Jumlah Pelawat

Showing posts with label Tips Mudah Belajar/Mengaji. Show all posts
Showing posts with label Tips Mudah Belajar/Mengaji. Show all posts

Tips exam

Assalamualaikum.

Salam pagi Jumaat yang penuh barokah. Di doakan semoga semua ibu-bapa diluar sana tenang-tenang dan ceria-ceria dalam membimbing dan mendidik anak-anak amanah Allah. 

Hari ini saya ingin berkongsi tips sekiranya lupa semasa menjawab peperiksaan. Tips ini diberikan oleh Tuan Guru Dato' Dr. Harun Din. moga ianya bermanfaat buat semua. In sya Allah.



Perbezaan di antara jadual waktu dan jadual belajar

Teks : Norazira Mohamed
Gambar : Carian Google


Beberapa bulan yang lalu, saya ada mendengar siaran radio IKIM slot Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad dalam perjalanan pulang dari kerja. Saya amat tertarik dengan tajuk yang dikupas oleh Dr. tentang perbezaan di antara jadual waktu dan jadula belajar. Ramai ibu bapa yang terkeliru di antara dua jadual ini.


Sebelum itu, siapakah Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad? Beliau merupakan Pengasas kepada kursus Motivasi Alihan Pelajar yang telah melahirkan lebih daripada 100,000 pelajar dan menjalankan kursus hampir setiap minggu sehingga ke hari ini. Beliau juga seorang 'Public Speaker' dan motivator yang sering diundang oleh pihak radio dan televisyen antaranya ialah TV1, TV3, TV9, NTV7, TV Bernama, Astro Awani, Astro Oasis dan TV Al-Hijrah.


Menurut Dr. Tengku Asmadi, ibu bapa perlu menyediakan jadual waktu yang khusus untuk anak-anak supaya anak-anak tahu waktu ini apa yang perlu dibuat. Selain daripada itu, dengan menyediakan jadua waktu ianya memberikan kesedaran kepada anak-anak bahawa belajar juga ada jadualnya tersendiri. Namun, jadual waktu sahaja tidak cuku, perlu juga disediakan jadual belajar. Apakah ia jadual waktu dan jadual belajar? Apa perbezaan antara keduanya. 


Jadual waktu 


Jadual waktu ialah jadual yang dikhususkan untuk sesuatu aktiviti. Contoh terdekat ialah jadual waktu disekolah yang mana telah di tetapkan jam 8 hingga 9 pagi dikhususkan untuk matapelajaran Bahasa Melayu, jam 9 hingga10 pagi untuk matapelajaran matematik, 10 hingga 10.30 waktu untuk rehat dan seterusnya. Sama juga dengan jadual waktu dirumah, sebagaimana contoh, jam 2 hingga 3 petang ialah masa untuk mandi, makan dan berehat, jam 3 hingga 5 ialah masa untuk belajar, 5 hingga 6 di peruntukkan untuk beriadah dan seterusnya hinggalah masa untuk tidur. 


Jadual belajar 

Berlainan untuk jadual belajar yang mana jadual belajar lebih spesifik/khusus. Didalam jadual waktu ada masa untuk belajar, sebagaimana contoh jam 3 hingga 5 diperuntukkan untuk belajar, tetapi belajar matapelajaran apa? Bab berapa? Muka surat berapa? 

Ibu bapa perlu memberikan perincian yang jelas tentang matapelajaran tersebut bukan hanya memberitahu anak2 hari Isnin kena belajar Matematik, Selasa matapelajaran Sains, Rabu matapelajaran Fizik dan seterusnya. Ianya terlalu umum dan anak-anak akan terkial-kial tak tahu belajar matematik bab apa dan muka surat berapa. Berkemungkinan setiap hari anak-anak akan belajar bab yang sama sehinggakan tak sempat untuk menghabiskan keseluruhan bab dalam buku tersebut.


