Thursday, 23 May 2013

Teknik Nabi Muhammad

Teks : Norazira Mohamed
Gambar : Carian Google

Kebelakangan ini saya menjumpai ramai ibu bapa yang ingin mencuba teknik Nabi Muhammad SAW dalam mendidik anak-anak mereka. Sebenarnya apa itu teknik Nabi Muhammad SAW? 

Dari pembacaan dan pemahaman saya, teknik Nabi ini ialah satu teknik yang digunakan berlandaskan tingkah laku ataupun apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW didalam mendorong perubahan tingkah laku dari negatif menjadi positif. Tingkah laku ini di kaji oleh Tim Psikologi Hadith berpandukan hadis-hadis sahih dan di aplikasikan dalam kehidupan seharian. 



Pada mulanya, teknik ini diaplikasikan dalam mendorong pelajar-pelajar yang corot oleh beberapa orang guru, tetapi teknik-teknik ini juga sesuai digunakan didalam mendidik anak-anak.

Menurut Puan Ainon Mohd., salah seorang penulis bagi buku "Mendorong pelajar corot dengan teknik Nabi Muhammad", pada asasnya, matlamat penggunaan teknik Nabi Muhammad ini adalah mendorong perubahan sikap dan tingkah laku seseorang iaitu : 


  1. Mendorong seseorang itu mengekalkan sikap dan tingkah laku yang sudah baik dan betul.
  2. Mendorong seseorang itu meningkat dan memperbaiki lagi tingkah laku yang baik supaya bertambah-tambah baik.
  3. Mendorong seseorang itu mengubah tingkah lakunya yang buruk dan menggantikannya dengan tingkah laku yang baik.


Semoga lebih ramai ibu bapa dan guru-guru mengaplikasikan dalam didikan dan pengajaran bagi mendorong tingkah laku yang positif di kalangan anak-anak dan pelajar. In Sya Allah...





Wednesday, 22 May 2013

Pertengkaran anak-anak

Teks : Norazira Mohamed

Gambar : Carian Google


Anak pertama dan kedua saya lelaki. Kedua-duanya mempunyai perangai yang berbeza. Mereka juga suka bertengkar. Ah! Kadangkala bingit suasana dengan pertengkaran mereka. Bukannya hal yang besar pun. si Abang suka menyakat dan bergurau. Si Adik (Bang Ngah) pula tidak boleh menerima gurauan. Mulalah Bang Ngah menangis. Si Abang lagi suka, lagi disakatnya...


Ya, memang seperti kata orang tua-tua. Lain anak lain perangainya. Masing-masing dengan keunikan yang berbeza. Masing-masing dengan kekuatan dan kelemahan yang tidak sama. Jadi, tidak hairanlah andai mereka saling bersaing dan bertengkar. 

Namun, sebagai ibubapa, hal ini kadangkala menyebabkan tekanan yang berpanjangan. Seperti saya, setiap kali Abang dan Bang Ngah bertengkar, saya mula tertekan. Jadi, sebagai ibubapa, saya cuba untuk mengawal supaya keadaan ini tidak berterusan. Ada beberapa tips yang boleh dijadikan panduan.



Berikan batasan 
Pastikan anak-anak mengetahui batasan mengenai apa yang boleh dan tidak boleh. Fahamkan mereka tingkahlaku seperti bertengkar, memukul, mengherdik, mengambil mainan tanpa izin dan yang sewaktu dengannya adalah perbuatan yang salah. 




Pisahkan

Pisahkan mereka buat sementara waktu. Tempatkan di bilik atau ruangan berasingan. Ini dapat memberi mereka masa untuk bertenang dan akhirnya mereka akan kembali bermain bersama-sama.


Menjadi pendengar setia

Selidiki punca masalah. Tanya dan berikan mereka peluang untuk bercerita versi masing-masing. Dengarkan dengan teliti dan bagi solusi yang boleh diterima bersama.

Adil dengan setiap anak

Bagi mengelakkan rasa cemburu di kalangan anak-anak, luangkan masa bersama anak-anak secara adil. Cari masa untuk melakukan aktiviti bersama secara individu dan berikan perhatian yang penuh ketika bersama mereka. 




Pujian dan penghargaan

Jangan berlebihan dalam memuji salah seorang anak anda. Adillah dalam meberikan pujian walaupun Si Abang lagi mudah menolong dari Bang Ngah. Jika saya puji kedua-duanya, In Sya Allah, Bang ngah dengan sendiri juga rajin menolong. Puji setiap kebaikan mereka dan juga prestasi yang mereka raih dan tunjukkan yang anda bangga dengan pencapaian mereka.




Habiskan waktu bersama keluarga

Adalah penting sekiranya kita dapat menjalankan aktiviti yang boleh dilakukan bersama sebagai sebuah keluarga. Ini dapat memberikan mereka rasa saling menghargai dan salaing memiliki. 

