Teks : Norazira Mohamed
Gambar : Carian Google
Siapakah yang dimaksudkan pelajar bermotivasi? Pelajar yang bermotivasi ialah pelajar yang :
- Sentiasa bersiap sedia dari awal tahun untuyk menentukan kejayaan dalam peperiksaan pada akhir tahun
- melakukan sesuatu kerja tanpa disuruh/dipaksa atau ditentukan oleh orang lain
- sentiasa memberi tumpuan kepada aktiviti pembelajaran
- waktu terluang sentiasa diisi dengan aktiviti ilmu
- di rumah sentiasa mengulang kaji pelajara, membantu keluarga dan rehat pada masa yang difikirkan sesuai
- waktu beribadah selalu tepat pada masa yang ditetapkan
- menggunakan sebahagian besar waktu cuti untuk mengulang kaji pelajaran
- menyayangi ibu bapa dan guru
- suka mengambil pengajaran apabila dimarahi ibu bapa dan guru
- mudah bangun pagi
- rajin sembahyang
- tidak mengharapkan sangat kawan-kawan untuk menghiburkannya
- sentiasa beringat dan berwaspadadalam menjalani kehidupan
- merasa sayang pada masa yang terbuang
- memastikan aktiviti kehidupan harian diurus dengan baik
- sanggup mengatakan tidak kepada aktiviti yang melalaikan masa seperti merokok, melepak, main-main, ponteng dan bercinta
- gemar berada disekolah
- sentiasa menyiapkan semua tugasan sekolah
- bijak merancang kehidupan lima tahun akan datang
- tidak suka berbohong dan berpura-pura
- suka membantu rakan yang dalam kesusahan
- sangat berminat menyertai aktiviti pembelajaran
- aktif dalam kokurikulum
Sumber buku : Tip pandai belajar : panduan teknik-teknik berkesan semasa belajar dan mengajar, oleh Mohd Sharani Ahmad dan Zainal Madon.
No comments:
Post a Comment