Jumlah Pelawat

Showing posts with label Promosi Ebook. Show all posts
Showing posts with label Promosi Ebook. Show all posts

Tiap Insan Adalah Penyampai Dan Daie (penyeru)

Teks & Gambar : Insyirah Azhar


Bismillah.

[[ Tiap Insan Adalah Penyampai Dan Daie (penyeru) ]]

Tiap daripada kita adalah penyampai dan hanya penyampai. Tiada siapa yang mampu memberi hidayah kepada orang lain. Kita boleh seru manusia kembali kepada Allah, namun kita tidak mampu memberi hidayah kepada orang yang kita seru.

Hatta Rasulullah S.A.W. tiada kuasa veto itu. Apa yang boleh kita lakukan hanya berusaha.

Contoh, kita adalah seorang trainer motivasi. Kita motivate ramai orang ketika dalam training. Namun, impak tetap tertakluk kepada Allah S.W.T.

Adakalanya kita yang akan menjadi asbab seseorang itu berubah. Suka untuk dikongsi ayat berikut,

"Teruskan berdakwah, siapa tahu, kita sedang mengkabulkan doa orang lain."

Haza min amri Rabbi, banyak perkara yang boleh kita nampak terjadi sedemikian.

Contoh, seseorang sedang cari solusi. Dan beliau terjumpa seseorang yang membantu menyelesaikan masalah beliau.

Andai dalam maya, berkait dengan tulisan.

"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya kekal abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan membahagiakan akhiratmu." (Saidina Ali Abi Talib)

Kebaikan dan keburukan itu berjalan selari. Oleh sebab itu, tetapkan niat untuk sentiasa sebarkan kebaikan. Else, kita akan terlajak di landasan buruk. Nauzubillahi min zalik.

------------
70 Lessons - Pengajaran lebih 3 tahun daripada aspek bisnes, kehidupan dan spiritual
------------

Begitu juga dalam ebook 70 Lessons. Kami telah rangkumkan lebih 70 pengajaran, yang kami peroleh sepanjang 3 - 5 tahun. Dengan izin Allah, membaca ebook ini dapat membantu pembaca,

- Menjimatkan wang
- Menjimatkan masa
- Meminimakan kerugian

Ia ibarat 'pantang larang' dan tip-tip daripada aspek bisnes, kehidupan dan spiritual. Yakni, apa yang perlu buat dan jangan buat dalam bisnes, kehidupan dan spiritual.

Insya-Allah.

“Orang yang bijak adalah orang yang ambil pengajaran daripada orang lain. Andai kita telah peroleh pengajaran, kita tidak perlukan pengalaman.”

"When you get the lessons, you don't need experience."

Contoh, apa kita rasa apabila kita dapat memahami pengajaran kitab Al Quran, hikmah tiap ujian yang kita dapat? Pasti rasa lebih better. Dan kita tidak mengulangi apa yang dilarang dalam Al Quran, dan mempraktikkan Do yang dinyatakan dalam Al Quran.

Begitu juga tentang ebook 70 Lessons.

Muatturun ebook 70 Lessons dengan klik pada link di bawah,


Nota: Ia boleh dimuatturun dalam bentuk ebook sahaja. Setelah pembayaran, bakal pembaca akan dapat ebook dalam format .pdf melalui emel yang diberikan.

Alhamdulillah

Idea bisnes makanan

Teks : Masayu Ahmad
Sumber: http://101ideahomebasedbisnes.blogspot.com/

Antara masalah utama bagi surirumah yang sibuk terutama wanita yang bekerjaya adalah menyediakan resipi ringkas  dan cepat. Jadi, sumber yang baik adalah menjual pelbagai jenis bahan-bahan mudah untuk memasak. Contohnya web yang menjual pelbagai jenis buku resipi, pilihan pek mudah rempah ratus untuk masakan untuk masakah sup, masakan bakar, masakan istimewa seperti rempah ratus untuk masakan arab. Contoh yang lain masakan untuk negeri tertentu, seperti sumber untuk masakan negeri pantai timur, seperti beras pulut, beras nasi dagang, keropok lekor dan sebagainya. Untuk sarapan pula ada makanan sejuk beku, sarapan pagi seperti karipap, roti goreng, roti canai.

