Jumlah Pelawat

Showing posts with label Ayat Quran dan Doa Mudah Belajar. Show all posts
Showing posts with label Ayat Quran dan Doa Mudah Belajar. Show all posts

Doa Belajar Supaya Tidak Lupa

Teks : Norazira Mohamed 
Sumber : Facebook


Carian Google

Salam Jumaat semua. Saya dapat doa ni dari laman social Facebook iaitu doa belajar supaya tidak lupa. Menurut sumber berikut, doa ini diajarkan oleh Tuan Guru Al-Fadhil Ustaz Maulana Mansor Al-Hafiz, Naib Mudir Madrasah Miftahul Uloom Seri Petaling Kuala Lumpur (semoga Allah sentiasa memberkati beliau) dengan penambahan huruf wau pada lafaz 'yahfazuna' .

Beliau seorang ulama yang cukup alim dalam pelbagai bidang dan banyak menghasilkan kitab-kitab yang cukup bermanfaat untuk ummah. Kehidupan beliau sibuk dalam berdakwah, mengajar agama dan mengarang kitab-kitab agama dan lain-lain. Ini doa berikut :




"Ya Allah jadikanlah aku dikalangan orang-orang yang apabila memandang bahan bacaan dengan sekali pandangan mereka sudah menghafal kandungan dalamnya , memahaminya , mengamalkannya dan menyampaikannya.

Ya Allah sesungguhnya aku menyimpankan kepadaMu apa-apa yang telah Kau ajarkan kepadaku maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya dan janganlah Engkau melupakan daku akannya wahai Tuhan sekalian alam ."

Doa ini hendaklah diamalkan/dibaca 3 kali sebelum mula belajar ketika selepas solat. Antara tips atau panduan dalam mengamalkan doa ini ialah :

  • menjaga solat 5 waktu,
  • hormati ibubapa dan guru, 
  • menjaga pandangan mata
  • elakkan daripada melakukan dosa dan maksiat
Imam As-Syafie r.a pernah mengadu kepada gurunya iaitu Imam Waqi' akan lemah hafalannya. Maka Imam Waqi' menasihatkan beliau supaya meninggalkan dosa , kerana ilmu adalah cahaya Ilahi dan cahaya Ilahi tidak akan diberikan kepada pelaku maksiat.

Selain daripada itu, menurut al-Marhum Kiyahi Mahfudz Sya’roni; yang merupakan seorang alim di Magelang, Jawa Tengah, Indonesia; sesiapa yang mengamalkan doa dibawah ini insya Allah tidak akan mudah lupa terhadap ilmu yang dipelajari. Ianya hendaklah dibaca tiga kali selepas belajar, mengaji atau mendengar ilmu yang disampaikan oleh guru. Doanya begini :

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ اللَّـهُـمَّ ارْزُقْنِيْ حِكْمَتَكَ وَانْشُرْ رَحْـمَـتَكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ
“ Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Pengasih. Ya Allah berilah ilmu hikmah-Mudan tebarkanlah rahmat-Mu wahai Tuhan Yang Mentadbir sekalian alam”.


Selain daripada itu doa-doa tersebut, boleh juga diamalkan ayat al-Quran dari Surah al-Israa' ayat 70. Semasa membaca doa ini disunatkan meletakkan tangan di atas dahi. 



"Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan."
[Sumber : http://mukjizatdoa.blogspot.com/2012/02/doa-kuat-ingatan-tak-mudah-lupa.html]

Wallahualam.

Doa agar anak pandai belajar

Teks: Norazira Mohamed

Antara doa yang boleh diamalkan oleh ibubapa supaya anak-anak mereka pandai belajar ialah doa berikut :
Maksudnya : "Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu ; dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak) ; dan Kami mudahkan gunung ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud ; dan adalah Kami berkuasa melakukan semua itu." [Al-Anbiya 21:79]

Doa mudah belajar

Teks : Norazira Mohamed
Gambar : Carian Google


Dalam entri yang lepas, saya ada menceritakan tentang pentingnya berdoa. Didalam setiap perkara yang kita lakukan, adanya doa yang perlu kita baca. Bila bangun dari tidur, kita perlu membaca doa tidur. Bila kita hendak makan, adanya doa makan. Malah doa makan ini memang agak popular dikalangan kanak-kanak. Sejak bermulanya alam persekolah di tadika ataupun pra-sekolah, kanak-kanak memang diajarkan dengan doa makan. Maka, setiap kali hendak makan, kanak-kanak ini akan membaca doa makan dengan pelat bahasa kanak-kanak. Seronok mendengarnya. 

