Jumlah Pelawat

Pengalaman anak ke empat - 200413

Teks : Norazira Mohamed
Gambar : Carian Google

Hari ini saya nak bercerita mengenai anak lelaki keempat saya iaitu Bang Chik. Dia dilahirkan pada 3 Jun 2012. Seminggu selepas itu, Bang Chik dimasukkan ke wad. Pada mulanya sebab dia demam. Tapi bila sampai ke wad NICU, dan selepas segala ujian dilakukan, dia disahkan kurang air. Badannya kering. Ditambah pula berat badannya menyusut sebanyak 900 gram. Doktor memberitahu susu ibu yang diminumnya tidak mencukupi. Perlu ditambah susu formula. Masa tu saya rasa cukup tertekan dan stres. Kenapa? Kerana saya telah bertekad untuk memberikannya susu ibu sepenuhnya.


Tapi disebabkan saya risau masalah lain pula yang timbul seperti masalah ginjal dan buah pinggang. Saya ikut saranan Doktor. Lagi pula, disebabkan tertekan, susu saya pun berkurang. 12 hari Bang Chik di wad. Kedua tangan habis lebam kebiruuan sebab setiap hari, 3-4 kali darah diambil untuk di buat pemeriksaan. Setiap kali selepas darah di ambil dan Bang Chik diserahkan pada saya kembali, setiap kali itu jugalah kedengaran esak tanggisnya yang masih berbaki. Pilu rasanya hati saya. Perasaan keibuan saya terusik. Ialah anak yang baru berumur 2 minggu telah pun dicucuk jarum halus setiap hari.

Namun, memikirkan ianya adalah untuk kebaikan Bang Chik sendiri, saya kuatkan hati. Lagi pula, biarlah kali ini sahaja dia di masukkan ke wad. Biarlah dia sembuh cepat dan tidak perlu kembali ke wad itu lagi. 

Alhamdulillah, kini dia telah membesar bagai johan. Bang Chik seorang anak yang murah senyum. Bangun tidur senyum, mandi senyum, makan pun senyum. Setiap masa senyum. Senyumnya comel sekali (hehe.. ini ayat perasan ibunya). Cuma masa lapar dan masa nak tidur tu meragam jugak la. Itulah pengalaman anak ke empat saya.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...