Jumlah Pelawat

Memasak sendiri atau membeli yang telah siap dimasak - 240413

Teks : Norazira Mohamed
Gambar : Carian Google

Memasak sendiri atau membeli yang telah siap? Yang mana satu pilihan anda. Sebagai isteri dan juga ibu yang bekerja, isu ini kadang-kadang boleh membawa kepada tekanan atau keadaan yang tegang. Mengapa? Kerana sebagai wanita yang berkerja, kita sibuk dengan tugas, berkejar ke sana ke mari menyiapkan tanggungjawab, dan juga peranan sebagai seorang ibu dan isteri apalagi menjadi tukang masak.


Kadang-kadang masa memasak yang memakan masa yang lama juga membuatkan kita kekurangan waktu untuk bermesra bersama anak-anak. Nak fokus memasak lagi, nak bermain dengan anak-anak lagi. Badan juga cepat letih, jadi perhatian pada anak-anak juga kurang. Tapi sendainya membeli di luar, pelbagai persoalan timbul. Bersih ke makanan itu,  halal ke? Siapa yang memasaknya? Bagaimana persiapannya? 

Semua itu bergantung pada pilihan masing-masing. Bagi saya memasak sendiri makanan adalah penting. Tetapi disebabkan pada faktor masa, pada hari bekerja, saya biasanya membeli makanan yang telah siap. Tetapi sekiranya makanan ringan atau mudah seperti nasi goreng, mee hon goreng, itu saya masak sendiri. Pada hari minggu sebolehnya saya memasak sendiri. Antara kelebihan masak sendiri ialah :
  1. Terjamin kebersihannya
  2. Dapat memelihara Iman. Ini kerana makanan yang dimasak sendiri terjamin kebersihannya, jadi Iman juga terpelihara.
  3. Dapat mengelakkan makanan yang haram. 
  4. Dapatmengelakkan makanan yang syubhah. Ye lah, kita mesti tertanya-tanya, halal ke mee goreng ni? Siapa yang masak, Indon ke Bangla, ke Melayu? Bersih ke cara penyediaannya?
  5. Mengeratkan hubungan silaturrahim. Memasak bersama-sama suami dan anak-anak pada hari minggu menceriakan suasana dan mengukuhkan lagi hubungan kekeluargaan.
  6. Jimat dan murah.
  7. Suami makin sayang.
Tetapi sekiranya terpaksa membeli makanan yang telah siap pastikan tuan punya kedai jenis yang mementingkan kebersihan, tukang masak yang di upahnya adalah orang Islam, makanan yang dihidangkan juga ditutup, tidak dibiarkan terdedah kepada lalat atau kuman. Apa jua pilihan anda jangan sampai ianya memberi tekanan pada anda. Selamat memasak dan selamat membeli!!




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...