Dr. Tengku Asmadi memberikan contoh yang paling muda dilihat didalam penyediaan jadual belajar ialah guru. Setiap minggu, guru perlu menyediakan jadual pengajarannya bermula pada hari Isnin hingga Jumaat Katakan hari isnin bab apa dan muka surat berapa hendak diajarkan kepada murid-murid. Sehingga silibus mana akan diajarkan sehingga habis sillabus yang perlu diajarkan pada akhir tahun Begitu jugalah jadual belajar yang disediakan untuk anak-anak mestilah khusus satu persatu bab yang ada supaya setiap hari anak-anak akan belajar bab yg berlainan, muka surat yang lain sehinggalah khatam satu buku. In sya Allah.


Siapa yang perlu menyediakan jadual waktu?

Pada asasnya siapakah yang perlu menyediakan jadual waktu : anak-anak? ibubapa? penjaga? atau datuk nenek? (hahah datuk nenek tiada kaitan ;-).

Menurut Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad, bagi anak-anak yang Tahun 1 hingga Tahun 3 jadual waktu perlu disediakan oleh ibu bapa kerana pada umur begitu anak-anak masih lagi tidak pandai menguruskan masa.


Bagi anak-anak Tahun 4 dan Tahun 5, jadual waktu masih lagi juga disediakan oleh ibubapa tetapi ibubapa perlulah membuatnya bersama-sama dengan anak-anak kerana pada umur begini anak-anak kebiasaannya sudah terlibat dengan aktiviti di sekolah atau aktiviti bersama rakan-rakan. Oleh itu, jadual yang disediakan perlulah mengikut kesesuaian dan kelapangan masa anak-anak.

Bagi anak-anak yang dah masuk tingkatan 1 hingga tingkatan 3, tanggungjawab menyediakan jadual waktu tersebut bolehlaj diserahkan kepada anak-anak tetapi ibubapa perlulah memantau samada jadual tersebut dipatuhi ataupun tidak. Pastikan sekiranya jadual tersebut menyatakan jam 9 hingga 11 malam adalah masa untuk belajar, anak-anak memang sedang belajar bukannya sedang menonton televisyen.

Akhir sekali bagi anak-anak yang di tingkatan 4 dan tingkatan 5, bolehlah diserahkan bulat-bulat kepada anak-anak tetapi perlu ada pemantauan juga sekali sekala dari ibubapa.

Ini adalah maklumat yang dapat saya cedok dari segmen tersebut. Andainya ada maklumat yang tersalah fakta, harap bolehlah diperbetulkan di ruangan komen. Semoga perkongsian saya ini bermanfaat buat ibubapa diluar sana didalam menyediakan jadual waktu dan jadual belajar buat anak-anak.


---------------------------------------------------------------------------------------------

Berminat untuk mengikuti kelas asas blog untuk promosi Oktober 
klik di Promosi Oktober.

Berminat untuk dapatkan ebook belajar asas blog 
dapatkannya di Ebook.

Ingin mengetahui berkenaan kelas asas blog 
sila baca di kelas asas blog.

Kata-kata perangsang

Teks : Norazira Mohamed
Gambar : Carian Google


Kata-kata perangsang amat penting dalam memotivasikan diri anak-anak dan juga pelajar. Antara kata-kata perangsang yang boleh digunakan ialah :

Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat
- Charles Cahier

Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka
- Charles Cahier

Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya
- James Allen

Menyimpang seinci, rugi seribu batu
- Peribahasa Cina

Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat
- Benjamin Disraeli

Perbaiki diri anda tetapi jangan jatuhkan orang lain
- Salanter Lipkin

Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam perbuatannya
- Aristotle

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti mengahadapinya
- Albert Camus

Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya
- Marcus Aurelius

Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah
- Jose Joaquin Olmedo

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat
- Joseph Conrad

Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang
- William J. Siegel

Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah
- Philip Massinger

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah
- Lao Tze

Kegagalan adalah asas kemenangan
- Lao Tze

Jika tujuan anda jelas anda boleh mencapainya dengan mudah
- Lao Tze

Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran
- Flower A. Newhouse

Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang
- Samuel Johnson

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepada nyata tanpa menyimpang
- Cecil B. DeMile

Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesautu anda akan mencari alasan
- Peribahasa Arab

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
- Peribahasa Melayu

Orang yang hebat bertindak sebelum berkatadan dia berkata selaras dengan tindakannya
- Confucius

Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannyatelah melakukan satu kesalahan lagi
- Confucius

Motivasi tidak akan wujud tanpa matlamat
- Zainal Madon

Apabila kita risaukita akan belajar bagaimana untuk menyelesaikan kerisauan
- Mohd Sharani Ahmad


Sumber buku : Tip pandai belajar : panduan teknik-teknik semasa belajar dan mengajar, oleh Mohd Sharani Ahmad dan Zainal Madon.

