Jumlah Pelawat

Showing posts with label Catatan Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Catatan Pengalaman. Show all posts

Tolong peka dengan keadaan anak

Teks : Norazira Mohamed
Gambar : Carian Google

Salam kasih sayang buat semua para pembaca budiman. Saya yakin ramai antara pembaca blog saya ialah ibu bapa atau bakal ibu bapa. Kebelakangan ini, kita telah dikejutkan dengan klip video pengasuh yang ketuk kepala budak yang dijaganya. Memang cepat benar klip video itu tersebar di laman sosial. Terima kasih juga pada bapa salah seorang budak yang dihantar ke taska tersebut yang curiga dengan keadaan kanak-kanak disitu sehingga membuatkan bapa tersebut meletakkan kamera tersembunyi didalam beg anaknya sehingga kes penderaan ini tersebar.


Ya Allah! Itulah perkataan pertama saya sewaktu pertama kali melihat rakaman tersebut yang dipaparkan di TV3. Kenapa sanggup manusia yang diamanahkan untuk penjaga bidadari syurga itu melakukan sedemikian kepada kanak-kanak yang belum mengerti apa-apa. Budak itu masih kecil, kemungkinan berumur dalam lingkungan dua atau tiga tahun. Beberapa kali saya melihat pengasuh itu memukul kepala budak itu. Itu sahaja yang saya lihat. Cukup!! Apabila rakaman tersebut dikongsikan dilaman sosial, saya sudah tidak sanggup melihatnya. Sungguh tercalar perasaan keibuan saya. Saya juga punya anak dan sungguh saya tidak rela andainya anak saya diperlakukan begitu. Tidak akan ada ibubapa yang rela!!!

Selepas itu saya membaca pengalaman kisah tersebut di blog milik ibu kepada kanak-kanak yang dipukul itu. Sungguh sedih. Klik di sini untuk membacanya. Bayangkan jika anda adalah ibu budak tersebut. Apa perasaan anda? Sungguh saya bersimpati kepada ibu tersebut. Cuma saya sedikit terkilan kerana dari penceritaan di blog tersebut, budak itu sudah menunjukkan tanda-tanda bahawa dia tidak suka pergi ke taska tersebut sehingga muntah dan berlari-lari tidak mahu masuk ke taska. Tolonglah para ibu bapa sekelian, peka dengan keadaan anak anda yang dihantar ke rumah pengasuh atau taska. Andainya  dalam tempoh sebulan anak-anak buat perangai apabila dihantar kerumah pengasuh atau taska, tolong la periksa dan selidik apa puncanya.

Sudah banyak kes penderaan di taska yang kita dengar. Ada kanak-kanak yang dibalut dengan kain kuat-kuat sambil ditampal mulutnya dengan salotap, ada anak yang tersedak susu di buai, ada yang dipukul hingga lebam. Jadi, apa tindakan kita sebagai ibubapa? Peka dan buatlah siasatan. Tolonglah ibubapa sekelian untuk peka dengan setiap perkara yang berlaku pada anak-anak atau kelainan yang anak-anak tunjukkan. Sekali sekala jadilah polis pencen membuat pemeriksaan mengejut dan menyiasat punca andainya anda perasan anak-anak sudah tidak seperti biasa. Bertindaklah!!

Anak saya sendiri yang berumur setahun dua bulan yang saya tukarkan ke rumah pengasuh baru bulan lepas setiap hari menangis apabila dihantar. Selama seminggu keadaan berterusan. Hati saya gundah gulana. Saya mula berkira-kira menghantarnya semula ke rumah pengasuh lama. Tapi alhamdulillah, minggu kedua, dia sudah boleh menyesuaikan diri. Memang kanak-kanak memerlukan masa untuk menyesuaikan diri tetapi andainya anak selalu buat perangai berterusan selama sebulan, mungkin ada yang tidak kena dimana-mana. Siasatlah.