Biarkan mereka menghadapi masalahnya sendiri

Kadang-kadang, saya biarkan sahaja Abang dan Bang Ngah menyelesaikan pertengkaran mereka sendiri asal sahaja tidak melibatkan keganasan dan tumbuk menumbuk. Walaupun Bang Ngah kadang kala datang mengadu, saya menggalakkan dia menyelesaikan sendiri dengan Abangnya dan Alhamdulillah, biasanya mereka boleh bermain bersama-sama semula dengan baik.

Menghadapi dengan berlapang dada

Kadang-kala kita sebagai ibu bapa merasakan bahawa perengkaran mereka ini tidak akan berakhir. Asyik jumpa je nak bergaduh. Tapi, pertengkaran mereka akan berakhir juga seiring dengan berjalannya waktu. Oleh itu, berlapang dadalah dan jalankan peranan kita sebagai oarng tengah dengan sabar. 


Semoga dengan beberapa panduan diatas, pertengkaran anak-anak bukan lagi menjadi isu besar buat ibu bapa pada zaman moden ini. Yang penting, bagaimana kita berperanan dalam mendamaikan kedua belah pihak. Wallahu a'lam...


Al-Quran Al-Karim dengan panduan Waqaf & Ibtida’ merupakan satu panduan waqaf (memberhentikan bacaan) dan ibtida’ (memulakan bacaan) yang pertama di Malaysia dan juga yang pertama seumpamanya di dunia. Keistimewaan al-Quran ini adalah menggunakan sistem warna yang jelas dan menarik bagi memudahkan pembaca al-Quran memberhentikan bacaan dan memulakan bacaan dengan sempurna.

Monday, 20 May 2013

Wahai suami - 200513

Teks : Norazira Mohamed
Gambar : Carian Google


Wahai Suami,

Bangunlah seketika apabila Subuh mula menjelma dan malam mula beransur pergi. Tataplah wajah isterimu yang sedang lena keletihan disamping anak kecilmu. Perhatikan garis-garis kepenatan akibat seharian isterimu mengabdikan diri menjaga anak-anakmu tanpa rehat yang cukup.


Mungkin masih lagi bersisa kecantikannya kerana basahan air wudhu setiap hari dan keikhlasannya dalam menjalankan kewajipannya sebagai seorang isteri dan ibu. Bayangkan hari esok yang bakal menjelma seketika nanti, tatkala kau bangun dengan tubuh yang terasa segar dan bugar sambil menghirup udara pagi yang nyaman. Namun isterimu bangun dengan tubuh yang masih diulit keletihan semalam. Tubuhnya belum lagi terasa benar-benar segar.

Sekejap lagi, anak-anak kecilmu akan bangun menuntut perhatian yang tak berbelah bagi dari ibunya. Membingitkan telinganya dengan tangis dan raung, merawan hatinya dengan pergaduhan kecil sesama mereka, menuntut darinya masa yang tak sudah-sudah.

Pada masa itu, apa yang kamu fikirkan? Apa yang kamu mahukan? Adakah kamu menganggap bahawa dia masih lagi boleh bertutur lembut dalam katanya kepada anak-anakmu.  Sedangkan dalam waktu yang sama, kamu juga menuntut perhatian dan masa darinya. Bagaimanakah bisa dia menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai ibu tanpa kerjasama dari mu. Bagaimana mungkin dia menjalankan tugasnya sebagai isteri tanpa sokongan dari mu, termasuk kewajipan yang bukan kewajipan isteri tetapi pada hari ini ia tetap di anggap kewajipan isteri. 


Wahai Suami

Capailah tangan isterimu dan gengamlah ia... Rasakan telapak tangannya yang tidak lagi selembut di hari pertama kamu gengam ia di hari perkahwinan kalian. Ya, telapak tangannya sudah kasar dimamah waktu. Telapak tangannya sudah kasar kerana mengerah segala tenaga dan kudrat memastikan kamu dan anak-anakmu bahagia. Telapak tangannya sudah kasar dalam usaha menjaga keluarganya. Namun, disebalik telapak tangannya yang kasar, jiwanya dan kasihnya masih utuh hanya untukmu dan anak-anakmu. Tiada berbelah bagi.

Oleh itu wahai Suami,

Janganlah kau abaikan isterimu, janganlah kau biarkan dia menanggung kesedihan seorang diri, janganlah kau persiakan hidupnya. Ucapkanlah kata-kata manis, kata-kata yang penuh kemesraan, walaupun tanpa di pinta, kerana itu bisa membuatkan hatinya gembira, bisa membuatkan dia  lupa pada keletihannya, bisa menguatkan lagi kasih sayangnya padamu. Ucaplah... isteriku, engkau adalah hadiah terbaik pilihan Allah untukku....

Sunday, 19 May 2013

Panduan memuji - Bahagian 2

Teks : Norazira Mohamed
Gambar : Carian Google

(Sambungan dari entri sebelumnya)

6. Tidak terlalu berlebihan dalam memberikan pujian

Pujian yang diberikan mestilah yang realistik bukannya yang melambung sehingga susah anak-anak hendak mempercayai kebenarannya. Contohnya anda puji anak anda pandai dan mampu untuk mendapat nombor satu didalam kelas. Mungkin susah untuk anak anda mempercayainya kerana masih ada lagi matapelajarannya yang lemah. Seeloknya anda katakan bahawa anda gembira keran dia sudah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dalam kebanyak matapelajaran dan sekiranya dia berusaha lagi tidak mustahil dia akan mendapat nombor 5 keatas didalam kelas.

