Jumlah Pelawat

Showing posts with label Catatan Harian. Show all posts
Showing posts with label Catatan Harian. Show all posts

Ibu...

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah, setelah sekian lama dapat juga saya singgah sebentar di ruangan ini untuk mencoret secebis rasa.

Akhir-akhir ini saya begitu rindukan arwah bonda yang telah pergi hampir 14 tahun yang lalu. Terasa ingin berada didalam dakapan bonda dan mencurah segala rasa.

Berbahagialah bagi mereke yang masih menpunyai ibu. Jagalah ibu anda sebaik-baiknya.






Salam Ramadhan


Bismillah...



Salam Ramadhan diucapkan kepada semua pembaca blog ini. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Disini saya kongsikan 12 tips sihat semasa berpuasa. Moga bermanfaat buat semua.
  1. Minum yang cukup. Hidrasi adalah hal terpenting selama puasa Ramadhan. Setelah berbuka puasa, Anda harus minum dalam jumlah besar. Anda juga harus minum saat bersahur. Kebutuhan hidrasi tubuh adalah sekitar 1,5 liter per hari.
  2. Makan yang sehat. Anda sebaiknya menerapkan diet sehat pada saat berbuka. Jangan berlebihan melahap kue dan makanan manis yang bahkan dalam jumlah besar sekalipun tidak memuaskan rasa lapar dan mengganggu pola makan Anda. Pertimbangkan memakan kurma yang dapat mengisi ulang energi dengan cepat.
  3. Jangan langsung berbuka dalam porsi besar. Mulailah dengan sup, kolak atau makanan pembuka lain dan tunggu sampai meresap di pencernaan sebelum makan besar.
  4. Jangan makan terlalu banyak. Buka puasa seharusnya tidak identik dengan makan berlebihan. Makan berlebihan tidak hanya mengganggu tubuh, tetapi juga membuat ngantuk saat shalat tarawih.
  5. Meskipun puasa dimulai dari matahari terbit sampai terbenam, Anda sebaiknyatetap makan tiga kali sehari: yang pertama saat bersahur, yang kedua saat berbuka dan yang ketiga sekitar 2 atau 3 jam setelah berbuka.
  6. Saat bersahur, disarankan makan buah-buahan untuk vitamin dan sumber karbohidrat seperti nasi dan ubi-ubian yang dapat bertahan sampai berbuka puasa. Penting untuk bersantap sahur mendekati saat imsak.
  7. Jika memungkinkan, tidurlah di awal siang untuk mengumpulkan energi. Hindari sinar matahari dan panas yang menimbulkan dehidrasi.
  8. Minimalkan penggunaan tenaga fisik. Atlet harus ekstra hati-hati untuk tidak berolahraga terlalu keras selama bulan Ramadhan. Dianjurkan untuk berolahraga yang tidak intensif di sore hari sebelum saat berbuka.
  9. Penderita diabetes. Penderita diabetes harus secara teratur memonitor gula darah mereka, cukup hidrasi dan tidak makan yang manis-manis tanpa nasihat medis.
  10. Orang yang lemah fisik. Puasa seharusnya tidak memperburuk status kesehatan orang dengan kondisi medis. Ibu hamil atau menyusui, lansia, pasien hipertensi, penyakit jantung atau asma, biasanya tidak wajib berpuasa Ramadhan. Bila tetap berpuasa, mereka harus berkonsultasi dengan dokter jika merasakan tanda-tanda gangguan kesehatan. Demi keselamatan yang lebih baik, disarankan untuk pergi ke dokter sebelum dan sesudah Ramadhan.
  11. Jangan menghentikan pengobatan tanpa nasihat medis. Orang yang harus mendapatkan pengobatan berkala harus mendapatkan saran dari dokter dan ustadz mereka. Mereka tidak harus berpuasa Ramadan jika hal itu membawa risiko pada kesehatan mereka.
  12. Segera membatalkan puasa bila mendapatkan masalah kesehatan. Bila Anda mengalami masalah medis selama sehari dan tidak dapat pulih dengan cepat, mungkin sebaiknya Anda tidak berpuasa sehari atau lebih. Hari-hari di mana Anda tidak berpuasa dapat diganti sebelum Ramadhan berikutnya.