Wanita sangat suka pilihan sebegini untuk memudahkan memasak di dapur dan penyelesai masalah mahu cepat dan pantas ketika berada di dapur.

Makanan sejuk beku

Antara pilihan makanan popular Malaysia yang kini sudah boleh terus di pasarkan ialah donut, popa, roti canai, roti goring, karipap, bahan masakan basah, pizza, sate dan banyak lagi. 

Penjualan boleh dilakukan secara online dan juga offline. Pilihan menjual secara offline hanya di rumah dengan menyediakan peti sejuk yang boleh memuatkan kapasiti produk jualan. Pastikan fokus kepakaran adalah produk sejuk beku sahaja. Boleh juga jual secara runcit, borong dan melantik wakil pengedar di kalangan suri rumah.

Sudah banyak pembekal dan pengeluar yang menghasilkan produk sejuk beku. Sekarang kalian hanya memasarkan sahaja, melalui laman web jualan, promosi melalui blog dan juga facebook. Ingat fokus kepada satu kepakaran, menjadikan kalian adalah tumpuan surirumah mencari sumber memasak dan khususnya produk sejuk beku.


Untuk tempahan, sila isi Borang Pesanan.

Untuk mengikuti kelas asas blog, ebook ini telah termasuk didalam pakej kelas.

ATAU

Supermom yang hebat urus masa, tenaga dan rumahtangga

Teks : Norazira Mohamed





Pada mulanya, saya tidak tahun apa itu WAHM, SAHM ataupun SOHO. Saya mula menjumpai singkatan ini di laman social kawan-kawan. Saya mula mencari apa itu WAHM, SAHM dan SOHO. Sungguh saya terkejut pada mulanya. WAHM ialah work at home mom, SAHM pula stay at home mom manakalan SOHO ialah small office home office.

Sungguh saya tidak tahu bahawa sekarang ini betapa ramainya wanita yang berhenti kerja menjaga anak dirumah tapi pada masa yang sama membuat perniagaan yang boleh mendatangkan pendapatan. Oh sungguh saya teruja. Saya juga berkira-kira hendak berhenti kerja dan menjaga anak sendiri tetapi memandangkan kewangan menjadi salah satu faktor saya terus bertahan. Lagi pun pula, minda sejak kecil lagi telah pun di'set'kan bahawa selepas belajar, kena kerja. Tak pernah terfikir bahawa saya boleh menjaga anak sambil bekerja secara atas talian. 

Membaca ebook Super WAHM super MOM, banyak memberi saya inspirasi untuk memulakan langkah kearah WAHM ataupun SAHM. Antara isi kandungan didalam ebook ini ialah :

Bab 1: Apa itu wahm, sahm, soho

Bab 2; Mengambil keputusan bekerja dari rumah
2.1 Sudah tidak ada hati bekerja
2.2 Persediaan asas
2.3 Langkah bijak Aida Fadzlin sebelum berhenti kerja
2.4 Puan M berkongsi dilema

Bab 3: Kisah Inspirasi Wahm, Soho
3.1 Norhanita Bahrom. Gobok Boutique
3.2 Fauziah Ahmad, 
3.3 Farah Hafizah 
3.4 Norazizah Ruslan-Business & health advisor
3.5 Lyna Noh - Malaysian Mums Biz Network
3.6 Faziatun Nisa Chocville Online Choc Boutique
3.7 Durra Mohamed Jamri 
3.8 Hani Arziana-SoHoIBU
3.9 Noor Hidawati
3.10 Harlinda Halim-Malaysian Work-At-Home-Mom Community
3.11 Nadzura Sabry

Bab 4: Cabaran bekerja dari rumah dan solusi
4.1 Bekerja di rumah tanpa pembantu
4.2 Urus stres dengan super gembira
4.3 Cabaran bekerja dengan anak kecil
4.3 Norhafizah Madzlan-cabaran mengurus enam anak
4.4 Zaila, berkorban kerjaya demi keluarga
4.5 Norain Kanafi

