Gambar : Carian Google
(Sambungan dari entri sebelumnya)
6. Tidak terlalu berlebihan dalam memberikan pujian
Pujian yang diberikan mestilah yang realistik bukannya yang melambung sehingga susah anak-anak hendak mempercayai kebenarannya. Contohnya anda puji anak anda pandai dan mampu untuk mendapat nombor satu didalam kelas. Mungkin susah untuk anak anda mempercayainya kerana masih ada lagi matapelajarannya yang lemah. Seeloknya anda katakan bahawa anda gembira keran dia sudah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dalam kebanyak matapelajaran dan sekiranya dia berusaha lagi tidak mustahil dia akan mendapat nombor 5 keatas didalam kelas.
7. Sesuaikan kata-kata pujian dengan taraf pemikiran anak-anak
Untuk anak-anak sekolah rendah, bagi mendorong anak-anak belajar dengan lebih rajin lagi bagi matapelajaran yang lemah, mungkin ibubapa boleh memberikan pujian begini, "Wah, 2 matapelajaran Aina dapat 90%, hanya 3 je yang dapat 70%. Tak mengapa, ibu akan bagi hadiah bagi matapelajaran yang mendapat 90%". Ini dapat mendorong Aina untuk memperbaiki matapelajarannya yang lemah itu. Jangan dikatakan, "Wah pandai Aina, nati ibu belikan hadiah apa sahaja yang Aina mahu". Ini tidak dapat mendorong Aina untuk berusaha lagi dimasa akan datang. Bimbang pula dia merasa bangga dengan pencapaiannya itu.
Pastikan pujian anda memberikan kesan yang positif dan jangan diakhiri dengan sesuatu yang negatif. Seperti contoh, anda berkata kepada anak anda, "Wah, bagus adik hari ini. Adik memberikan perhatian masa ibu mengajar dan berjaya menyiapkan kerja sekolah adik. Alangkah bagusnya andai dari dulu lagi adik bersikap begini, ini tidak asyik kelam kabut je setiap hari. Ibu ajar pun kamu main-main" Pujian itu pada awalnya baik, namun pengakhirannya ada kritikan yang akan melenyapkan kesan positif tadi.
9. Berikan pujian dengan segera selepas sesuatu kebaikan dilakukan
Elok diberikan respon yang segera untuk kelakuan yang positif supaya kelakuan itu nanti mudah dibentuk menjadi tabiat. Seperti contoh, "Ibu suka dan sangat menghargai tiap kali Amar memberitahu ibu kemana Amar hendak pergi setiap hari. Tidaklah ibu risau bila Amar tiada sebab ibu tahu kemana Amar pergi".
10. Pujian yang Harus Dihindari
Janganlah berlebihan dalam memberikan pujian kepada anak-anak yang telah memang terbukti bakatnya. Contohnya, anak anda memang berbakat dalam lukisan dan memang telah memenangi beberapa hadiah hingga keperingkat antarabangsa. Berpada-padalah memujinya kerana kata-kata pujian yang berterusan lama kelamaan nanti tidak akan memberikan erti apa-apa kepada mereka.
Semoga tips ini bermanfaat buat ibubapa semua, teruslah berusaha mendampingi dan memuji mujahid-mujahid kecil ini semoga bisa membentuk peribadi Muslim/Muslimah yang unggul.
Dapatkan Ensiklopedia Solat...
Kelebihan Ensiklopedia Solat ini:
Dapatkan Ensiklopedia Solat...
Kelebihan Ensiklopedia Solat ini:
- Maklumat dan ilmu yang berkaitan dengan solat.
- Mengandungi pelbagai keterangan daripada aspek fekah, falsafah, sejarah dan saintifik.
- Setiap isi kandungan disampaikan dengan mengintegrasikan semua aspek ilmu yang amat sesuai dan bertepatan dari segi kontemporari atau semasa.
- Disusun dengan pendekatan mesra pembaca.
- Setiap kandungan disertakan dengan ilustrasi, foto, gambar rajah, peta minda dan jadual sebagai memudahkan kefahaman penjelasan kepada pembaca.
- Turut memuatkan petikan hadis yang disertai dengan matan, sanad dan nombor hadis bagi memudahkan rujukan pembaca.
Tempah di sini.
No comments:
Post a Comment