Jumlah Pelawat

Jerebu oh jerebu... 260613

Teks : Norazira Mohamed
Gambar : Carian Google



Sejak dua tiga menjak ini, isu jerebu sering di perkatakan. Tak kisah samada sesama rakan ofis, sembang dengan jiran tetangga ataupun status yang di kemaskini di laman sosial. Kebanyakannya berkisar tentang isu jerebu. Ya, jerebu memang hangat diperkatakan di mana-mana. 


Jadi, apa itu jerebu sebenarnya. Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas, jerebu adalah satu fenomena tradisi atmosfera di mana debu, habuk, asap dan lain-lain zarah mencemar kejelasan langit. Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan.

Oleh yang demikian, masalah pernafasan sering dikaitkan dengan isu jerebu. Menurut berita, penyakit asma, iaitu penyakit yang merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas meningkat 100% di musim jerebu ini. Malah, bukan sahaja kepada penghidap penyakit asma, orang-orang biasa juga terkesan dengan jerebu ini. Ada yang dah mula batuk-batuk, ada yang dah mula selsema, ada juga yang pedih mata dan sesak nafas. Kesihatan perlu dijaga dengan sebaik mungkin. Tiada kompromi. Minumlah air masak dalam kuantiti yang mencukupi.


Satu lagi isu yang timbul ialah persekolahan anak-anak. Isu ini hanya di alami oleh ibubapa atau penjaga. Oleh kerana disebabkan jerebu, ada sekolah yang ditutup. Jadi, persoalan yang sering ditanya oleh ibubapa ialah "esok sekolah ke?" Hari Isnin lepas, sekolah di Selangor dan Kuala Lumpur diumumkan cuti. Pada hari Selasa, sekolah dibuka semula. Tapi ada sesetengah sekolah yang terpaksa ditutup semula apabila kualiti udara didapati pada tahap membimbangkan dan ibubapa dipanggil untuk mengambil anak masing-masing.

Yang menjadi persoalan, anak di beri cuti, tapi ibubapa tidak. Bagi ibubapa yang tiada alternatif bagi penjagaan anak, terpaksa mengambil cuti segera bagi menjaga anak di rumah. Ada juga yang terpaksa membawa anak-anak ke pejabat. Apakan daya, sebagai ibubapa yang berkerjaya, masalah penjagaan anak sering menjadi isu. 

Kadang-kadang isu begini sering membuatkan saya, seorang ibu yang bekerja, terfikir untuk berhenti kerja. Oleh itu, jika berlaku masalah sebegini, anak-anak dapat di utamakan. Semoga Allah permudahkan urusan saya ke arah itu, jika itu yang terbaik buat saya. Pada masa ini, marilah kita sama-sama berdoa semoga jerebu ini akan cepat-cepat menghilang dari ruang udara dan semoga semuanya di lindungi Allah. InsyaAllah...


Dapatkan Pakej Asas Wahm Soho: Bekerja Dari Rumah
Harga asal : RM125, Harga sekarang : RM100
Promosi bermula 1 Jun hingga 30 Jun 2013.
Klik sini untuk tempahan.

Kisah anak kecil ku - 240613

Teks : Norazira Mohamed
Gambar : Sendiri


Salam kasih sayang buat pembaca sekelian. Terlebih dahulu mohon dan maaf jua saya pinta kerana sudah agak lama tidak mencoretkan kalam di dada blog ini, terutamanya buat sifu penulisan saya, Puan Masayu Ahmad. Keadaan agak huru hara dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Sungguh saya tidak dapat meluangkan masa dengan penulisan atau mencoret kisah kehidupan. Sungguh saya tidak mampu untuk konsisten menulis bila berdepan dengan dugaan lebih-lebih lagi melibatkan anak-anak.