Bab 5: Tips sukses urus masa
5.1 Pengurusan masa untuk wanita
5.2 Ibu super sibuk, tips terapi diri
5.3 Urus masa keluarga
5.3 Sibuk yang fleksibel

Bab 6 : Tips urus tenaga super mama
6.1 Tenangkan diri, jangan stress, stres!
6.2 Fokus kepada matlamat
6.3 Rawat dan rehat

Bab 7: Tips urus rumah tangga
7.1 Mengawal semangat yang teruk
7.2 Perlukah pembantu rumah?
7.2 Cari kelainan untuk segarkan urusan rumahtangga
7.3 Kelaziman surirumah yang menyeronokkan

Bab 8: Tips motivasi surirumah terhebat
8.1 Setiap orang ada satu kisah
8.2 Bekerja dengan jiwa
8.3 Mengekalkan momentum motivasi
8.4 Kisah teladan sepanjang zaman

Apa yang menarik di dalam ebook ini?



Saya meneruskan rutin pada bulan-bulan sibuk, saya akan bekerja sehingga malam dan juga berlarutan pada hujung minggu. Politik pejabat yang kadang-kadang tidak masuk akal, kerenah rakan pejabat, menempuh kesesakan jalan setiap hari, berulang alik dari rumah, pejabat, rumah pengasuh dan sekolah anak yang mengambil masa yang panjang.Kesemua tersebut adalah ahak berjauhan antara satu sama lain, saya boleh berada di dalam kereta dan di atas jalan raya sehingga 3 jam lamanya, bayangkan. Cabaran menguruskan anak-anak seorang diri, kerana suami bekerja di Singapura. Awal pagi suami sudah keluar rumah, malam barulah nampak muka. Keluarga semua di kampong, saudara mara juga jauh, agak susah untuk meminta bantuan. Jadi sedikit sebanyak membuatkan hati dan badan saya semakin letih, layu, kusam dan yang sewaktu dengannya ;(.

Untuk membaca selanjutnya, dapatkan ebook ini sekarang. Harga asal ialah RM30, harga promosi RM25. Amat berbaloi-baloi ilmu yang ada didalamnya bagi yang sedang merancang untuk berhenti kerja, atau masih tidak bekerja dan mencari alternatif lain.


Untuk tempahan, sila isi Borang Pesanan.

Untuk mengikuti kelas asas blog, ebook ini telah termasuk didalam pakej kelas. 
 

ATAU



Teks: Masayu Ahmad
Sumber: http://101ideahomebasedbisnes.blogspot.com/


Foto : Google
Baik, hari ini saya kongsikan 10 idea bisnes dari rumah yang sesuai untuk suri rumah. Satu bidang kita kembangkan jadi 10.

Contoh makanan.

1. Menjual sarapan pagi
Jika kita imbas kembali, ketika kita kecil dahulu, bisnes masakan pagi atau sarapan pagi adalah pilihan popular bagi surirumah. Ini kerana ia adalah paling mudah untuk dilakukan. Selain jenis menu berat, sarapan pagi juga boleh berkaitan dengan kuih-muih tradisi.
Bisnes makanan sarapan pagi adalah paling ideal bagi kalian yang suka memasak. Sama ada memilih masak di rumah dan letak sahaja beberapa lokasi, contoh di beberapa kedai makan, stesyen minyak dan sebagainya. Pilih hanya beberapa menu sahaja, sarapan nasi lemak, nasi gorneg, nasi berlauk, bihun goreng, mee goreng.

Boleh juga hanya buka gerai yang berdekatan dengan rumah. Bisnes ini biasanya hanya beroperasi jam 7 hingga 10 pagi sahaja.

Untuk tujuan promosi masih boleh menggunakan platform facebook dan blog untuk tujuan promosi. Sediakan khidmat pesanan dan penghantaran produk, bagi nilai tambah bisnes ini. Contohnya bagi yang berminat untuk tujuan membawa ke pejabat, boleh tempah secara online dan mengambil tempahan ini di lokasi berdekatan rumah atau dari rumah pemilik bisnes.

Terma dan syarat yang wajib adalah, membayar terlebih dahulu dan pengesahan tarikh. Ini untuk mengelakkan usahawan rugi dan masalah pembatalan tempahan saat akhir.