7. Sesuaikan kata-kata pujian dengan taraf pemikiran anak-anak

Untuk anak-anak sekolah rendah, bagi mendorong anak-anak belajar dengan lebih rajin lagi bagi matapelajaran yang lemah, mungkin ibubapa boleh memberikan pujian begini, "Wah, 2 matapelajaran Aina dapat 90%, hanya 3 je yang dapat 70%. Tak mengapa, ibu akan bagi hadiah bagi matapelajaran yang mendapat 90%". Ini dapat mendorong Aina untuk memperbaiki matapelajarannya yang lemah itu. Jangan dikatakan, "Wah pandai Aina, nati ibu belikan hadiah apa sahaja yang Aina mahu". Ini tidak dapat mendorong Aina untuk berusaha lagi dimasa akan datang. Bimbang pula dia merasa bangga dengan pencapaiannya itu.


8. Pastikan pujian tidak di 'off-set'kan oleh kata-kata negatif

Pastikan pujian anda memberikan kesan yang positif dan jangan diakhiri dengan sesuatu yang negatif. Seperti contoh, anda berkata kepada anak anda, "Wah, bagus adik hari ini. Adik memberikan perhatian masa ibu mengajar dan berjaya menyiapkan kerja sekolah adik. Alangkah bagusnya andai dari dulu lagi adik bersikap begini, ini tidak asyik kelam kabut je setiap hari. Ibu ajar pun kamu main-main" Pujian itu pada awalnya baik, namun pengakhirannya ada kritikan yang akan melenyapkan kesan positif tadi.

9. Berikan pujian dengan segera selepas sesuatu kebaikan dilakukan

Elok diberikan respon yang segera untuk kelakuan yang positif supaya kelakuan itu nanti mudah dibentuk menjadi tabiat. Seperti contoh, "Ibu suka dan sangat menghargai tiap kali Amar memberitahu ibu kemana Amar hendak pergi setiap hari. Tidaklah ibu risau bila Amar tiada sebab ibu tahu kemana Amar pergi".

                                     

10. Pujian yang Harus Dihindari

Janganlah berlebihan dalam memberikan pujian kepada anak-anak yang telah memang terbukti bakatnya. Contohnya, anak anda memang berbakat dalam lukisan dan memang telah memenangi beberapa hadiah hingga keperingkat antarabangsa. Berpada-padalah memujinya kerana kata-kata pujian yang berterusan lama kelamaan nanti tidak akan memberikan erti apa-apa kepada mereka. 

Semoga tips ini bermanfaat buat ibubapa semua, teruslah berusaha mendampingi dan memuji mujahid-mujahid kecil ini semoga bisa membentuk peribadi Muslim/Muslimah yang unggul. 

Dapatkan Ensiklopedia Solat...



Kelebihan Ensiklopedia Solat ini:
  • Maklumat dan ilmu yang berkaitan dengan solat.
  • Mengandungi pelbagai keterangan daripada aspek fekah, falsafah, sejarah dan saintifik.
  • Setiap isi kandungan disampaikan dengan mengintegrasikan semua aspek ilmu yang amat sesuai dan bertepatan dari segi kontemporari atau semasa.
  • Disusun dengan pendekatan mesra pembaca.
  • Setiap kandungan disertakan dengan ilustrasi, foto, gambar rajah, peta minda dan jadual sebagai memudahkan kefahaman penjelasan kepada pembaca.
  • Turut memuatkan petikan hadis yang disertai dengan matan, sanad dan nombor hadis bagi memudahkan rujukan pembaca.
Tempah di sini.

Saturday, 18 May 2013

Panduan memuji - Bahagian 1

Teks: Norazira Mohamed
Gambar : Carian Google



Berapa kalikah ibubapa boleh memuji anak-anaknya? Apakan kesannya jika terlebih pujian? Bagaimanakan pujian sepatutnya diberikan? 

Jika dikaji, ibubapa zaman dahulu jarang memuji anak-anaknya berbanding dengan ibu bapa zaman moden ini. Ini kerana kebanyakan ibubapa sekarang sudah memahami bahawa pujian atau kata-kata positif dan motivasi menjadikan anak-anak lebih yakin diri, berdaya saing dan berdikari. ini diakui sendiri olej Jenn Berman, dalam bukunya 'The A to Z Guide to Raising Happy and Confident Kids'.

Namun demikian, jika terlebih memberi pujian juga ditakuti ianya memberikan kesan negatif pula pada anak-anak. Andainya pujian yang diberikan tidak sesuai atau kena pada tempat dan waktu, daripada hendak mendorong anak-anak lebih bersungguh-sungguh, akhirnya membantutkan usahanya pula. 