Selain itu, anak ketiga saya, yang saya hantar ke rumah pengasuh berdekatan rumah tiga tahun lepas hanya bertahan dua minggu sahaja. Entah mengapa, setiap pagi menghantarnya ke rumah pengasuh tersebut, saya rasa tidak selesa. Hati saya was-was dan curiga. Dan apabila memandang anak, seolah dia meminta tolong. Arghhh,  itu perasaan keibuan saya. Tidak ada apa yang buruk pun yang berlaku cuma pengasuh tersebut sedikit cerewet. Setiap kali saya mengambilnya pada petang hari, selalu ada perkara yang tidak kena. Anak saya kerap berak la, anak saya asyik menangis tak boleh ditinggalkan la, anak saya tak nak tidur la, anak saya bla bla bla. Oh sungguh saya serabut. Rumahnya begitu kemas dan bersih. Mula terdetik di hati saya, pengasuh ni suka rumah kemas tak boleh sepah, bimbang pulak dia asyik mengemas sampai dibiarkan anak saya menangis lama hingga selesai kerjanya. Penyelesaiannya, saya tukar pengasuh lain. Anak gembira, ibu lagi bahagia.

In sya Allah, di entri yang lain saya akan kongsikan bagaimana caranya saya membuat pemilihan pengasuh untuk anak-anak saya. Ini adalah dari pengalaman saya sendiri sebagai seorang ibu bekerjaya dan mempunyai lima orang anak.


Berminat untuk mendapatkan buku Mendorong Pelajar Corot 
dengan Teknik Nabi Muhammad, klik sini.

Berminat untuk menyertai kelas asas blog klik sini.

Berminat untuk mendapatkan makanan sunnah klik sini.


Dapatkan E-Iqra' di sini.


Stamina ibu mengekalkan momentum

Teks : Norazira Mohamed
Gambar : Carian Google

Salam penuh kasih sayang. Apa khabar ibu-ibu hari ini? Samada yang bekerja ataupun menjadi suri sepenuh masa. Adakah anda sihat? Cergas? Pantas dalam menguruskan kerja harian dan urusan rumahtangga?

Saya ingat lagi sewaktu muda dahulu (muda la sikit dari umur sekarang), semasa saya baru mempunyai anak dua. Ya Allah, setiap kali balik kerja, saya mesti pengsan. Memang letih habis setelah seharian melakukan urusan kerja. Balik ke rumah, tenaga sudah tiada untuk keluarga. Masa itu, saya sangat-sangat sedih. Sedih kerana selalu keletihan bila berhadapan dengan anak-anak. Bila dah letih, mulalah emosi pun kacau.


Masa tu saya tahu saya mesti mencari makanan tambahan untuk mengekalkan stamina. Alhamdulillah, saya terdengar di radio IKIM mengenai produk Hiraq. Produk yang saya maksudkan ialah Produk Karmila Kurma Herbal Essence khusus untuk wanita. Saya pun mula mencari produk tersebut di kedai dan mula mengamalkannya. Sempat juga saya habiskan 5 botol produk Hiraq tu. Memang bertenaga. Balik dari kerja, saya masih boleh menguruskan anak-anak dan rumah tangga. Rumah siap bermop lagi. 

Selain itu ianya juga meningkatkan kesihatan dalaman dan mencantikkan wanita, mengatasi masalah senggugut dan keputihan, menguatkan otot dalaman dan menyempitkan faraj wanita, serta kulit muka juga akan kelihatan cantik.


Tapi satu sahaja kekurangan produk Hiraq ni bagi saya ianya tidak boleh diambil ketika datang bulan ataupun sewaktu mengandung. Susah juga. Masa-masa begitu, kita lagi perlukan tenaga. Saya pun mencari alternatif produk lain. Akhirnya saya bertemu dengan keqaseh idaman hati sehingga sekarang iaitu Qaseh Gold. Saya mula mengamalkan Qaseh Gold dari saya mengandungkan anak ketiga hingga sekarang anak lima. Alhamdulillah, saya memang cukup berpuas hati. Lagi pula ianya boleh diambil ketika haid ataupun mengandung. Jadi setiap hari saya boleh mengamalkan makanan sunnah ini. 