Pelajar bermotivasi

Teks : Norazira Mohamed
Gambar : Carian Google


Siapakah yang dimaksudkan pelajar bermotivasi? Pelajar yang bermotivasi ialah pelajar yang :
  • Sentiasa bersiap sedia dari awal tahun untuyk menentukan kejayaan dalam peperiksaan pada akhir tahun
  • melakukan sesuatu kerja tanpa disuruh/dipaksa atau ditentukan oleh orang lain
  • sentiasa memberi tumpuan kepada aktiviti pembelajaran
  • waktu terluang sentiasa diisi dengan aktiviti ilmu
  • di rumah sentiasa mengulang kaji  pelajara, membantu keluarga dan rehat pada masa yang difikirkan sesuai
  • waktu beribadah selalu tepat pada masa yang ditetapkan
  • menggunakan sebahagian besar waktu cuti untuk mengulang kaji pelajaran
  • menyayangi ibu bapa dan guru
  • suka mengambil pengajaran apabila dimarahi ibu bapa dan guru
  • mudah bangun pagi
  • rajin sembahyang
  • tidak mengharapkan sangat kawan-kawan untuk menghiburkannya
  • sentiasa beringat dan berwaspadadalam menjalani kehidupan
  • merasa sayang pada masa yang terbuang
  • memastikan aktiviti kehidupan harian diurus dengan baik
  • sanggup mengatakan tidak kepada aktiviti yang melalaikan masa seperti merokok, melepak, main-main, ponteng dan bercinta
  • gemar berada disekolah
  • sentiasa menyiapkan semua tugasan sekolah
  • bijak merancang kehidupan lima tahun akan datang
  • tidak suka berbohong dan berpura-pura
  • suka membantu rakan yang dalam kesusahan
  • sangat berminat menyertai aktiviti pembelajaran
  • aktif dalam kokurikulum


Sumber buku : Tip pandai belajar : panduan teknik-teknik berkesan semasa belajar dan mengajar, oleh Mohd Sharani Ahmad dan Zainal Madon.

Motivasi Belajar

Teks : Norazira Mohamed
Gambar : Carian Google

Ibu bapa dan guru memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran anak-anak. Oleh itu, ibu bapa dan guru hendaklah pandai dalam memberikan motivasi kepada pelajar supaya mereka dapat mencapai apa jua matlamat yang telah ditetapkan.


Menurut Mohd. Sharani Ahmad dan Zainal Madon didalam buku yang bertajuk Tip Pandai Belajar, motivasi adalah satu proses membangkitkan, mengarah dan mengekalkan tingkah laku ke arah tujuan tertentu, yang sebelumnya tidak ada gerakan ke arah tujuan tersebut. Dalam erti kata yang lain, motivasi sebenarnya adalah keadaan dalaman yang kompleks yang tidak dapat difahami secara langsung tapi mampu mempengaruhi atau merangsang tingkah laku seseorang.

Pelajar/anak-anak yang bermotivasi akan dapat :

  • memperoleh kekuatan bagi mencapai kecermerlangan
  • menentukan hala dan keberkesanan sesuatu pembelajaran
  • mewujudkan dorongan yang kuat dan mantap
  • mewujudkan pembelajaran yang berkesan dan berterusan
  • mendengar dan memberikan perhatian sepenuhnya kepada pelajaran
  • berdikari dan memberikan pandangan atau pendapat
  • mendorong supaya lebih tekun dan yakin
  • menarik perhatian dan minat
  • meningkatkan penumpuan belajar
  • mewujudkan persaingan yang sihat
  • menjadikan proses pembelajaran lebih bermakna, berfaedah dan menyeronokkan
  • melibatkan diri secara aktif


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...