Oleh yang demikian, mari kita lihat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan semasa memberi pujian.


1. Spesifik


Dalam memuji, perkara yang dipuji itu hendaklah spesifik bukannya secara umum. Contohnya : Abang seorang anak yang baik. Ini terlalu umum. Nyatakan kebaikannya. Contoh : Abang seorang anak yang baik sebab selalu bantu ibu menjaga adik.


2. Ikhlas



Ibubapa hendaklah memuji anak-anak dengan hati yang ikhlas bukan hanya dibibir sahaja. Ini kerana anak-anak anda dapat mengesan andainya pujian yang anda berikan itu tidak ikhlas. Bimbang pula nanti anak-anak tidak lagi mempercayai kata-kata anda walaupun ianya kata-kata yang positif dan memberangsangkan. Lama-lama, anak-anak akan hilang kepercayan pada ibubapanya.

3. Ketika anak-anak berjaya melakukan sesuatu yang baru



Pujian boleh diberikan ketika anak-anak anda berjaya melakukan sesuatu yang baru. Seperti contoh, anak-anak berjaya memakai baju sendiri tanpa bantuan ibubapa. Namun, andainya anak-anak tidak berjaya pun, pujilah juga kerana mereka berani untuk mencuba. Mungkin boleh dipuji begini, "wah! kakak dah pandai masuk sebelah tangan dalam baju, takpe nanti kakak cuba lagi esok, ibu suka kakak cuba juga"

4. Berikan pujian sewaktu anak-anak memang memerlukannya

Berikan pujian kepada perkara yang sememang anda ingin katakan. Contohnya, anak anda masuk pertandingan melukis namun tidak berjaya mendapat sebarang hadiah. Katakan padanya bahawa dia sudah berusaha dengan bersungguh-sungguh, lukisan yang kamu warnakan ibu suka, cantik bagi ibu. Ini menunjukkan anda menghargai usahanya itu. 

http://penaummi.blogspot.com/2012/07/kakak-dan-lukisan.html



5. Fokus Pada Usahanya dan tambah nilai dengan kualiti yang akan mengembangkan lagi nilai-nilai yang baik

Yang penting fokus pada usahanya bukan hasilnya. Contohnya anak-anak anda berlatih bermain bolasepak untuk dipilih memasuki pasukan bola sepak sekolah. Anak anda telah berusaha dengan berlatih tiap petang tanpa terlepas satu hari pun. Namun, nasib masih belum menyebelahinya, jangan dimarah. Yang penting dia telah berusaha. Pujilah dan tambahkan kualiti nilai yang baik seperti contoh, "Mamat telah berusaha dengan baik. Mamat benar-benar membuat ayah bangga. Kualiti ini akan menjadi sebahagian daripada tanggapan diri dan target mereka. Mana tahu suatu hari nanti anak anda berjaya menjadi ahli pasukan kebangsaan negara.

Bersambung....


Photo: BELAJAR TAJWID TIDAKLAH SUSAH LAGI
E-iqra belajar quran dan tajwid secara interaktif

E-iqra ialah set pembelajaran quran dan tajwid secara interaktif. Ia terdiri daripada 3 buah buku, 3 cd interatif dan sekeping penanda buku info tajwid.

4 Cara E-Iqra Menguntungkan Anda?

1. Satu sistem belajar interaktif yang diterbitkan Dewan Bahasa Pustaka (DBP) hasil usaha 7 ulama terkemuka di Malaysia.

2. Mengabungkan sistem pembelajaran iqra dan tajwid, yang dipersembahkan dalam bentuk animasi, warna-warni, dan ulangkaji dalam bentuk permainan yang menyeronokkan.

3. Kaedah mudah belajar membaca al-quran yang terkini. Karya asli pertama di Malaysia yang diiktiraf dan diluluskan oleh Lembaga Pengawalan Perlesenan Percetakan Al-Quran, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.

4. Sesuai untuk kanak-kanak, dewasa dan warga emas. Maksudnya seluruh isi rumah boleh menggunakannya. Sebagai rujukan dan juga ulangkaji.

Cara Menggunakannya Amatlah Mudah :

Hanya pasangkan cd di komputer atau lap top seperti biasa, ia akan berfungsi. Hanya pilih CD 1 (jilid 1), CD 2 (jilid 2) atau CD 3 (jilid 3).

Buku boleh digunakan untuk ulangkaji seperti biasa, manakal CD adalah penggunaan yang lebih interaktif. Gerakan 'mouse' sangat membantu terutama kanak-kanak untuk beralih dari satu topik ke satu topik yang lain.

HARGA : HANYA RM210.  Anda akan dapat
1. 3 cd intertaktif
2. 3 buku/ jilid 
3. 1 penanda info tajwid

Kalau Anda Beli Sekarang Anda Akan Dapat PERCUMA
1. Buku iqra 1 hingga 6
2. Pos Percuma Seluruh Malaysia.

PROMOSI TERHAD

sms IQRA ke 017-9144513 untuk mendapatkannya segera!

