dengan jelas nampak bayi saya dalam kandungan. Semasa Doktor sedang meneliti tumbesaran bayi dengan mengambil ukuran kepala, tangan, kaki dan semua anggota lainnya, kelihatan mulut bayi menguap. Hampir menitis air mata saya melihat kebesaran Allah. Seorang lagi zuriat yang bakal dilahirkan. Doktor mengesahkan bayi didalam kandungan sihat dan sempurna segalanya. Alhamdulillah. Moga anak ibu membesar dengan baik didalam sana yer. Lagi empat bulan In sya Allah kita akan bersua....


Gambar Google

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...