Jumlah Pelawat

Teks: Masayu Ahmad
Sumber: http://101ideahomebasedbisnes.blogspot.com/


Foto : Google
Baik, hari ini saya kongsikan 10 idea bisnes dari rumah yang sesuai untuk suri rumah. Satu bidang kita kembangkan jadi 10.

Contoh makanan.

1. Menjual sarapan pagi
Jika kita imbas kembali, ketika kita kecil dahulu, bisnes masakan pagi atau sarapan pagi adalah pilihan popular bagi surirumah. Ini kerana ia adalah paling mudah untuk dilakukan. Selain jenis menu berat, sarapan pagi juga boleh berkaitan dengan kuih-muih tradisi.
Bisnes makanan sarapan pagi adalah paling ideal bagi kalian yang suka memasak. Sama ada memilih masak di rumah dan letak sahaja beberapa lokasi, contoh di beberapa kedai makan, stesyen minyak dan sebagainya. Pilih hanya beberapa menu sahaja, sarapan nasi lemak, nasi gorneg, nasi berlauk, bihun goreng, mee goreng.

Boleh juga hanya buka gerai yang berdekatan dengan rumah. Bisnes ini biasanya hanya beroperasi jam 7 hingga 10 pagi sahaja.

Untuk tujuan promosi masih boleh menggunakan platform facebook dan blog untuk tujuan promosi. Sediakan khidmat pesanan dan penghantaran produk, bagi nilai tambah bisnes ini. Contohnya bagi yang berminat untuk tujuan membawa ke pejabat, boleh tempah secara online dan mengambil tempahan ini di lokasi berdekatan rumah atau dari rumah pemilik bisnes.

Terma dan syarat yang wajib adalah, membayar terlebih dahulu dan pengesahan tarikh. Ini untuk mengelakkan usahawan rugi dan masalah pembatalan tempahan saat akhir.


2. Jualan menu tengahari
Ini boleh dilakukan oleh surirumah yang tinggal di kawasan bandar-bandar besar. Perkhidmatan menu tengahari berdasarkan pakej makanan. Sediakan juga promosi melalui blog, laman web dan facebook.

Surirumah boleh menyediakan kepelbagaian menu mengikut hari, contohnya,
Isnin- Menu Barat
Selasa- Hidangan ala carte
Rabu -Nasi lauk kampung
Khamis- Nasi Arab
Jumaat- Nasi tomato

Di atas adalah contoh sahaja. Boleh pelbagaikan pakej, penghantaran ke sekitar pejabat atau lokasi 'pengambilan'.

Order perlu dibuat beberapa hari sebelu, atau sediakan borang tempahan yang lengkap. Suri yang mahu buat operasi ini perlu membuat kajian kawasan terlebih dahulu untuk mengetahui maklumbalas awal pelanggan.


3. Membekal makanan bajet pelajar

Sekiranya berada di persekitaran kolej, universiti, pusat pengajian. Ini juga salah satu cara untuk mendapatkan pendapatan sampingan. Buat menu dan pilihan bajet untuk pelajar. Selalunya pelajar suka untuk mendapatkan makanan.

Pilih satu lokasi penghantaran makanan pada masa sekian-sekian. Boleh juga mengambil beberapa pelajar sebagai pekerja sambilan, iaitu menjalankan promosi sekitar kediaman pelajar dan mendapatkan tempahan. Gunakan sepenuhnay kemudahan teknologi dan penyebaran promosi melalui facebook dan blog.


4. Katering kecil-kecilan

5. Kek dan muffin

6. Coklat

7. Makanan tradisi

8. Kelas masakan

9. Makanan sejuk beku

10. Penyediaan set barbeku


Untuk mengetahui selanjutnya, dapatkan ebook ini pada harga promosi RM30. Harga asal RM50. Untuk tempahan, sila klik Daneen Online Bookstore.

Untuk menyertai kelas asas blog, sila klik Kelas Online.

Untuk mendapatkan ebook Belajar Asas Blog, sila klik Ebook.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...