*Entry ini menceritakan satu kaedah mudah belajar quran dan tajwid, walaubagaimanapun belajar quran yang terbaik adalah dengan berguru.
Inginkan Anak Bijak Tajwid?

Dapatkan E-iqra - belajar quran dan tajwid secara interaktif
sms IQRA ke 017-9409691
BELAJAR TAJWID TIDAKLAH SUSAH LAGI
E-iqra belajar quran dan tajwid secara interaktif
Klik sini untuk tempahan.

Friday, 17 May 2013

KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS

Teks : Norazira Mohamed
Gambar : Carian Google

Sempena hari Jumaat yang mulia ini, Jumaat penghulu segala hari, ingin saya kongsikan tentang kebesaran dan kehebatan Surah Al-Ikhlas. 

1) Sebelum masuk rumah

Bacalah 'Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismilla hirrahmannirrahim' yanga bermaksud : Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani sebelum masuk rumah, diikuti surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali. 
Kemudian masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca Bismillah.

Diikuti dengan memberi salam kepada anggota rumah. Walaupun tiada orang di rumah berilah salam juga kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur.

Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

2) Bacaan 100,000 kali

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w: 'Barang siapa membaca Qul huwa'llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi.

Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka'. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua'llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.

3) Bacaan ketika sakit 

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia,
maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan
kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian
siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul
Qurthuby).

4) Khatam al-Quran

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara
Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang
dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan
bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat..

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali
bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya
itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab
dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran.
Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama
dengan membaca 30 jus Al-Quran.


5) Lain-lain kelebihan Al-Ikhlas

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000
sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.

Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu
padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat
80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,
sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah
Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di
sayap malaikat Jibrail a..s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s,
Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan
ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali
selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke
jumaat yang berikiutnya.

Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak
mengalami apa-apa kesusahan.


Wallahua'lam...

Thursday, 16 May 2013

Tips mudah ajar anak


Tarikh : 6 Disember 2011


Mengajar Anak

Bila si kecil semakin membesar pelbagai kerenah yang bakal ibu bapa hadapi. Malah ketika ini juga dia semakin mengerti persekitaran yang ada di sekelilingnya. Jom lihat tip mudah ajar buat si kecil ini.

Anak-anak adalah anugerah Tuhan kepada ibu bapa. Dalam menuju kepada pembesarannya mereka memerlukan bimbingan yang sempurna di samping kasih sayang. Dengan ini usaha untuk melahirkan anak-anak yang cemerlang beberapa bimbingan dilakukan pada usia seperti ini. Ikuti lima kaedah buat si kecil, iaitu:

1. Didikan

Anak-anak mempunyai potensi diri untuk berjaya. Mereka mulai belajar apa yang dikatakan perilaku yang betul atau sebaliknya. Misalnya jika mereka dididik bersikap sopan itu adalah baik, maka mereka akan bersikap begitu apabila berada dalam persekitaran orang ramai. Sebaliknya jika mereka dididik dengan nilai yang negatif apabila dewasa mereka akan menghadapi pelbagai masalah untuk bergaul dengan orang lain. Didikan yang baik akan mencerminkan sikapnya apabila dewasa nanti.

2. Dorongan

Kanak-kanak memerlukan dorongan, semangat dan pendedahan persekitaran sihat yang membantunya mempunyai daya kreativiti yang luas. Dengan didikan dan asuhan yang baik, potensi diri mereka akan mencapai suatu tahap yang memberangsangkan. Ini kerana keadaan persekitaran yang selesa, pemakanan seimbang dan kasih sayang mempengaruhi tumbesaran dan perkembangan minda mereka. Jadi dalam tempoh ini beri peluang kepadanya untuk meneroka alam sekeliling mereka. Malah ketika ini rasa ingin tahu pada kanak-kanak ini adalah lebih tinggi dan jika ibu bapa tidak memberi dorongan positif mereka akan menjadi seorang yang kurang kreatif dalam hidupnya.

3. Interaksi

Lebih awal ibu bapa berinteraksi dengan anak mereka lagi elok untuk perkembangan anak. Malah dikatakan ia adalah faktor utama untuk membantu melahirkan anak-anak pintar. Interaksi antara anak dan ibu bapa mampu meningkatkan dan merangsang semua aspek perkembangan anak terutama melibatkan keyakinan dalam dirinya. Semasa berinteraksi ibu bapa harus memberi sepenuh perhatian, sentuhan, belaian kasih sayang dan tunjuk ajar secukupnya supaya anak mereka diri mereka dihargai. Interaksi ketika usia seperti ini amat perlu disebabkan dia sudah mengerti persekitaran yang ada di sekitarannya.

4. Luahan Perasaan

Anak anda semakin mengenali dirinya sendiri. Sebagai ibu bapa anda harus tahu keperluan anak anda. Rapatkan diri dengan anak, luahkan perasaan kepada mereka agar mereka juga belajar meluahkan perasaan kepada anda. Carilah peluang untuk menyatakan kasih sayang kepada anak-anak. Cara ini akan membuatkan anak merasa diri mereka disayangi dan dihargai. Luahan perasaan umpama ‘terapi’ buat anak yang ingin dirinya diberi perhatian selalu.