Sumber : http://majalahkesehatan.com/12-tips-sehat-berpuasa-ramadhan/

Doa buat para ibubapa

Teks : Norazira Mohamed
Gambar : Carian Google


Sebagai ibu, kita biasanya inginkan yang terbaik buat anak-anak kita. Kita sanggup bangun jam 4 pagi mengemas rumah dan menyediakan sarapan, asalkan anak-anak terurus. Kita sanggup mengeluarkan duit beratus ringgit untuk kesihatan anak-anak. Kita juga sanggup bersengkang mata tatkala anak-anak sakit atau pun menjadi peneman di saat mereka belajar di musim peperiksaan.

Namun, tindakan tanpa doa tindak mencukupi. Sebagai ibu, hendaklah kita sentiasa berdoa untuk kebaikan atau kesihatan atau keselamatan anak-anak. Doa seorang ayah dan ibu amat berkuasa. Doalah berterusan dari mereka masih kecil hinggalah mereka dewasa bahkan sehingga akhir hayat mereka. Ini kerana anak-anak merupakan amanah dan juga anugerah, juga sebagai satu ujian dan nikmat untuk kita sebagai ibubapa. Mereka mampu menarik kita ke syurga atau membawa kita ke neraka. Nauzubillah. 

Sekiranya ibubapa berdoa dalam keadaan acuh tak acuh, berdoa sikit-sikit, kadang-kadang tidak tahu nak doakan apa, ianya merupakan satu kerugian besar. Bahkan ada ibubapa yang tidak rajin menadah tangan bahkan merasakan tidak penting atau yang paling teruk TERLUPA untuk mendoakan anak-anak mereka. 

Berdoalah untuk anak-anak setiap hari secara spesifik selagi kita masih bernyawa. Sebutkan nama anak setiap seorang, doakan keselamatannya, jodohnya,wajahnya, akhlaknya,rezekinya, hajatnya, takdirnya, umurnya, imannya,hala tujunya, kesihatannya dan kesejahteraannya dunia akhirat. Suatu hari nanti mereka akan jadi seperti apa yang kita doakan. Mungkin kita sendiri pun 'terlupa' apa yg pernah kita doakan untuk mereka. 

Ini antara doa yang boleh diamalkan oleh ibubapa. Doa ini saya ambil dari laman sosial Puan Khairulniza Khairuddin, salah seorang guru yang mengamalkan teknik Nabi didalam pengajarannya.


"Ya Allah! Hamba-Mu bermohon kepada-Mu, jadikanlah kami,para ibu ini sentiasa mensyukuri anugerah yang Engkau kurniakan kepada kami. Jadikanlah pandangan kami terhadap anugerah-Mu dengan pandangan yang penuh kasih sayang dan belas kasihan.Biar apapun dugaan yang melanda, jauhkan kami daripada melepaskan kemarahan dan kerunsingan kepada mereka. Setiap kali kami diselubungi dengan rasa kecewa, marah dan bakal bertindak di luar batasan, padamkanlah api kemarahan itu, gantikannya dengan air kesabaran. Ketika itu, tiupkanlah keinsafan dalam diri dan sedarkanlah kami bahawa anak-anak kami itu hanyalah pinjaman daripada-Mu, Ya Allah. Anak-anak kami itu bila-bila masa sahaja boleh diambil daripada kami. Ingatkan kami andai kami terlupa. Halangi kami daripada menzalimi mereka. Ya Rabb! Jadikanlah kami para ibu yang memikul amanah-Mu ini , dapat melaksanakan dan menunaikan hak anak-anak kami. Jauhkanlah kami daripada rasa putus asa dan kecewa biar apapun cabaran dan dugaannya. Permudahkanlah kami dalam mengamalkan sunnah dalam mendidik anak-anak kami menjadi anak-anak yang soleh dan bakal penghuni syurga-MU. Amin! Amin! Amin!!

Salam Maal Hijrah

Teks : Norazira Mohamed
Gambar : Carian Google


Salam Maal Hijrah buat semua pembaca budiman blog ini. Harapan saya agar anda semua memanfaatkan hari cuti ini bersama keluarga tersayang. Moga permulaan tahun baru ini, mengeratkan lagi kasih sayang sesama anggota keluarga.