Bermula dengan anak kecil saya, Aydeen, anak yang ke empat, demam panas selama seminggu pada minggu pertama cuti sekolah. Rutin kehidupan saya pun bertukar corak. Lebih-lebih lagi dengan ketiadan pengasuh yang bercuti selama seminggu. Pada en Suami saya sandarkan tanggungjawab menjaga si kecil dan anak-anak lainnya pada waktu itu di sebabkan cuti saya pun dibekukan sehingga bulan Jun.

Apakan daya, sebagai seorang ibu, saya cuba melakukan yang terbaik. Setiap waktu rehat pada tengah harinya, saya akan pulang menjengah si kecil dan membawa pulang makanan tengah hari. Sungguh seminggu itu betul-betul meletihkan buat saya yang berbadan dua ini. Kadang-kadang, terpaksa di bawa Abang yang sulung dan kakak, anak yang ketiga ke tempat kerja supaya en. Suami dapat fokus pada si kecil yang memerlukan perhatian. Ya, sehingga saya di tegur majikan. Dan sungguh saya tertekan.

Setelah 6 hari demam masih belum kebah, saya rujuk kembali Aydeen ke klinik dan Doktor mencadangkan supaya Aydeen di bawa ke hospital. Saya yakin andainya di bawa pasti Aydeen akan di wadkan. Saya tidak mahu kerana telah berjanji dengan anak-anak yang lain untuk pulang ke kampung cuti sekolah minggu kedua tu. Kebetulan, cuti sekolah minggu kedua sudah masuk bulan Jun, jadi saya boleh memohon cuti kembali. Alhamdulillah, Doktor memahami dan anak saya di berikan rawatan gas sebanyak 4 kali dalam sehari bagi memastikan pernafasannya kembali normal. Alhamdulillah, kali kelima Aydeen mendapatkan rawatan gas pada keesokkan harinya, Doktor mengesahkan Aydeen sudah boleh di bawa berjalan jauh. Pulang ke kampung halaman mengambil masa 8 jam.

Seminggu di kampung, Aydeen sihat walafiat. Tiada panas walaupun dalam sehari. Dan dia aktif dan ceria seperti biasa. Berbagai aktiviti di lakukan di kampung. Anak-anak yang lain pun bergembira. Alhamdulillah, Allah memudahkan urusan kami di kampung. Seminggu di kampung, kami pulang kembali ke bandar.

Aydeen senang mandi jeram

Kembali ke pejabat, terus saya di tanya urusan kerja yang belum selesai. Arahan lambat di berikan, membuatkan kerja yang dilakukan sebelum ini terpaksa di ulang semula. Itulah jadinya bila bos hanya tahu mengarah tanpa bertanya permasalahan. Ahh, saya hanya mentimun, di golek terluka, tergolek pun terluka. Buat je lah.

Tetiba, Sabtu lepas, Aydeen demam kembali. Ah kacau. Setelah 3 hari demam masih belum kebah walau pun ubat telah diberikan. Habis penangan ubat, badan panas kembali. Di bawa ke klinik dan sepeti biasa Aydeen di berikan rawatan gas bagi memudahkan pernafasan. Aydeen belum lagi di kategorikan sebagai pesakit asma yer, tapi kalu tidak di rawat semasa kecil ni, sampai besar lah nanti dia akan mendapat asma. Doktor membuat surat rujukan ke Hospital Serdang. 

Hari berikutnya, saya membawa Aydeen ke hospital. Kalau ditahan wad pun saya redha daripada melihat keadaanya lemah dari sehari ke sehari. Alhamdulillah Aydeen tidak ditahan, cuma Doktor memberikan ubat lain bagi mengawal lelahnya. Kata Doktor ini adalah antara ubat bagi memastikan lelahnya tidak akan menjadi asma hingga dewasa. Mencegah lebih baik dari merawat. Mudah-mudahan ubat ini serasi dengan Aydeen.

Aydeen yang keletihan akibat asyik muntah
Alhamdulillah, kini Aydeen sugah semakin sihat. Makan juga sudah lalu walau tidak sebanyak biasa. Main juga sudah mahu dengan abang-abang dan kakaknya. Alhamdulillah, gembira hati ibu melihat Aydeen sudah tersenyum kembali. Moga Allah pelihara anak-anak ibu dan diberikan kesihatan dan kesembuhan. InsyaAllah.. Amin.

Teknik Nabi Muhammad

Teks : Norazira Mohamed
Gambar : Carian Google

Kebelakangan ini saya menjumpai ramai ibu bapa yang ingin mencuba teknik Nabi Muhammad SAW dalam mendidik anak-anak mereka. Sebenarnya apa itu teknik Nabi Muhammad SAW? 

Dari pembacaan dan pemahaman saya, teknik Nabi ini ialah satu teknik yang digunakan berlandaskan tingkah laku ataupun apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW didalam mendorong perubahan tingkah laku dari negatif menjadi positif. Tingkah laku ini di kaji oleh Tim Psikologi Hadith berpandukan hadis-hadis sahih dan di aplikasikan dalam kehidupan seharian. 



Pada mulanya, teknik ini diaplikasikan dalam mendorong pelajar-pelajar yang corot oleh beberapa orang guru, tetapi teknik-teknik ini juga sesuai digunakan didalam mendidik anak-anak.

Menurut Puan Ainon Mohd., salah seorang penulis bagi buku "Mendorong pelajar corot dengan teknik Nabi Muhammad", pada asasnya, matlamat penggunaan teknik Nabi Muhammad ini adalah mendorong perubahan sikap dan tingkah laku seseorang iaitu : 


  1. Mendorong seseorang itu mengekalkan sikap dan tingkah laku yang sudah baik dan betul.
  2. Mendorong seseorang itu meningkat dan memperbaiki lagi tingkah laku yang baik supaya bertambah-tambah baik.
  3. Mendorong seseorang itu mengubah tingkah lakunya yang buruk dan menggantikannya dengan tingkah laku yang baik.


Semoga lebih ramai ibu bapa dan guru-guru mengaplikasikan dalam didikan dan pengajaran bagi mendorong tingkah laku yang positif di kalangan anak-anak dan pelajar. In Sya Allah...




Pertengkaran anak-anak

Teks : Norazira Mohamed

Gambar : Carian Google


Anak pertama dan kedua saya lelaki. Kedua-duanya mempunyai perangai yang berbeza. Mereka juga suka bertengkar. Ah! Kadangkala bingit suasana dengan pertengkaran mereka. Bukannya hal yang besar pun. si Abang suka menyakat dan bergurau. Si Adik (Bang Ngah) pula tidak boleh menerima gurauan. Mulalah Bang Ngah menangis. Si Abang lagi suka, lagi disakatnya...


Ya, memang seperti kata orang tua-tua. Lain anak lain perangainya. Masing-masing dengan keunikan yang berbeza. Masing-masing dengan kekuatan dan kelemahan yang tidak sama. Jadi, tidak hairanlah andai mereka saling bersaing dan bertengkar. 

Namun, sebagai ibubapa, hal ini kadangkala menyebabkan tekanan yang berpanjangan. Seperti saya, setiap kali Abang dan Bang Ngah bertengkar, saya mula tertekan. Jadi, sebagai ibubapa, saya cuba untuk mengawal supaya keadaan ini tidak berterusan. Ada beberapa tips yang boleh dijadikan panduan.



Berikan batasan 
Pastikan anak-anak mengetahui batasan mengenai apa yang boleh dan tidak boleh. Fahamkan mereka tingkahlaku seperti bertengkar, memukul, mengherdik, mengambil mainan tanpa izin dan yang sewaktu dengannya adalah perbuatan yang salah. 




Pisahkan

Pisahkan mereka buat sementara waktu. Tempatkan di bilik atau ruangan berasingan. Ini dapat memberi mereka masa untuk bertenang dan akhirnya mereka akan kembali bermain bersama-sama.


Menjadi pendengar setia

Selidiki punca masalah. Tanya dan berikan mereka peluang untuk bercerita versi masing-masing. Dengarkan dengan teliti dan bagi solusi yang boleh diterima bersama.

Adil dengan setiap anak

Bagi mengelakkan rasa cemburu di kalangan anak-anak, luangkan masa bersama anak-anak secara adil. Cari masa untuk melakukan aktiviti bersama secara individu dan berikan perhatian yang penuh ketika bersama mereka. 




Pujian dan penghargaan

Jangan berlebihan dalam memuji salah seorang anak anda. Adillah dalam meberikan pujian walaupun Si Abang lagi mudah menolong dari Bang Ngah. Jika saya puji kedua-duanya, In Sya Allah, Bang ngah dengan sendiri juga rajin menolong. Puji setiap kebaikan mereka dan juga prestasi yang mereka raih dan tunjukkan yang anda bangga dengan pencapaian mereka.




Habiskan waktu bersama keluarga

Adalah penting sekiranya kita dapat menjalankan aktiviti yang boleh dilakukan bersama sebagai sebuah keluarga. Ini dapat memberikan mereka rasa saling menghargai dan salaing memiliki. 

Biarkan mereka menghadapi masalahnya sendiri

Kadang-kadang, saya biarkan sahaja Abang dan Bang Ngah menyelesaikan pertengkaran mereka sendiri asal sahaja tidak melibatkan keganasan dan tumbuk menumbuk. Walaupun Bang Ngah kadang kala datang mengadu, saya menggalakkan dia menyelesaikan sendiri dengan Abangnya dan Alhamdulillah, biasanya mereka boleh bermain bersama-sama semula dengan baik.

Menghadapi dengan berlapang dada

Kadang-kala kita sebagai ibu bapa merasakan bahawa perengkaran mereka ini tidak akan berakhir. Asyik jumpa je nak bergaduh. Tapi, pertengkaran mereka akan berakhir juga seiring dengan berjalannya waktu. Oleh itu, berlapang dadalah dan jalankan peranan kita sebagai oarng tengah dengan sabar. 


Semoga dengan beberapa panduan diatas, pertengkaran anak-anak bukan lagi menjadi isu besar buat ibu bapa pada zaman moden ini. Yang penting, bagaimana kita berperanan dalam mendamaikan kedua belah pihak. Wallahu a'lam...


Al-Quran Al-Karim dengan panduan Waqaf & Ibtida’ merupakan satu panduan waqaf (memberhentikan bacaan) dan ibtida’ (memulakan bacaan) yang pertama di Malaysia dan juga yang pertama seumpamanya di dunia. Keistimewaan al-Quran ini adalah menggunakan sistem warna yang jelas dan menarik bagi memudahkan pembaca al-Quran memberhentikan bacaan dan memulakan bacaan dengan sempurna.

Wahai suami - 200513

Teks : Norazira Mohamed
Gambar : Carian Google


Wahai Suami,

Bangunlah seketika apabila Subuh mula menjelma dan malam mula beransur pergi. Tataplah wajah isterimu yang sedang lena keletihan disamping anak kecilmu. Perhatikan garis-garis kepenatan akibat seharian isterimu mengabdikan diri menjaga anak-anakmu tanpa rehat yang cukup.


Mungkin masih lagi bersisa kecantikannya kerana basahan air wudhu setiap hari dan keikhlasannya dalam menjalankan kewajipannya sebagai seorang isteri dan ibu. Bayangkan hari esok yang bakal menjelma seketika nanti, tatkala kau bangun dengan tubuh yang terasa segar dan bugar sambil menghirup udara pagi yang nyaman. Namun isterimu bangun dengan tubuh yang masih diulit keletihan semalam. Tubuhnya belum lagi terasa benar-benar segar.