2. Jualan menu tengahari
Ini boleh dilakukan oleh surirumah yang tinggal di kawasan bandar-bandar besar. Perkhidmatan menu tengahari berdasarkan pakej makanan. Sediakan juga promosi melalui blog, laman web dan facebook.

Surirumah boleh menyediakan kepelbagaian menu mengikut hari, contohnya,
Isnin- Menu Barat
Selasa- Hidangan ala carte
Rabu -Nasi lauk kampung
Khamis- Nasi Arab
Jumaat- Nasi tomato

Di atas adalah contoh sahaja. Boleh pelbagaikan pakej, penghantaran ke sekitar pejabat atau lokasi 'pengambilan'.

Order perlu dibuat beberapa hari sebelu, atau sediakan borang tempahan yang lengkap. Suri yang mahu buat operasi ini perlu membuat kajian kawasan terlebih dahulu untuk mengetahui maklumbalas awal pelanggan.


3. Membekal makanan bajet pelajar

Sekiranya berada di persekitaran kolej, universiti, pusat pengajian. Ini juga salah satu cara untuk mendapatkan pendapatan sampingan. Buat menu dan pilihan bajet untuk pelajar. Selalunya pelajar suka untuk mendapatkan makanan.

Pilih satu lokasi penghantaran makanan pada masa sekian-sekian. Boleh juga mengambil beberapa pelajar sebagai pekerja sambilan, iaitu menjalankan promosi sekitar kediaman pelajar dan mendapatkan tempahan. Gunakan sepenuhnay kemudahan teknologi dan penyebaran promosi melalui facebook dan blog.


4. Katering kecil-kecilan

5. Kek dan muffin

6. Coklat

7. Makanan tradisi

8. Kelas masakan

9. Makanan sejuk beku

10. Penyediaan set barbeku


Untuk mengetahui selanjutnya, dapatkan ebook ini pada harga promosi RM30. Harga asal RM50. Untuk tempahan, sila klik Daneen Online Bookstore.

Untuk menyertai kelas asas blog, sila klik Kelas Online.

Untuk mendapatkan ebook Belajar Asas Blog, sila klik Ebook.

101 idea home-based bisnes

Teks : Masayu Ahmad
Sumber : http://101ideahomebasedbisnes.blogspot.com/


Bab 9: Strategi Pemasaran Rasulullah

"Sesungguhnya, telah ada (diri) Rasulullah itu contoh tauladan yang baik bagimu 'iaitu' bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan banyak mengingati Allah."
-Surah Al-Ahzab:21)

Muhammada s.a.w adalah model usahawan menyeluruh. Baginda adalah contoh terbaik dalam perniagaan dan Islam, sejarah sudah mencatatkan bahawa Rasulullah s.awa adalah seorang pedagang berjaya dan reputasinya setanding antarabangsa.

Sudah diasuh sejak dari kecil
Rasulullah s.a.w dilahirkan ketika kaum Quraisy mencapai kejayaan dalam bidang perdagaganga. Sejak kecil, berada dalam asuhan datuknya seorang pedangan ulung, Abdul Mutalib.

Selepas datuknya meninggal, baginda tinggal bersama pakciknya juga seorang peniaga. Baginda berinisiatif mempelajari bidang perniagaan secara kecil-kecilan. Pada masa itu, baginda memberli barang-barang dari satu pasar kemudian menjualnya kepada orang lain.

Pada masa itu tidak dinafikan, baginda tergolong sebagai pemuda miskin yang memulakan perniagaan dari tahap paling awal.

Kemudian baginda juga bekerja dengan orang lain untuk mendapatkan upah, dan kadangkala menjadi agen kepada peniaga kaya yang ada di kota Mekah.

Dalam hal mencari rezeki yang halal, baginda terkenal sebagai pemuda bersungguh-sungguh, tekun dan cermat dalam bidangnya. Ia bukan sekadar memenuhi keperluan seharian. Tetapi ini adalah salah satu usaha membentuk reputasi yang baik dengan pelanggan dan juga pelabur.

