Jumlah Pelawat

Ilmu keibubapaan

Teks : Norazira Mohamed
Ganmbar : Carian Google

Hari ini hari minggu. Hari minggu hari yang meletihkan bagi saya. Bermula sebelum subuh, saya telah bangun mengemas rumah ; menyapu, mengemop, menyediakan sarapan, membasuh kain, menjemur kain dan apa jua kerja yang sempat dilakukan sebelum anak-anak bangun. Apabila anak-anak bangun, bermulalah rutin yang memenatkan. 

Dalam pada saya mengurus anak-anak dan juga rumah tangga, tetiba terlintas di fikiran saya, selalunya ibubapa garang atau tegas terhadap anak-anak, tetapi dengan cucu, baik pula. Selalunya juga, anak bongsu dikatakan selalu dimanjakan oleh mak ayah, kalau dulu abaang-abang kakak-kakak tak boleh, anak bongsu boleh pula.

Sebenarnya apakah yang menyebabkan ibubapa bersikap begitu? Adakah memang sepatutnya anak bongsu di manjakan? Adakah sememangnya datuk dan nenek baik, mesra dan berlemah lembut dengan cucu berbanding anak-anak?

Pendapat saya ialah, semuanya sebenarnya disebabkan ILMU. Ilmu keibubapaan. Ok, jom kita kaji. Setiap ibu bapa yang pertama kali mendapat zuriat pasti masih tidak pasti bagaimana mahu mendidik anak-anak merekakan? Ya tidak di nafikan, ada juga ibu bapa yang tahu bagaimana mahu menjaga dan mendidik anak-anak mereka berpandukan pengalaman ibu bapa mereka dahulu  tetapi itu hanyalah sebagai teori. Secara praktikalnya belum lagi. Oleh itu, dalam membesarkan anak-anak ibu bapa mencuba pelbagai cara/skil dalam mendidik anak-anak menjadi anak yang baik dan insan yang berguna. 

Jadi, apabila didalam situasi sebenar, andainya anak pertama buat perangai, cara yang digunakan  dalam menangani situasi tersebut mungkin berlainan dengan anak kedua. Ini kerana, apabila ibubapa mencuba cara A, maka mereka telah nampak hasil atau natijah dari cara tersebut. Oleh itu, untuk anak kedua, mereka akan menggunakan kaedah/cara yang berlainan pula untuk masalah yang sama.

Mungkin sebelumnya mereka bertegas, tetapi bila dilihat anak makin tindak mendengar kata, malah makin mengamuk, mereka akan mencuba kaedah berlembut pula. begitulah seterusnya pada anak-anak yang lain. Sebab iulah, ibubapa sudah menjadi kurang bertegas, kurang mengarah, lebih baik, berlemah lembut dengan anak bongsu atau cucu-cucu. Pengalaman membesarkan anak terdahulu menjadikan mereka lebih bertolak ansur, lebih memahami situasi anak-anak dan lebih menghargai hubungan yang ada.

Sama juga dengan saya, dengan anak pertama saya lebih bertegas. Pada saya yang kurangnya ilmu keibubapaan pada waktu itu merasakan kita perlu bertegas untuk mengelakkan anak-anak naik daun. 
Buat silap perlu dihukum. Tetapi, lama-kelamaan, pendapat saya berubah. Bertegas memang boleh tetapi hanya pada perkara-perkara tertentu. Yang eloknya lebih baik berlembut, bukan sahaja hubungan dengan anak-anak bertambah erat malah emosi kita juga terjaga, tidaklah marah-marah sahaja. Hukuman juga perlu tetapi yang paling penting biarlah anak-anak tahu mengapa dia dihukum bukannya menghukum membabi buta. 


Memang, ilmu keibubapaan itu luas. Tiada silibus tertentu yang boleh diikuti. Yang penting belajar dari pengalaman samada pengalaman sendiri atau ibubapa lain. Selain itu, apa yang diparaktikkan untuk anak pertama tidak akan sama dengan anak kedua. Ini juga kerana setiap anak itu berlainan sikap dan sifatnya. Oleh itu, cara/kaedahnya juga berbeza.

Walau apapun cara/kaedah yang digunakan dalam mendidik dan membesarkana anak-anak, semuanya berlandaskan satu tujuan utama iaitu melahirkan Muslim/Muslimah yang di redhai Allah, yang mematuhi ajaran Islam dan yang bisa mendoakan kita apabila kita telah tiada. Moga anak-anak kita semua menjadi khalifah Allah yang taat. Amin.


"Ilmu telah mengubah cara kita melakukan kerja. Dengan ilmu kerja menjadi mudah dan ringan. Ilmu adalah rezeki.' Fathuri Salehuddin


******************************************************

Bagi yang berminat untuk mencuba produk ini dan merasai sendiri kebaikannya, boleh lihat di Qaseh Gold.

Bagi yang ingin menyertai kelas asas blog dan dapatkan ebook '101 ideas home-based bisnes, boleh lihat Promosi Oktober.

Bagi yang ingin dapatkan ebook Belajar Asas Blog sahaja sila lihat di sini.

Bagi yang ingin membeli rpoduk sunnah dan barangan lain 
klik Daneen Sunnah Store.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...