Jumlah Pelawat

Perniagaan Secara Dropship

Teks : Norazira Mohamed
Gambar : Carian Google

Mungkin anda pernah mendengar bisnes dropship? Apa itu dropship? Menurut pemahaman saya, bisnes dropship ialah bisnes dimana anda tidak perlu mengeluarkan modal atau memerlukan modal yang sangat minima dalam menjalankan perniagaan. Dropship biasanya dijalankan secara online dan menjadi pilihan mereka yang baru mahu berjinak-jinak untuk berniaga kerana mereka tidak perlu pening memikirkan tentang modal untuk menyimpan produk fizikal. Tidak perlu menyimpan stok dan tidak perlu bersusah payan memproses produk untuk dihantar/dipos. 

Bagaimana dropship dijalankan? Ok, jom kita lihat carta di bawah.



Dari carta tersebut, ianya melibatkan tiga pihak iaitu :
  1. Penjual
  2. Pembeli
  3. Dropshipper iaitu syarikat atau individu yang menyediakan produk dan menguruskan penghantaran.


Proses dropship adalah seperti berikut :
  1. Anda sebagai penjual akan mempromosikan produk di laman web, blog atau media sosial.
  2. Pembeli berminat dan menempah produk tersebut dengan anda. 
  3. Pembeli akan membuat bayaran mengikut harga pasaran beserta kos penghantaran kepada anda.
  4. Anda akan membuat pembelian dengan dropshipper dan menyenaraikan maklumat produk seperti produk apa, nama pembeli, alamat pembeli, kuantiti dan juga bayaran termasuk kos penghantaran. Bayaran kepada dropshipper adalah mengikut harga dropship yang mana ianya lebih murah berbanding harga pasaran. 
  5. Dropshipper akan menghantar produk tersebut kepada pembeli mengikut maklumat yang telah anda berikan.

Maklumat dropshipper akan di rahsiakan demi menjaga kepentingan penjual yang mempromosikan produk tersebut. Ada sesetengah dropshipper mengenakan yuran bulanan atau tahunan sebagai komitmen dan juga kos pengurusan. Yuran tersebut biasanya bergantung kepada pakej keuntungan yang dipilih.

Apa yang penting didalam menjalankan bisnes dropship ini ialah anda memilih dropshipper yang telah pun kukuh, menyediakan gambar produk serta keterangan dan juga mempunyai kedai online bagi memudahkan anda promosi.Selain itu, produk yang disediakan juga hendaklah produk yang mempunyai permintaan yang tinggi.


Kelebihan bisnes dropship :
  1. Tak perlu mengeluarkan modal yang banyak. 
  2. Tiada risiko atau risiko yang rendah.
  3. Tak perlu menyimpan stok fizikal oleh itu anda tak perlu risau stok tidak habis
  4. Bisnes ini boleh dijalankan secara sambilan. 
  5. Tidak perlu menguruskan penghantaran.
  6. Tidak perlu menyewa kedai.

Antara syarikat yang menyediakan bisnes dropship secara percuma ialah Edymall. Bagi yang ingin mencuba bisnes ini, boleh klik link berikut:


Apabila anda mendaftar di Edymall, anda akan mendapat ebook Bermula Untung Dalam Masa 7 Hari secara PERCUMA.



Berminat untuk mengikuti kelas asas blog untuk promosi Oktober 
klik di Promosi Oktober.

Berminat untuk dapatkan ebook belajar asas blog 
dapatkannya di Ebook.

Ingin mengetahui berkenaan kelas asas blog 
sila baca di kelas asas blog.

Berminat untuk mencuba Jus Qaseh dan merasai sendiri kebaikannya, 
boleh lihat di Qaseh Gold.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...