Teks : Norazira Mohamed
Sumber : Facebook
Carian Google |
Salam Jumaat semua. Saya dapat doa ni dari laman social Facebook iaitu doa belajar supaya tidak lupa. Menurut sumber berikut, doa ini diajarkan oleh Tuan Guru Al-Fadhil Ustaz Maulana Mansor Al-Hafiz, Naib Mudir Madrasah Miftahul Uloom Seri Petaling Kuala Lumpur (semoga Allah sentiasa memberkati beliau) dengan penambahan huruf wau pada lafaz 'yahfazuna' .
Beliau seorang ulama yang cukup alim dalam pelbagai bidang dan banyak menghasilkan kitab-kitab yang cukup bermanfaat untuk ummah. Kehidupan beliau sibuk dalam berdakwah, mengajar agama dan mengarang kitab-kitab agama dan lain-lain. Ini doa berikut :
"Ya Allah jadikanlah aku dikalangan orang-orang yang apabila memandang bahan bacaan dengan sekali pandangan mereka sudah menghafal kandungan dalamnya , memahaminya , mengamalkannya dan menyampaikannya.
Ya Allah sesungguhnya aku menyimpankan kepadaMu apa-apa yang telah Kau ajarkan kepadaku maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya dan janganlah Engkau melupakan daku akannya wahai Tuhan sekalian alam ."
Doa ini hendaklah diamalkan/dibaca 3 kali sebelum mula belajar ketika selepas solat. Antara tips atau panduan dalam mengamalkan doa ini ialah :
- menjaga solat 5 waktu,
- hormati ibubapa dan guru,
- menjaga pandangan mata
- elakkan daripada melakukan dosa dan maksiat
Selain daripada itu, menurut al-Marhum Kiyahi Mahfudz Sya’roni; yang merupakan seorang alim di Magelang, Jawa Tengah, Indonesia; sesiapa yang mengamalkan doa dibawah ini insya Allah tidak akan mudah lupa terhadap ilmu yang dipelajari. Ianya hendaklah dibaca tiga kali selepas belajar, mengaji atau mendengar ilmu yang disampaikan oleh guru. Doanya begini :
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ اللَّـهُـمَّ ارْزُقْنِيْ حِكْمَتَكَ وَانْشُرْ رَحْـمَـتَكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ
“ Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Pengasih. Ya Allah berilah ilmu hikmah-Mudan tebarkanlah rahmat-Mu wahai Tuhan Yang Mentadbir sekalian alam”.
Selain daripada itu doa-doa tersebut, boleh juga diamalkan ayat al-Quran dari Surah al-Israa' ayat 70. Semasa membaca doa ini disunatkan meletakkan tangan di atas dahi.
"Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan."
[Sumber : http://mukjizatdoa.blogspot.com/2012/02/doa-kuat-ingatan-tak-mudah-lupa.html]
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment