Teks : Norazira Mohamed
Gambar : Carian Google
Salam kasih sayang buat semua para pembaca budiman. Saya yakin ramai antara pembaca blog saya ialah ibu bapa atau bakal ibu bapa. Kebelakangan ini, kita telah dikejutkan dengan klip video pengasuh yang ketuk kepala budak yang dijaganya. Memang cepat benar klip video itu tersebar di laman sosial. Terima kasih juga pada bapa salah seorang budak yang dihantar ke taska tersebut yang curiga dengan keadaan kanak-kanak disitu sehingga membuatkan bapa tersebut meletakkan kamera tersembunyi didalam beg anaknya sehingga kes penderaan ini tersebar.
Ya Allah! Itulah perkataan pertama saya sewaktu pertama kali melihat rakaman tersebut yang dipaparkan di TV3. Kenapa sanggup manusia yang diamanahkan untuk penjaga bidadari syurga itu melakukan sedemikian kepada kanak-kanak yang belum mengerti apa-apa. Budak itu masih kecil, kemungkinan berumur dalam lingkungan dua atau tiga tahun. Beberapa kali saya melihat pengasuh itu memukul kepala budak itu. Itu sahaja yang saya lihat. Cukup!! Apabila rakaman tersebut dikongsikan dilaman sosial, saya sudah tidak sanggup melihatnya. Sungguh tercalar perasaan keibuan saya. Saya juga punya anak dan sungguh saya tidak rela andainya anak saya diperlakukan begitu. Tidak akan ada ibubapa yang rela!!!
Selepas itu saya membaca pengalaman kisah tersebut di blog milik ibu kepada kanak-kanak yang dipukul itu. Sungguh sedih. Klik di sini untuk membacanya. Bayangkan jika anda adalah ibu budak tersebut. Apa perasaan anda? Sungguh saya bersimpati kepada ibu tersebut. Cuma saya sedikit terkilan kerana dari penceritaan di blog tersebut, budak itu sudah menunjukkan tanda-tanda bahawa dia tidak suka pergi ke taska tersebut sehingga muntah dan berlari-lari tidak mahu masuk ke taska. Tolonglah para ibu bapa sekelian, peka dengan keadaan anak anda yang dihantar ke rumah pengasuh atau taska. Andainya dalam tempoh sebulan anak-anak buat perangai apabila dihantar kerumah pengasuh atau taska, tolong la periksa dan selidik apa puncanya.
Sudah banyak kes penderaan di taska yang kita dengar. Ada kanak-kanak yang dibalut dengan kain kuat-kuat sambil ditampal mulutnya dengan salotap, ada anak yang tersedak susu di buai, ada yang dipukul hingga lebam. Jadi, apa tindakan kita sebagai ibubapa? Peka dan buatlah siasatan. Tolonglah ibubapa sekelian untuk peka dengan setiap perkara yang berlaku pada anak-anak atau kelainan yang anak-anak tunjukkan. Sekali sekala jadilah polis pencen membuat pemeriksaan mengejut dan menyiasat punca andainya anda perasan anak-anak sudah tidak seperti biasa. Bertindaklah!!
Anak saya sendiri yang berumur setahun dua bulan yang saya tukarkan ke rumah pengasuh baru bulan lepas setiap hari menangis apabila dihantar. Selama seminggu keadaan berterusan. Hati saya gundah gulana. Saya mula berkira-kira menghantarnya semula ke rumah pengasuh lama. Tapi alhamdulillah, minggu kedua, dia sudah boleh menyesuaikan diri. Memang kanak-kanak memerlukan masa untuk menyesuaikan diri tetapi andainya anak selalu buat perangai berterusan selama sebulan, mungkin ada yang tidak kena dimana-mana. Siasatlah.
Selain itu, anak ketiga saya, yang saya hantar ke rumah pengasuh berdekatan rumah tiga tahun lepas hanya bertahan dua minggu sahaja. Entah mengapa, setiap pagi menghantarnya ke rumah pengasuh tersebut, saya rasa tidak selesa. Hati saya was-was dan curiga. Dan apabila memandang anak, seolah dia meminta tolong. Arghhh, itu perasaan keibuan saya. Tidak ada apa yang buruk pun yang berlaku cuma pengasuh tersebut sedikit cerewet. Setiap kali saya mengambilnya pada petang hari, selalu ada perkara yang tidak kena. Anak saya kerap berak la, anak saya asyik menangis tak boleh ditinggalkan la, anak saya tak nak tidur la, anak saya bla bla bla. Oh sungguh saya serabut. Rumahnya begitu kemas dan bersih. Mula terdetik di hati saya, pengasuh ni suka rumah kemas tak boleh sepah, bimbang pulak dia asyik mengemas sampai dibiarkan anak saya menangis lama hingga selesai kerjanya. Penyelesaiannya, saya tukar pengasuh lain. Anak gembira, ibu lagi bahagia.
In sya Allah, di entri yang lain saya akan kongsikan bagaimana caranya saya membuat pemilihan pengasuh untuk anak-anak saya. Ini adalah dari pengalaman saya sendiri sebagai seorang ibu bekerjaya dan mempunyai lima orang anak.
Berminat untuk mendapatkan buku Mendorong Pelajar Corot
dengan Teknik Nabi Muhammad, klik sini.
Berminat untuk menyertai kelas asas blog klik sini.
Berminat untuk mendapatkan makanan sunnah klik sini.
Dapatkan E-Iqra' di sini.
No comments:
Post a Comment