5. Berdikari

Menyediakan anak-anak yang bersikap berdikari, ibu bapa perlu memberi latihan, bimbingan dan pengawasan berterusan. Ia adalah usaha untuk menyemaikan tabiat dan nilai baik untuk menguruskan diri sendiri. Tanamkan keyakinan dalam dirinya bahawa dia boleh melakukannya tanpa bantuan orang lain. Berikan kata-kata semangat untuk sebagai dorongan kepadanya. Sikap berdikari ini mampu mengasah dirinya menjadi seorang berani dan yakin diri dalam melakukan sesuatu.

Dapatkan Pakej didik anak soleh disini 



Wednesday, 15 May 2013

Didik anak dalam kandungan

Teks : Norazira Mohamed
Gambar : Carian Google

Setiap ibubapa menginginkan anak-anak yang soleh dan solehah. Namun bagi mencapai matlamat tersebut, didikan kepada anak-anak bukanlah bermula sejak dilahirkan atau ketika umurnya sesuai untk di hantar ke taska/tadika. Akan tetapi, didikan kepada anak-anak haruslah bermula sejak dari alam rahim lagi.



Pemakanan ketika mengandung juga perlu dititkberatkan, namun ianya bukanlah faktor utama kepada lahirnya anak yang soleh solehah dan cerdas. Yang paling utama ialah pendidikan agama yang di terapkan oleh ibu semasa sejak bayi didalam kandungan lagi. Antara cara didikan yang boleh diamalkan oleh ibu-ibu yang mengandung ialah memperbanyakkan doa, memperdengarkan ayat suci Al-Quran samada dengan membacanya atau memasang CD atau kaset. Selain itu, ibu-ibu juga digalakkan berbisa dengan bayi didalam kandungan dan sentiasa menjaga tingkahlaku semasa mengandung.

Antara tips mendidik anak didalam kandungan boleh dilakukan dengan berbagai cara, antaranya :

1) Membacakan doa
    Antara doa yang boleh di amalkan ialah doa Nabi Zakaria seperti yang disebutkan didalam Al-Quran, Surah Al-Imran ayat 38 yang mana ertinya : "Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa."



2) Membacakan Al-Quran
    Didikan yang boleh juga diamalkan sejak bayi didalam kandungan lagi ialah membacakan Al-Quran atau memperdengarkannya dengan memasang CD atau kaset. Seperti yang diketahui, fungsi utama yang banyak digunakan oleh bayi ketika didalam kandungan ialah pendengarannya. Oleh itu, dengan cara ini bayi dibiasakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, dan mudah-mudahan semasa dia masuk ke alam kanak-kanak maka mudahlah dia akan lebih mudah mengingati dan menghafal Al-Quran.


3) Mengajak berbicara
    Proses pembentukan pendengaran bayi akan mula  berkembang pada minggu ke lapan dan selesai pada minggu ke dua puluh empat. Oleh itu, bayi bisa mendengar suara-suara malah bisa terkejut oleh suara-suara yang keras. Ibu boleh mengajak bayi berbicara dalam apa jua perkara yang hendak di lakukan sambil mengusap-usap perut seperti contoh ketika hendak berwuduk. Ibu boleh menerangkan yang wuduk itu perlu bagi melakukan solat dan solat adalah wajib. Respon bayi biasanya dia akan menendang-nendang perut ibu.

4) Menjaga tingkahlaku
    Menjaga tingkahlaku bagi ibu semasa mengandung amatlah penting. Ini kerana, tingkahlaku ibu akan mempengaruhi tingkahlaku anak-anaknya. Selain dari tingkahlaku, emosi juga tidak kurang pentingnya. Hindarilah dari bersikap negatif dan tekanan perasaan atau perasaan-perasaan negatif yang lain bagi mengelakkan anak-anak terikut-ikut dengan tingkahlaku yang tidak elok. 

Itulah antara cara ataupun amalan yang boleh dipraktikkan semasa ibu sedang mengandung. Semoga anak-anak yang dilahirkan bakal menjadi anak yang soleh solehah, cerdik, cerdas, berakhlak mulia dan berbudi pekerti yang baik. Amin....


Dapatkan susu kambing suffy di http://daneensunnahstore.blogspot.com/2013/05/susu-kambing-suffy.html

Tuesday, 14 May 2013

Ibubapa sebagai guru

Teks : Norazira Mohamed
Gambar : Carian Google

Sebenarnya anak-anak belajar sejak dari alam rahim lagi. Selepas dilahirkan, ibubapalah guru pertama bagi anak-anak. Apa sahaja yang ibubapa lakukan, akan menjadi contoh teladan buat anak-anak. Sebab itulah selalu dikatakan idola pertama anak-anak ialah ibubapa. 

Proses pembelajaran anak-anak kemudiannya disambung oleh pengasuh ataupun taska-taska yang dipilih. Selepas itu bersambung pula ke tadika dan sekolah-sekolah formal yang lain. Namun, sejak kebelakangan ini, terdapat ibubapa yang mengajar sendiri anak-anak ataupun homeschooling. 