Dengan mengamalkan produk Qaseh, saya sentiasa bertenaga walaupun sudah seharian di pejabat menguruskan urusan kerja. Alhamdulillah, saya masih lagi boleh menguruskan lima orang anak dan rumahtangga. Selain itu, apabila hendak demam atau batuk, saya cepat sembuh. Ia juga memudahkan proses kelahiran anak keempat dan kelima saya. Banyak lagi kebaikan yang saya perolehi. Paling pentingnya emosi juga terkawal. 

Saya berkongsi disini kerana saya tahu sebagai ibu dan isteri, kitalah suri utama yang menguruskan rumahtangga. Kita perlukan tenaga dan stamina yang kuat untuk mengekalkan momentum. Saya pasti ramai ibu-ibu diluar sana yang tercari-cari cara ataupun produk untuk sentiasa kekal sihat, cerdas, bertenaga dan kelihatan cantik. Ini cuma pengalaman saya. Lain orang lain pula caranya.

Akhir kata, walau apa pun cara atau produk yang ibu-ibu amalkan untuk mengekalkan stamina dan momentum, saya pasti ianya adalah berasaskan satu sebab sahaja iaitu supaya kita dapat menjaga dan menguruskan keluarga dengan baik kerana apabila suri rumah sakit atau tidak sihat, hilanglah seri, rumah dan anak-anak pun tidak terurus.

******************************************************

Bagi yang berminat untuk mencuba produk ini dan merasai sendiri kebaikannya, boleh lihat di Qaseh Gold.

Bagi yang ingin menyertai kelas asas blog dan dapatkan ebook '101 ideas home-based bisnes, boleh lihat Promosi Oktober.

Bagi yang ingin dapatkan ebook Belajar Asas Blog sahaja sila lihat di sini.

Nostalgia Eidul Adha

Teks : Norazira Mohamed
Gambar : Carian Google

Hari raya korban telah pun berlalu. Pada hari raya, kami hanya duduk di rumah sahaja. Ingatkan hendak menziarahi sahabat lama tetapi disebabkan keadaan anak keempatku, Aydeen yang demam, niat itu dibatalkan sahaja. 

Beraya di perantauan berlainan sekali suasananya dengan di kampung. Walau sudah dua hari berlalu, belum lagi dapat merasa daging korban. Berlainan kalau di kampung, kalau tak banyak, sedikit daging pun ada yang menghantar ke rumah. Boleh la juga merasa daging korban walau kita tidak korban. Kata orang tua-tua, rasa daging korban itu lain dari daging biasa. Dagingnya empuk dan rasanya juga manis dan enak.


Selain dari itu, suasana raya di kampung lagi meriah. Kanak-kanak riang ria bertandang kerumah jiran tetangga secara berkumpulan. Disini, selepas sembahyang raya, kami hanya duduk di rumah sahaja. Anak-anak pun tidak kemana. Hanya menonton televisyen. Rindunya suasana beraya di kampung.

Harapnya tidak terlewat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Korban buat semua pembaca blog ini. Semoga segala pengorbanan anda semua mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda.




----------------------

Berminat untuk sertai Kelas Asas Blog, pendaftaran masih lagi dibuka.

Dapatkan pakej menarik Kelas Asas Blog di Promosi Oktober.

Pengalaman anak ke empat - 200413

Teks : Norazira Mohamed
Gambar : Carian Google

Hari ini saya nak bercerita mengenai anak lelaki keempat saya iaitu Bang Chik. Dia dilahirkan pada 3 Jun 2012. Seminggu selepas itu, Bang Chik dimasukkan ke wad. Pada mulanya sebab dia demam. Tapi bila sampai ke wad NICU, dan selepas segala ujian dilakukan, dia disahkan kurang air. Badannya kering. Ditambah pula berat badannya menyusut sebanyak 900 gram. Doktor memberitahu susu ibu yang diminumnya tidak mencukupi. Perlu ditambah susu formula. Masa tu saya rasa cukup tertekan dan stres. Kenapa? Kerana saya telah bertekad untuk memberikannya susu ibu sepenuhnya.


