Jumlah Pelawat

Perbezaan di antara jadual waktu dan jadual belajar

Teks : Norazira Mohamed
Gambar : Carian Google


Beberapa bulan yang lalu, saya ada mendengar siaran radio IKIM slot Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad dalam perjalanan pulang dari kerja. Saya amat tertarik dengan tajuk yang dikupas oleh Dr. tentang perbezaan di antara jadual waktu dan jadula belajar. Ramai ibu bapa yang terkeliru di antara dua jadual ini.


Sebelum itu, siapakah Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad? Beliau merupakan Pengasas kepada kursus Motivasi Alihan Pelajar yang telah melahirkan lebih daripada 100,000 pelajar dan menjalankan kursus hampir setiap minggu sehingga ke hari ini. Beliau juga seorang 'Public Speaker' dan motivator yang sering diundang oleh pihak radio dan televisyen antaranya ialah TV1, TV3, TV9, NTV7, TV Bernama, Astro Awani, Astro Oasis dan TV Al-Hijrah.


Menurut Dr. Tengku Asmadi, ibu bapa perlu menyediakan jadual waktu yang khusus untuk anak-anak supaya anak-anak tahu waktu ini apa yang perlu dibuat. Selain daripada itu, dengan menyediakan jadua waktu ianya memberikan kesedaran kepada anak-anak bahawa belajar juga ada jadualnya tersendiri. Namun, jadual waktu sahaja tidak cuku, perlu juga disediakan jadual belajar. Apakah ia jadual waktu dan jadual belajar? Apa perbezaan antara keduanya. 


Jadual waktu 


Jadual waktu ialah jadual yang dikhususkan untuk sesuatu aktiviti. Contoh terdekat ialah jadual waktu disekolah yang mana telah di tetapkan jam 8 hingga 9 pagi dikhususkan untuk matapelajaran Bahasa Melayu, jam 9 hingga10 pagi untuk matapelajaran matematik, 10 hingga 10.30 waktu untuk rehat dan seterusnya. Sama juga dengan jadual waktu dirumah, sebagaimana contoh, jam 2 hingga 3 petang ialah masa untuk mandi, makan dan berehat, jam 3 hingga 5 ialah masa untuk belajar, 5 hingga 6 di peruntukkan untuk beriadah dan seterusnya hinggalah masa untuk tidur. 


Jadual belajar 

Berlainan untuk jadual belajar yang mana jadual belajar lebih spesifik/khusus. Didalam jadual waktu ada masa untuk belajar, sebagaimana contoh jam 3 hingga 5 diperuntukkan untuk belajar, tetapi belajar matapelajaran apa? Bab berapa? Muka surat berapa? 

Ibu bapa perlu memberikan perincian yang jelas tentang matapelajaran tersebut bukan hanya memberitahu anak2 hari Isnin kena belajar Matematik, Selasa matapelajaran Sains, Rabu matapelajaran Fizik dan seterusnya. Ianya terlalu umum dan anak-anak akan terkial-kial tak tahu belajar matematik bab apa dan muka surat berapa. Berkemungkinan setiap hari anak-anak akan belajar bab yang sama sehinggakan tak sempat untuk menghabiskan keseluruhan bab dalam buku tersebut.


Dr. Tengku Asmadi memberikan contoh yang paling muda dilihat didalam penyediaan jadual belajar ialah guru. Setiap minggu, guru perlu menyediakan jadual pengajarannya bermula pada hari Isnin hingga Jumaat Katakan hari isnin bab apa dan muka surat berapa hendak diajarkan kepada murid-murid. Sehingga silibus mana akan diajarkan sehingga habis sillabus yang perlu diajarkan pada akhir tahun Begitu jugalah jadual belajar yang disediakan untuk anak-anak mestilah khusus satu persatu bab yang ada supaya setiap hari anak-anak akan belajar bab yg berlainan, muka surat yang lain sehinggalah khatam satu buku. In sya Allah.


Siapa yang perlu menyediakan jadual waktu?

Pada asasnya siapakah yang perlu menyediakan jadual waktu : anak-anak? ibubapa? penjaga? atau datuk nenek? (hahah datuk nenek tiada kaitan ;-).

Menurut Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad, bagi anak-anak yang Tahun 1 hingga Tahun 3 jadual waktu perlu disediakan oleh ibu bapa kerana pada umur begitu anak-anak masih lagi tidak pandai menguruskan masa.


Bagi anak-anak Tahun 4 dan Tahun 5, jadual waktu masih lagi juga disediakan oleh ibubapa tetapi ibubapa perlulah membuatnya bersama-sama dengan anak-anak kerana pada umur begini anak-anak kebiasaannya sudah terlibat dengan aktiviti di sekolah atau aktiviti bersama rakan-rakan. Oleh itu, jadual yang disediakan perlulah mengikut kesesuaian dan kelapangan masa anak-anak.

Bagi anak-anak yang dah masuk tingkatan 1 hingga tingkatan 3, tanggungjawab menyediakan jadual waktu tersebut bolehlaj diserahkan kepada anak-anak tetapi ibubapa perlulah memantau samada jadual tersebut dipatuhi ataupun tidak. Pastikan sekiranya jadual tersebut menyatakan jam 9 hingga 11 malam adalah masa untuk belajar, anak-anak memang sedang belajar bukannya sedang menonton televisyen.

Akhir sekali bagi anak-anak yang di tingkatan 4 dan tingkatan 5, bolehlah diserahkan bulat-bulat kepada anak-anak tetapi perlu ada pemantauan juga sekali sekala dari ibubapa.

Ini adalah maklumat yang dapat saya cedok dari segmen tersebut. Andainya ada maklumat yang tersalah fakta, harap bolehlah diperbetulkan di ruangan komen. Semoga perkongsian saya ini bermanfaat buat ibubapa diluar sana didalam menyediakan jadual waktu dan jadual belajar buat anak-anak.


---------------------------------------------------------------------------------------------

Berminat untuk mengikuti kelas asas blog untuk promosi Oktober 
klik di Promosi Oktober.

Berminat untuk dapatkan ebook belajar asas blog 
dapatkannya di Ebook.

Ingin mengetahui berkenaan kelas asas blog 
sila baca di kelas asas blog.

3 comments:

  1. terima kasih..info yang bermanfaat..tengah mencari2 bagaimana nak buat jadual untuk anak-anak..
    www.noormelah.com

    ReplyDelete
  2. salam pn. noor

    dah jumpa ke cth jadual belajar/waktu untuk anak2 tu? jika ada tidak keberatan sudi share bersama2 ye.. terima kasih

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...