Sekejap lagi, anak-anak kecilmu akan bangun menuntut perhatian yang tak berbelah bagi dari ibunya. Membingitkan telinganya dengan tangis dan raung, merawan hatinya dengan pergaduhan kecil sesama mereka, menuntut darinya masa yang tak sudah-sudah.

Pada masa itu, apa yang kamu fikirkan? Apa yang kamu mahukan? Adakah kamu menganggap bahawa dia masih lagi boleh bertutur lembut dalam katanya kepada anak-anakmu.  Sedangkan dalam waktu yang sama, kamu juga menuntut perhatian dan masa darinya. Bagaimanakah bisa dia menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai ibu tanpa kerjasama dari mu. Bagaimana mungkin dia menjalankan tugasnya sebagai isteri tanpa sokongan dari mu, termasuk kewajipan yang bukan kewajipan isteri tetapi pada hari ini ia tetap di anggap kewajipan isteri. 


Wahai Suami

Capailah tangan isterimu dan gengamlah ia... Rasakan telapak tangannya yang tidak lagi selembut di hari pertama kamu gengam ia di hari perkahwinan kalian. Ya, telapak tangannya sudah kasar dimamah waktu. Telapak tangannya sudah kasar kerana mengerah segala tenaga dan kudrat memastikan kamu dan anak-anakmu bahagia. Telapak tangannya sudah kasar dalam usaha menjaga keluarganya. Namun, disebalik telapak tangannya yang kasar, jiwanya dan kasihnya masih utuh hanya untukmu dan anak-anakmu. Tiada berbelah bagi.

Oleh itu wahai Suami,

Janganlah kau abaikan isterimu, janganlah kau biarkan dia menanggung kesedihan seorang diri, janganlah kau persiakan hidupnya. Ucapkanlah kata-kata manis, kata-kata yang penuh kemesraan, walaupun tanpa di pinta, kerana itu bisa membuatkan hatinya gembira, bisa membuatkan dia  lupa pada keletihannya, bisa menguatkan lagi kasih sayangnya padamu. Ucaplah... isteriku, engkau adalah hadiah terbaik pilihan Allah untukku....

Panduan memuji - Bahagian 2

Teks : Norazira Mohamed
Gambar : Carian Google

(Sambungan dari entri sebelumnya)

6. Tidak terlalu berlebihan dalam memberikan pujian

Pujian yang diberikan mestilah yang realistik bukannya yang melambung sehingga susah anak-anak hendak mempercayai kebenarannya. Contohnya anda puji anak anda pandai dan mampu untuk mendapat nombor satu didalam kelas. Mungkin susah untuk anak anda mempercayainya kerana masih ada lagi matapelajarannya yang lemah. Seeloknya anda katakan bahawa anda gembira keran dia sudah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dalam kebanyak matapelajaran dan sekiranya dia berusaha lagi tidak mustahil dia akan mendapat nombor 5 keatas didalam kelas.

7. Sesuaikan kata-kata pujian dengan taraf pemikiran anak-anak

Untuk anak-anak sekolah rendah, bagi mendorong anak-anak belajar dengan lebih rajin lagi bagi matapelajaran yang lemah, mungkin ibubapa boleh memberikan pujian begini, "Wah, 2 matapelajaran Aina dapat 90%, hanya 3 je yang dapat 70%. Tak mengapa, ibu akan bagi hadiah bagi matapelajaran yang mendapat 90%". Ini dapat mendorong Aina untuk memperbaiki matapelajarannya yang lemah itu. Jangan dikatakan, "Wah pandai Aina, nati ibu belikan hadiah apa sahaja yang Aina mahu". Ini tidak dapat mendorong Aina untuk berusaha lagi dimasa akan datang. Bimbang pula dia merasa bangga dengan pencapaiannya itu.


