Jumlah Pelawat

Ulasan Kelas Asas Blog

Teks : Iryani Ahmad


Saya terjebak dalam dunia blogging sejak tahun 2006. Pada masa itu, baru bergelar pelajar tahun satu di universiti. Topik yang ditulis berkisar tentang kehidupan sebagai pelajar baru dan pengalaman lalu sebagai seorang hamba. 

Ramai rakan alumni sekolah yang menulis blog. Pada tahun ini 2013, saya mengetahui Puan Masayu menganjurkan kelas blog secara online. Tanpa berlengah, saya terus mengambil peluang ini.

Kelas asas blog dan penulisan ini sangat-sangat menarik kerana menjanjikan sebuah ebook karya sendiri di akhir kursus penulisan. Selain itu, jadual kelas yang amat fleksibel iaitu mengikut masa pelajar sendiri. Hal ini sangat saya sukai kerana boleh belajar ketika bayi sedang tidur.

Puan Masayu sudah menulis nota lengkap tentang penulisan blog dan tugasan yang mesti dilakukan. Tugas pelajar hanya membuat tugasan dan bertanya sekiranya ada yang tak faham. Tugasan yang wajib dibuat adalah menulis selama 44 hari. Kesannya palajar akan mampu menulis laju sebuah entri dalam tempoh 5 minit dan berjaya menulis sebuah blog yang berinfomasi.

Sebagai usahawan yang baru nak merangkak dalam dunia bisnes, penjenamaan diri sangat penting agar diri dikenali di kalangan pelanggan khusunya. Antara usaha hebat yang sangat luar biasa adalah menulis di blog dan tulis perkongsian dalam bidang yang kita mahir. InsyaAllah selepas tempoh 44 hari, kita akan dapat pembaca tetap di blog. Pembaca tetap itu akan dapat bertukar menjadi pelanggan kita pula.

Blog termasuk salah satu platform jual beli yang tertinggi di Malaysia. Rugilah jika menjadi usahawan tapi tak tahu cara nak manfaatkannya. Blog dapat menjadi pemasaran yang efektif selain di Facebook.

Sehingga ke saat ini, saya rasa sangat berbaloi dapat menjadi mentee Puan Masayu. Selain daripada dapat mempelajari teknik penulisan di blog, sedikit sebanyak saya juga dapat belajar ilmu pemasaran dalam dunia perniagaan. Yuran kelasnya juga sangat berpatutan. Saya amat menggalakkan bagi sesiapa sahaja yang mahu mempelajari teknik menulis blog berpengaruh dan sentiasa konsisten dalam menulis blog agar menyertai kelas asas blog dan penulis yang dianjurkan oleh Puan Masayu.

Di sini, saya mahu membuat sedikit rumusan apa yang saya sudah dapat apabila menyertai kelas ini :
  • Belajar teknik menulis untuk menghasilkan blog berpengaruh 
  • Masa belajar yang fleksibel dan berguru terus dengan Puan Masayu secara online 
  • Yuran kelas yang sangat berpatutan 
  • Konsisten menulis dengan idea yang sentiasa mengalir 
  • Teknik menulis dari jiwa terus ke jiwa pembaca 
  • Semua penulis adalah perempuan! 

Semoga Puan guru Masayu Ahmad sentiasa sihat hendaknya agar sentiasa dapat mencurahkan dan berkongsi ilmu dengan para pelajarnya. Amiin, InsyaAllah. 



Berita baik bagi yang ingin menyetai kelas asas blog, untuk pendaftaran bulan Oktober, anda akana mendapat PERCUMA ebook 101 idea home-based bisnes tulisan Puan Masayu Ahmad. Jom rebut peluang ini. 



PM Nor Azira Mohamed untuk pendaftaran.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...