Doa 18
Doa Ketika Hendak Makan
Selain itu doa mudah belajar juga diajarkan sejak dari prasekolah lagi.

Doa untuk Mudah Belajar dan Tekun Mengulangkaji
Menurut satu riwayat daripada Ibnu Abbas, beliau berkata, ketika kami sedang duduk bersama Rasulullah, tiba-tiba datanglah Ali Bin Abi Talib r.a., lalu beliau berkata: “Wahai Rasulullah, al-Quran ini selalu hilang daripada ingatanku. Aku dapati diriku menghadapi masalah untuk mengingatiya dalam dadaku. Maka Rasulullah s.a.w. menganjurkan kepadanya menguatkan ingatan dengan petuanya iaitu bangun malam Jumaat pada sepertiga malam yang terakhir. Perkara ini telah dilakukan oleh Nabi Yusuf a.s. Jika tidak mampu, maka bangkitlah pada pertengahanya dan jika tidak mampu, maka bangkitlah pada sebelah awalnya. Solatlah empat rakaat, bacalah Surah Yaasin pada rakaat pertama, al-Dukhan pada rakaat kedua, al-Sajadah pada rakaat ketiga dan Tabarak pada rakaat keempat. Semuanya dibaca selepas al-Fatihah. Apabila selesai membaca tasyahud(takhiyat) akhir maka, pujilah Allah s.w.t. dan berselawatlah ke atas Nabi Muhammad s.a.w. dan mohonlah keampunan buat semua orang beriman dan orang yang telah mendahului dalam keimanan kepada Allah. Akhirnya bacalah doa di bawah.”
(Hadis Riwayat Tarmizi)

Cara Beramal

  1. Bangun pada Malam Jumaat pada sepertiga malam terakhir, pertengahan malam, pada awal malam dan dirikanlah Solat Sunat Hajat sebanyak 4 rakaat.
  2. Rakaat Pertama, bacalah Surah Yaasin selepas membaca Al-Fatihah.
  3. Rakaat Kedua, bacalah Surah Al-Dukhan pada rakaat selepas membaca Al-Fatihah.
  4. Rakaat Ketiga, bacalah Surah Al-Sajadah selepas membaca Al-Fatihah.
  5. Rakaat Keempat, bacalah Tabarak(Surah Al-Mulk) selepas membaca Al-Fatihah.
  6. Selepas selesai takhiyat akhir, pujilah Allah s.w.t. dan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. dan mohonlah keampunan buat semua orang beriman dan yang telah mendahului dalam keimanan kepada Allah s.w.t.
  7. Berselawat ke atas Nabi pada pembuka(awal) dan penutup(akhir) doa.
  8. Baca doa di bawah.


بسم آلله الرحمن الرحيم
Maksudnya: “Ya Allah, kasihanilah aku dengan (mengurniakan kepadaku keampunan) meninggalkan maksiat selagi aku hidup, dan kasihanilah aku dari memberatkan diriku dengan perkara-perkara yang tidak penting bagiku, dan kurniakanlah kepadaku anugerah melihat perkara yang Engkau suka. Ya Allah, Yang Maha Pencipta langit dan bumi, Yang Memiliki keagungan, kemuliaan dan kekuasaan yang tidak pernah luput, aku memohon kepada-Mu Ya Allah, Yang Maha Pemurah dengan kekuasaan-Mu dan cahaya-Mu agar menjadikan aku mampu menghafaz kitab-Mu sebagaimana yang Engkau ajarkan. Dan kurniakanlah kepadaku (kesempatan) untuk membacanya sebagaiman yang Engkau kehendaki, Ya Allah, Yang Mencipta langit dan bumi, Yang Memiliki keagungan, kemuliaan dan kekuasaan yang tidak pernah luput, aku memohon kepada-Mu Ya Allah, Yang Maha Pemurah dengan kekuasaan-Mu agar menjadikan penglihatanku terang dengan kitab-Mu, agar dilepaskan hatiku (dari belenggunya) dengan kitab-Mu itu, dan dilapangkan dengannya dadaku, dan dibersihkan dengannya tubuhku, sesungguhnya tiada siapa yang sebenarnya dapat memberikan pertolongannya selain-Mu, dan mendatangkannya selain Engkau. Dan tiada daya upaya melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.”

Wallahua'lam...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...