8. Pastikan pujian tidak di 'off-set'kan oleh kata-kata negatif

Pastikan pujian anda memberikan kesan yang positif dan jangan diakhiri dengan sesuatu yang negatif. Seperti contoh, anda berkata kepada anak anda, "Wah, bagus adik hari ini. Adik memberikan perhatian masa ibu mengajar dan berjaya menyiapkan kerja sekolah adik. Alangkah bagusnya andai dari dulu lagi adik bersikap begini, ini tidak asyik kelam kabut je setiap hari. Ibu ajar pun kamu main-main" Pujian itu pada awalnya baik, namun pengakhirannya ada kritikan yang akan melenyapkan kesan positif tadi.

9. Berikan pujian dengan segera selepas sesuatu kebaikan dilakukan

Elok diberikan respon yang segera untuk kelakuan yang positif supaya kelakuan itu nanti mudah dibentuk menjadi tabiat. Seperti contoh, "Ibu suka dan sangat menghargai tiap kali Amar memberitahu ibu kemana Amar hendak pergi setiap hari. Tidaklah ibu risau bila Amar tiada sebab ibu tahu kemana Amar pergi".

                                     

10. Pujian yang Harus Dihindari

Janganlah berlebihan dalam memberikan pujian kepada anak-anak yang telah memang terbukti bakatnya. Contohnya, anak anda memang berbakat dalam lukisan dan memang telah memenangi beberapa hadiah hingga keperingkat antarabangsa. Berpada-padalah memujinya kerana kata-kata pujian yang berterusan lama kelamaan nanti tidak akan memberikan erti apa-apa kepada mereka. 

Semoga tips ini bermanfaat buat ibubapa semua, teruslah berusaha mendampingi dan memuji mujahid-mujahid kecil ini semoga bisa membentuk peribadi Muslim/Muslimah yang unggul. 

Dapatkan Ensiklopedia Solat...



Kelebihan Ensiklopedia Solat ini:
  • Maklumat dan ilmu yang berkaitan dengan solat.
  • Mengandungi pelbagai keterangan daripada aspek fekah, falsafah, sejarah dan saintifik.
  • Setiap isi kandungan disampaikan dengan mengintegrasikan semua aspek ilmu yang amat sesuai dan bertepatan dari segi kontemporari atau semasa.
  • Disusun dengan pendekatan mesra pembaca.
  • Setiap kandungan disertakan dengan ilustrasi, foto, gambar rajah, peta minda dan jadual sebagai memudahkan kefahaman penjelasan kepada pembaca.
  • Turut memuatkan petikan hadis yang disertai dengan matan, sanad dan nombor hadis bagi memudahkan rujukan pembaca.
Tempah di sini.

KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS

Teks : Norazira Mohamed
Gambar : Carian Google

Sempena hari Jumaat yang mulia ini, Jumaat penghulu segala hari, ingin saya kongsikan tentang kebesaran dan kehebatan Surah Al-Ikhlas. 

1) Sebelum masuk rumah

Bacalah 'Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismilla hirrahmannirrahim' yanga bermaksud : Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani sebelum masuk rumah, diikuti surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali. 
Kemudian masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca Bismillah.

Diikuti dengan memberi salam kepada anggota rumah. Walaupun tiada orang di rumah berilah salam juga kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur.

Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

2) Bacaan 100,000 kali

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w: 'Barang siapa membaca Qul huwa'llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi.

Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka'. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua'llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.

3) Bacaan ketika sakit 

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia,
maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan
kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian
siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul
Qurthuby).

4) Khatam al-Quran

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara
Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang
dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan
bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat..

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali
bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya
itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab
dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran.
Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama
dengan membaca 30 jus Al-Quran.


5) Lain-lain kelebihan Al-Ikhlas

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000
sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.

Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu
padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat
80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,
sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah
Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di
sayap malaikat Jibrail a..s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s,
Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan
ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali
selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke
jumaat yang berikiutnya.

Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak
mengalami apa-apa kesusahan.


Wallahua'lam...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...