Jumlah Pelawat

Didik anak dalam kandungan

Teks : Norazira Mohamed
Gambar : Carian Google

Setiap ibubapa menginginkan anak-anak yang soleh dan solehah. Namun bagi mencapai matlamat tersebut, didikan kepada anak-anak bukanlah bermula sejak dilahirkan atau ketika umurnya sesuai untk di hantar ke taska/tadika. Akan tetapi, didikan kepada anak-anak haruslah bermula sejak dari alam rahim lagi.



Pemakanan ketika mengandung juga perlu dititkberatkan, namun ianya bukanlah faktor utama kepada lahirnya anak yang soleh solehah dan cerdas. Yang paling utama ialah pendidikan agama yang di terapkan oleh ibu semasa sejak bayi didalam kandungan lagi. Antara cara didikan yang boleh diamalkan oleh ibu-ibu yang mengandung ialah memperbanyakkan doa, memperdengarkan ayat suci Al-Quran samada dengan membacanya atau memasang CD atau kaset. Selain itu, ibu-ibu juga digalakkan berbisa dengan bayi didalam kandungan dan sentiasa menjaga tingkahlaku semasa mengandung.

Antara tips mendidik anak didalam kandungan boleh dilakukan dengan berbagai cara, antaranya :

1) Membacakan doa
    Antara doa yang boleh di amalkan ialah doa Nabi Zakaria seperti yang disebutkan didalam Al-Quran, Surah Al-Imran ayat 38 yang mana ertinya : "Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa."



2) Membacakan Al-Quran
    Didikan yang boleh juga diamalkan sejak bayi didalam kandungan lagi ialah membacakan Al-Quran atau memperdengarkannya dengan memasang CD atau kaset. Seperti yang diketahui, fungsi utama yang banyak digunakan oleh bayi ketika didalam kandungan ialah pendengarannya. Oleh itu, dengan cara ini bayi dibiasakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, dan mudah-mudahan semasa dia masuk ke alam kanak-kanak maka mudahlah dia akan lebih mudah mengingati dan menghafal Al-Quran.


3) Mengajak berbicara
    Proses pembentukan pendengaran bayi akan mula  berkembang pada minggu ke lapan dan selesai pada minggu ke dua puluh empat. Oleh itu, bayi bisa mendengar suara-suara malah bisa terkejut oleh suara-suara yang keras. Ibu boleh mengajak bayi berbicara dalam apa jua perkara yang hendak di lakukan sambil mengusap-usap perut seperti contoh ketika hendak berwuduk. Ibu boleh menerangkan yang wuduk itu perlu bagi melakukan solat dan solat adalah wajib. Respon bayi biasanya dia akan menendang-nendang perut ibu.

4) Menjaga tingkahlaku
    Menjaga tingkahlaku bagi ibu semasa mengandung amatlah penting. Ini kerana, tingkahlaku ibu akan mempengaruhi tingkahlaku anak-anaknya. Selain dari tingkahlaku, emosi juga tidak kurang pentingnya. Hindarilah dari bersikap negatif dan tekanan perasaan atau perasaan-perasaan negatif yang lain bagi mengelakkan anak-anak terikut-ikut dengan tingkahlaku yang tidak elok. 

Itulah antara cara ataupun amalan yang boleh dipraktikkan semasa ibu sedang mengandung. Semoga anak-anak yang dilahirkan bakal menjadi anak yang soleh solehah, cerdik, cerdas, berakhlak mulia dan berbudi pekerti yang baik. Amin....


Dapatkan susu kambing suffy di http://daneensunnahstore.blogspot.com/2013/05/susu-kambing-suffy.html

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...