Persoalan yang penting sebelum sesebuah keluarga atau ibubapa itu hendak memulakan pendidikan dirumah ini menjadi titik tolak utama sebelum ianya bermula. Soalan seperti mengapa mereka mahukan pendidikan dirumah ini dan bagaimana mereka akan melakukannya hendaklah dicari terlebih dahulu. Ini kerana dua persoalan inilah yang akan terus mengekalkan usaha mereka didlam proses perkembangan dan pembelajaran anak-anak. 

Sekiranya pendidikan dirumah ini menjadi pilihan sesebuah keluarga tersebut, biasanya ibu lebih memainkan peranan sebagai guru. Siapa lagi yang lebih layak selain ibu mereka sendiri. Ayah juga biasanya terlibat didalam proses pembelajaran tetapi tugas ayah lebih kepada urusan mencari rezeki untuk keluarga. 


Antara sebab mengapa ibubapa memilih homeschooling ini ialah :

  1. Ibubapa tidak/kurang setuju dengan silibus pendidikan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran ;
  2. Ibubapa risau atau tidak mahu anak-anak mudah terpegaruh dengan gejala kurang sihat yang mula menular di sekolah ;
  3. dan Ibubapa mempunyai keinginan pendidikan yang berlainan dan ingin mengajar mengikut gaya tersendiri
Anak-anak yang homeschooling ini biasanya di ajar dengan cara tersendiri mengikut minat mereka terhadap sesuatu bidang dan mendalaminya sehingga mahir. Namun apa jua minat anak-anak tersebut, ruang untuk mempelajari dan mendalami subjek lain seperti matematik, sains, sejarah dan geografi masih lagi diberikan ruang tetapi semuanya digarap menjadi satu. Oleh itu, hasilnya apa yang anak- anak belajar di rumah adalah sama dengan apa yang dipelajari di sekolah formal cuma medium pembelajaran dan kaedahnya sahaja yang berlainan.

Namun ada juga ibubapa yang mengajarkan anak-anak yang homeschooling mengikut silibus seperti di sekolah formal. Mereka menggunakan buku-buku yang sama cuma mereka mengajar dengan cara mereka tersendiri. Dan perbezaan yang paling ketara ialah proses pembelajaran tersebut berlaku di rumah bukannya di sekolah.

Apa pun jua sebab mengapa dan kenapa ibubapa memilih homeschooling serta bagaimana untuk merealisasikannya, semuanya adalah untuk kepentingan anak-anak itu sendiri.



Dapatkan Al-Quran digital pen Al-Iman

http://daneenonlinebookstore.blogspot.com/2013/05/al-quran-digital-pen-al-iman.html


Monday, 13 May 2013

Sambutan hari kelahiran En Suami - 270413

Teks : Norazira Mohamed
Gambar : Carian Google

Bulan April yang lepas, sambutan hari jadi En. Suami kesayangan pada 27 April. Pada hari tersebut, En. Suami tak bagi masak, katanya kita makan kat luar. Saya apalagi, yabedabedooo la. Memang malas pun nak masak. Kebetulan pulak hari jadinya jatuh pada hari Sabtu.


Jadi pada tegahari itu, kami sekeluarga ke Bandar Baru Bangi untuk makan tegahari. Mulanya En. Suami nak belanja kami makan di AP Ayam Penyet, tapi setelah 2 kali pusing tak kelihatan juga restotan AP Ayam Penyet, saya cadangkan kami makan di Restoran Wong Solo je lah. Ada juga ayam penyet. Alhamdulillah, selepas pusing satu kali lagi, nampaklah restoran tersebut.


Ramainya pelanggan restoran ni. Kami menunggu hampir 20 minit baru la pesanan kami sampai. Fuh! Boleh tahan juga nasi ayam penyet di sini. Tapi rasanya sedap lagi nasi ayam penyet hasil air tangan suami saya. Ceritanya di sini. Walau bagaimanapun, alhamdulillah kenyang kami sekeluarga.

Pada petangnya pula, tempahan kek pula yang menyusul. Rupanya En. Suami telah menempah kek untuk hari ulang tahun kelahirannya itu. Tiadalah sambutan yang meriah cuma kami sekeluarga sahaja. Namun, saya tetap bersyukur kerana kami masih lagi bisa menyambutnya bersama-sama.

Gambar kek harijadi suami

Buat suami kesayangan saya, selamat ulang tahun kelahiran. Ibu doakan baba sentiasa menjadi suami dan bapa yang dekat dengan keluarganya. Suami yang terindah dimata isteri bukanlah yang mampu membelikan segalanya, tapi seorang suami yang setia dan selalu ada dalam tangis dan tawa bersama isteri dan anak-anaknya.... Semoga Allah merahmati perjalanan hidup kita sekeluarga...

