Teks : Norazira Mohamed
Gambar: Carian Google
Imam al-Ghazali
Ibn Khaldun pula berpendapat kanak-kanak :
Imam al-Ghazali menekankan bahawa kanak-kanak perlu :
- Dididik sejak lahir dan di ajar mengenal huruf, menulis dan membaca
- Diberi pendidikan agama berlandaskan al-Quran dan Hadis bagi membentuk peribadi mulia
- Diberi latihan jasmanibagi membina kekuatantubuh badan, kecerdasan minda dan mengelakkan kemalasan
- Dilatih mengamalkan budi pekerti yang mulia dan tabiat yang baik
- Dilatih mempunyai sifat berani, merendah diri, sabar dan menghormati orang tua serta mentaati kedua ibubapa
- Diberi nasihat ke atas kesalahan yang dilakukan dan dimarahi sekali sekala sahaja supaya mereka lebih menghormati orang tua
- Dibimbing berkenaan kewajipan terhadap agama dan hukum agama Islam apabila mereka sudah cerdik dan berakal
- Diawasi oleh ibu bapa kerana mereka mudah terpengaruh oleh persekitaran dan tingkah laku masyarakat.
Ibn Khaldun
- Perlu menggunankan masa belajar yang disusun dengan baik
- Belajar menggunakan pancaindera dan diberi contoh yang mudah dan konkrit dalam pembelajaran mereka
- Perlu didedahkan dengan contoh teladan yang baik
- Diajar membaca al_Quran sebelum menghafalnya
- Menerima bimbingan dengan lemah lembut, bukan melalui kekerasan
- Mudah keliru, apabila diajar dua perkara dalam masa yang sama. Oleh yang demikian, hanya satu perkara pada satu jangka masa.
Sumber buku : Panduan kurikulum pra-sekolah, oleh Rohani Abdullah, Nani Menon dan Mohd Sharani Ahmad.
No comments:
Post a Comment