Gambar : Carian Google
Hari raya korban telah pun berlalu. Pada hari raya, kami hanya duduk di rumah sahaja. Ingatkan hendak menziarahi sahabat lama tetapi disebabkan keadaan anak keempatku, Aydeen yang demam, niat itu dibatalkan sahaja.
Beraya di perantauan berlainan sekali suasananya dengan di kampung. Walau sudah dua hari berlalu, belum lagi dapat merasa daging korban. Berlainan kalau di kampung, kalau tak banyak, sedikit daging pun ada yang menghantar ke rumah. Boleh la juga merasa daging korban walau kita tidak korban. Kata orang tua-tua, rasa daging korban itu lain dari daging biasa. Dagingnya empuk dan rasanya juga manis dan enak.
Selain dari itu, suasana raya di kampung lagi meriah. Kanak-kanak riang ria bertandang kerumah jiran tetangga secara berkumpulan. Disini, selepas sembahyang raya, kami hanya duduk di rumah sahaja. Anak-anak pun tidak kemana. Hanya menonton televisyen. Rindunya suasana beraya di kampung.
Harapnya tidak terlewat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Korban buat semua pembaca blog ini. Semoga segala pengorbanan anda semua mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda.
----------------------
Berminat untuk sertai Kelas Asas Blog, pendaftaran masih lagi dibuka.
Dapatkan pakej menarik Kelas Asas Blog di Promosi Oktober.
No comments:
Post a Comment