Sunday, 12 May 2013

Sekolah Rumah

Teks : Norazira Mohamed
Gambar : Carian Google

Sekolah rumah atau juga lebih dikenali sebagai homeschooling mula menjadi pilihan ramai ibubapa moden masa kini didalam mendididk anak-anak mereka. Homeschooling merupakan satu proses pendidikan yang mana pembelajaran dan proses mengajar tidak berlaku disekolah formal seperti kanak-kanak lainnya. Homeschooling ialah proses yang mana pembelajaran dan pendidikan boleh dilakaukan dimana sahaja, samada di rumah, di padang, di pasar, di kebun, di dimana sahaja yang mana proses pembelajaran boleh dicipta. Sumber rujukan homeschooling ini juga amat luas bukan hanya berpandukan buku teks sahaja.

Sekiranya anak-anak bersekolah formal, maka mereka perlu mengikuti kokurikulum yang telah di sediakan dan terikat dengan jadual waktu yang telah ditetapkan. Tetapi bagi anak-anak yang homeschooling, tiada batasan waktu dan tiada had dalam proses pembelajaran. 

Oleh kerana proses pendididkan homeschooling ini tidak terikat dengan silibus dan kokurikulum, pembelajaran kepada anak-anak lebih menjurus kepada minat anak-anak itu sendiri samada olahraga, nyayian, sains, matematik dan sebagainya. 



Bagi mereka yang menjalankan homeshooling ini, satu-satunya kelebihan ialah ibubapa tidak perlu membayar segala yuran, biaya bulanan dan juga tak perlu mebuat segala jenis pakaian seragam. Pakai sahaja pakaian yang biasa dipakai dirumah. Anak-anak juga lebih selesa. Ini secara tak langsung dapat menjimatkan kos pengurusan sesebuah keluarga. 


Dapatkan Set Lengkap E-Iqra' - Cara Mudah Belajar Quran / Tajwid.

Ciri-ciri seperti di bawah:

  • Pakej Lengkap
  • Teknik Mudah Belajar Quran
  • Sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa
  • Set E-Iqra' mengandungi 3 buku dan 3 VCD
  • Sangat interaktif untuk belajar quran dan tajwid
  • Untuk seisi keluarga pun boleh gunakan
  • Khusus di PC dan boleh juga di skrin TV
http://daneenonlinebookstore.blogspot.com/search/label/E-Iqra%27

Saturday, 11 May 2013

Demi masa.... 110513

Teks : Norazira Mohamed
Gambar : Carian Google


"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran." (Al 'Asr 103: 1-3)

Apa cerita pasal masa ni. Ok, sebenarnya saya nak bercerita mengenai masa yang begitu mencemburui saya. Oh, amat letih mengejar masa. Sejak akhir-akhir ini terasa masa 24 jam itu tidak mencukupi buat saya. Apa yang saya sibukkan sangat ni??? Sampaikan blog pun tidak sempat di 'update'. 



Ok, pertama : sekarang ni saya sudah tidak ada pembantu rumah sementara. Sekiranya tuan puan masih ingat mengenai entri saya berkenaan pembantu sementara ini (baca kisahnya di sini), tidak sampai sebulan, pembantu rumah tu minta berhenti dengan alasan suaminya tidak mengizinkan. Jadi, sekarang segala urusan rumahtangga diurus semula oleh saya seratus peratus. 


Kedua : disebabkan segala urusan rumahtangga di urus semula oleh saya seratus peratus, jadi saya perlu pandai membahagikan masa untuk anak-anak, urusan rumahtangga dan juga penulisan di blog termasuk mencari bahan dan sebagainya. Bab pembahagian masa dan pengurusan masa inilah yang sering kali saya gagal. Lebih-lebih lagi saya berbadan dua ni, bila dah seharian letih bekerja, balik rumah pula menguruskan urusan rumahtangga dan anak-anak, badan sudah terkulai keletihan. Bila tiba masa buka blog, mata pun dah lelap. Owh!!!

Ketiga : Tugas di pejabat nak kata menimbun tidaklah juga, tapi disebabkan saya masih ada 3 bulan sebelum bercuti panjang, jadi saya cuba siapkan kerja-kerja yang tertangguh sebelum ini. Jadi nanti tidaklah sesiapa yang menaggung tugas saya tu terbeban dengan kerja saya yang tak siap. Jnagan plak nanti, bila saya kembali bertugas, kerja yang sepatutnya dia siapkan semasa menanggung tugas saya dikembalikan semula pada saya.

Keempat : Itu sahajalah yang dapat difikirkan buat masa ini. Kalu ikutkan hati, semua kerja mahu diuruskan sesempurna mungkin, tapi saya perlu sedar dengan keadaan saya begini, saya perlu akur pada kemampuan diri sendiri. InsyaAllah, akan cuba menguruskan masa sebaik mungkin dan akan cuba meng'update' blog setiap hari. Mudah-mudahan Allah permudahkan segalanya... Amin...

Kisah terhebat wanita yang sukses bergelar wahm, ia kisah motivasi dan inspirasi!
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=459442140808043&set=a.459442137474710.1073741834.448759028543021&type=1&theater

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...