Tapi disebabkan saya risau masalah lain pula yang timbul seperti masalah ginjal dan buah pinggang. Saya ikut saranan Doktor. Lagi pula, disebabkan tertekan, susu saya pun berkurang. 12 hari Bang Chik di wad. Kedua tangan habis lebam kebiruuan sebab setiap hari, 3-4 kali darah diambil untuk di buat pemeriksaan. Setiap kali selepas darah di ambil dan Bang Chik diserahkan pada saya kembali, setiap kali itu jugalah kedengaran esak tanggisnya yang masih berbaki. Pilu rasanya hati saya. Perasaan keibuan saya terusik. Ialah anak yang baru berumur 2 minggu telah pun dicucuk jarum halus setiap hari.

Namun, memikirkan ianya adalah untuk kebaikan Bang Chik sendiri, saya kuatkan hati. Lagi pula, biarlah kali ini sahaja dia di masukkan ke wad. Biarlah dia sembuh cepat dan tidak perlu kembali ke wad itu lagi. 

Alhamdulillah, kini dia telah membesar bagai johan. Bang Chik seorang anak yang murah senyum. Bangun tidur senyum, mandi senyum, makan pun senyum. Setiap masa senyum. Senyumnya comel sekali (hehe.. ini ayat perasan ibunya). Cuma masa lapar dan masa nak tidur tu meragam jugak la. Itulah pengalaman anak ke empat saya.


Ditipu tapi Berbaloi

Teks : Norazira Mohamed

Salam kasih sayang buat semua...

Hari ini saya hendak ceritakan pengalaman saya membeli rumah. Rumah yang saya hendak beli itu adalah rumah yang telah siap dan saya berhubung terus dengan tuan rumah. Setelah persetujuan dicapai mengenai harga dan jumlah deposit yang perlu saya bayar, wang pun bertukar tangan. Selepas itu, saya pun melantik firma guaman untuk menguruskan pembelian rumah tersebut antaranya membuat perjanjian jual beli. Disamping itu, saya mula membuat pencarian pinjaman perumahan di bank-bank yang tersohor di Malaysia bagi mendapatkan jumlah pinjaman yang terbaik.

Dua minggu selepas pembayaran deposit, Peguam menelefon memberitahu dokumen perjanjian jual beli telah pun siap dan diminta datang ke ofis untuk menandatangani dokumen tersebut. Peguam juga menghubungi pihak penjual memaklumkan perkara yang sama. Namun, setelah seminggu menunggu Penjual tidak juga datang ke firma guaman tersebut untuk menandatangani Perjanjian Jual Beli. 

Di pendekkan cerita, Penjual seolah melarikan diri atau menangguh-nagguhkan untuk menandatangani dokumen tersebut. Oleh itu, Peguam menasihati saya supaya memasukkan sekatan iaitu 'Kaveat' keatas hartanah tersebut. Alhamdulillah, selepas dua hari sekatan dimasukkan, barulah diketahui Penjual tersebut telah menjual rumah tersebut ke Pihak Ketiga dan telah pun dalam proses terakhir iaitu pembayaran wang kepada Pihak Ketiga oleh Bank. Tapi proses tersebut tidak dapat diteruskan kerana Sekatan yang telah saya masukkan.

Dipendekkan cerita lagi, saya membuat tuntutan untuk membuka Sekatan tersebut, Penjual hendaklah membayar balik jumlah deposit saya bersama sejumlah gantirugi iaitu sama nilainya dengan jumlah deposit yang telah saya bayar. Maksudnya 1:1. Alhamdulillah, walau pada mulanya Penjual tidak bersetuju, tapi akhir dia terpaksa akur dengan tuntutan saya. Itulah kisahnya... ditipu tapi berbaloi keran saya dapat menggandakan jumlah duit deposit saya.

Pengajarannya ialah sekiranya kita hendak melakukan sesuatu yang melibatkan jumlah wang yang besar, hendaklah kita mencari ilmu mengenainya ataupun bertanya pada yang pakar. 

Sekian.   

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...