Teks : Masayu Ahmad
Sumber: http://101ideahomebasedbisnes.blogspot.com/
Antara masalah utama bagi surirumah yang sibuk terutama wanita yang bekerjaya adalah menyediakan resipi ringkas dan cepat. Jadi, sumber yang baik adalah menjual pelbagai jenis bahan-bahan mudah untuk memasak. Contohnya web yang menjual pelbagai jenis buku resipi, pilihan pek mudah rempah ratus untuk masakan untuk masakah sup, masakan bakar, masakan istimewa seperti rempah ratus untuk masakan arab. Contoh yang lain masakan untuk negeri tertentu, seperti sumber untuk masakan negeri pantai timur, seperti beras pulut, beras nasi dagang, keropok lekor dan sebagainya. Untuk sarapan pula ada makanan sejuk beku, sarapan pagi seperti karipap, roti goreng, roti canai.
Wanita sangat suka pilihan sebegini untuk memudahkan memasak di dapur dan penyelesai masalah mahu cepat dan pantas ketika berada di dapur.
Makanan sejuk beku
Antara pilihan makanan popular Malaysia yang kini sudah boleh terus di pasarkan ialah donut, popa, roti canai, roti goring, karipap, bahan masakan basah, pizza, sate dan banyak lagi.
Penjualan boleh dilakukan secara online dan juga offline. Pilihan menjual secara offline hanya di rumah dengan menyediakan peti sejuk yang boleh memuatkan kapasiti produk jualan. Pastikan fokus kepakaran adalah produk sejuk beku sahaja. Boleh juga jual secara runcit, borong dan melantik wakil pengedar di kalangan suri rumah.
Sudah banyak pembekal dan pengeluar yang menghasilkan produk sejuk beku. Sekarang kalian hanya memasarkan sahaja, melalui laman web jualan, promosi melalui blog dan juga facebook. Ingat fokus kepada satu kepakaran, menjadikan kalian adalah tumpuan surirumah mencari sumber memasak dan khususnya produk sejuk beku.
Untuk mengikuti kelas asas blog, ebook ini telah termasuk didalam pakej kelas.
ATAU
No comments:
Post a Comment