Usahasama dengan janda kaya Khadijah

Peribadi baginda yang jujur (siddiq) dan dipercayai (amin) adalah modal utama dalam mengembangkan perniagaan yang ditekuni. Ramai pelabur Mekah pada masa itu selesa menjalani kerjasama dengan baginda, baik berupa sistem upah mahupun hasil.

Rasulullah s.a.w kemudiannya menjadi pengelola (mudharib) dan Khadijah sebagai rakan kongsi tidur (Shahibul maal). Mereka sama-sama berkongsi kerugian dan keuntungan. Masa sulit yang dihadapi Rasulullah s.a.w dalam bidang perniagaan terjadi ketika baginda berusia 17 hingga 20 tahun. Pada masa itu baginda perlu berdikari menghadapi pesaing yang jauh lebih berpengalaman (senior) dari baginda.

Bisnes bukan sekadar keuntungan material, tetapi sebagai saluran ibadah untuk kebahagian dunia dan akhirat.

"Barang siapa yang pulang ke rumahnya di petang hari dan merasakan keletihan kerana dia kedua-dua tangannya bekerja di siang hari, maka pada malam itu dia akan mendaoat ampunan Allah s.w.r (HR.Tabrani)

-Berpandukan hadis di atas, beberapa langkah praktikal menjadikan bisnes sebagai tiket menuju kebahagiaan akhirat.

Ciri-ciri usahawan produktif

-Sentiasa berikap proaktif, kreatif iaitu benar-benar berusaha luar biasa bukan sekadar masuk senarai atau kerja hanya melepas batuk di tangga
-Niat melakukan usaha kerana Allah, dengan demikian aktiviti yang dilakukan dipermudahkan.
-Sentiasa fokus dan jelas dengan matlamat yang dikerjakan.
-Berfikiran positif (husnuzham)
-Menjaga kualiti kemampuan diri dengan melaksanakan dengan cara terbaik dan rasa tanggungjawab setiap amanah yang diberikan.

Rekod Rasulullah s.a.w dalam bidang perniagaan

1. Rasulullah s.a.w adalah pakar ekonomi
- Sejarah telah membuktikan bahaiman Islam di bawah kepimpinan bagina mampu membuat penyelesaian yang menimpa pada masa itu. Pelbagai kaedah dan usaha dilakukan bagina untuk menyelamatkan umat dari krisis ekonomi dan kemiskinan.
-Contohnya dalam peristiwa hijrah ke Madinan. Ketika tempoh berada di Madinan, baginda menghadapi masalah dakwah Islam dan penyebaran ajarannya, tetapi juga pemasalah ekonomi yang rumit.
- Masalah perpindahjan penduduk secara besar-besaran dari Mekah ke Madinan yang masih lemah ekonomi dan kestabilan, menuntut baginda berfikir untuk mencari jalan penyelesaian yang tepat.
-Ini memberi kesan dan boleh menyebabkan perpecahan dan permusuhan antara penduduk asal dan pendatang yang hadir. Tambahan pula orang-orang Yahudi terganggu, kerana penguasaan ekonomi Madinah masih berada dalam kekuasaan mereka.
-Terdapat tiga persolana asas menuntut untuk diselesaikan iaitu pertama tempat tinggal kaum Muhajirin yang telah meninggalkan kampung halaman. Kedua, kesejahteraan sama rata, ketiga masalah pengangguran.

Untuk mengatasi tiga masalah tersebut, Rasulullah s.a.w telah mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar. Langkah ini adalah terbaik, dalam mempertimbangkan sisi kemanusia dan ekonomi, pada masa yang sama masih berlandaskan prinsip agama.

Setelah kestabilan dicapai, baginda juga mengadakan perjanjian dengan bangsa Yahudi di Madinah. Salah satu isi perjanjian ialah, baik muslim mahupun Yahudi, perlu terlibat secara aktif dalam menjaga keamanan Madinah dari serangan luar.


Ini adalah salah satu bab yang terdapat didalam ebook 101 idea home-based bisnes. 

Berminat untuk mendapatkan ebook ini, sertai kelas asas blog dan dapatkannya secara PERCUMA.



Untuk menyertai kelas asas blog isi Borang Pesanan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...