Setiap orang ada sebab tersendiri kenapa kita suka berblog. Blog sangat mudah dibuat dan ia ada yang percuma. Apa yang penting kita perlu rajin explore kemudahan yang ada.
Salah satu sebab kenapa saya nak ada blog ialah saya suka membaca, dan apabila saya suka sesuatu perkara saya akan simpan untuk rujukan masa akan datang. Tempat yang paling mudah di simpan dan dicari ialah blog.
Selain dari itu, boleh boleh dijadikan sebagai medium untuk kita berkongsi ilmu yang kita tahu dengan orang ramai. Semua orang tahu, ilmu yang bermanfaat ialah apabila ilmu itu dapat dikongsi dan digunakan oleh orang lain.
Secara khusus tujuan saya mempunyai blog ialah saya ingin berkongsi bersama pembaca sekalian cara jana pendapatan pasif apabila kita bertukar daripada seorang consumer kepada prosumer.
Bacaan lanjut di http://pnanisahabdrahman.blogspot.com/2013/10/kenapa-saya-suka-tulis-blog.html
Ok, mari saya cerita apa yang menariknya tentang kelas asas blog ni. Ada dua kelas asas blog. Didalam kelas pertama iaitu kelas asas blog dan penulisan kita akan belajar :
- Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
- Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
- Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
- Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
- Bergabung dengan lebih rami blogger- lebih 200 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
- Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
- Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.
Jika anda berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai Akademi Bekerja Di Rumah dengan mendaftar masuk ke dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa penulis akan dilakukan sebelum masuk kelas.
Manakala kelas asas blog dan fan page (mula bisnes), kita akan belajar :
- Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.
- Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
- Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di akademi bekerja di rumah.
- Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi, RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adlaah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta.
- Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjayaa yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
- Apabaila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain. juga bina jaringan bisnes secara online.
- Apa yang kita belajar di dalam kelas ini. Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat pan page, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.
- Seperti biasa untuk bermula, proses analisa penulis akan dilakukan terlebih dahulu bagi menentukan tajuk blog dan pengisiannya mengikut kepakaran atau keutamaan penulis.
Untuk menyertai kelas asas blog, sila klik Kelas Online.
Untuk mendapatkan ebook Belajar Asas Blog, sila klik Ebook.
No comments:
Post a Comment