Menurut Wikipedia Ensiklopedia Bebas, Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 muharram tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.

Apa maksud Maal Hijrah? Maal bermaksud "bersama". Maal Hijrah, membawa maksud "bersama berhijrah" atau "bersama hayati Hijrah".HIJRAH haruslah difahami sebagai berpindah dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik.

Biasanya dahulu, semasa saya masih belasan tahun, apabila tibanya Maal Hijrah, televisyen dan radio sering memainkan lagu nasyid ini. Saya pasti ada antara pembaca yang tahu lagu nasyid ini tetapi generasi sekarang mungkin tidak kerana lagu ini tidak lagi sekarang. Inilah lagunya :




Akhir kalam, salam maal hijrah buat semua...

Ilmu keibubapaan

Teks : Norazira Mohamed
Ganmbar : Carian Google

Hari ini hari minggu. Hari minggu hari yang meletihkan bagi saya. Bermula sebelum subuh, saya telah bangun mengemas rumah ; menyapu, mengemop, menyediakan sarapan, membasuh kain, menjemur kain dan apa jua kerja yang sempat dilakukan sebelum anak-anak bangun. Apabila anak-anak bangun, bermulalah rutin yang memenatkan. 

Dalam pada saya mengurus anak-anak dan juga rumah tangga, tetiba terlintas di fikiran saya, selalunya ibubapa garang atau tegas terhadap anak-anak, tetapi dengan cucu, baik pula. Selalunya juga, anak bongsu dikatakan selalu dimanjakan oleh mak ayah, kalau dulu abaang-abang kakak-kakak tak boleh, anak bongsu boleh pula.

Sebenarnya apakah yang menyebabkan ibubapa bersikap begitu? Adakah memang sepatutnya anak bongsu di manjakan? Adakah sememangnya datuk dan nenek baik, mesra dan berlemah lembut dengan cucu berbanding anak-anak?

Pendapat saya ialah, semuanya sebenarnya disebabkan ILMU. Ilmu keibubapaan. Ok, jom kita kaji. Setiap ibu bapa yang pertama kali mendapat zuriat pasti masih tidak pasti bagaimana mahu mendidik anak-anak merekakan? Ya tidak di nafikan, ada juga ibu bapa yang tahu bagaimana mahu menjaga dan mendidik anak-anak mereka berpandukan pengalaman ibu bapa mereka dahulu  tetapi itu hanyalah sebagai teori. Secara praktikalnya belum lagi. Oleh itu, dalam membesarkan anak-anak ibu bapa mencuba pelbagai cara/skil dalam mendidik anak-anak menjadi anak yang baik dan insan yang berguna. 

Jadi, apabila didalam situasi sebenar, andainya anak pertama buat perangai, cara yang digunakan  dalam menangani situasi tersebut mungkin berlainan dengan anak kedua. Ini kerana, apabila ibubapa mencuba cara A, maka mereka telah nampak hasil atau natijah dari cara tersebut. Oleh itu, untuk anak kedua, mereka akan menggunakan kaedah/cara yang berlainan pula untuk masalah yang sama.

Mungkin sebelumnya mereka bertegas, tetapi bila dilihat anak makin tindak mendengar kata, malah makin mengamuk, mereka akan mencuba kaedah berlembut pula. begitulah seterusnya pada anak-anak yang lain. Sebab iulah, ibubapa sudah menjadi kurang bertegas, kurang mengarah, lebih baik, berlemah lembut dengan anak bongsu atau cucu-cucu. Pengalaman membesarkan anak terdahulu menjadikan mereka lebih bertolak ansur, lebih memahami situasi anak-anak dan lebih menghargai hubungan yang ada.

Sama juga dengan saya, dengan anak pertama saya lebih bertegas. Pada saya yang kurangnya ilmu keibubapaan pada waktu itu merasakan kita perlu bertegas untuk mengelakkan anak-anak naik daun. 
Buat silap perlu dihukum. Tetapi, lama-kelamaan, pendapat saya berubah. Bertegas memang boleh tetapi hanya pada perkara-perkara tertentu. Yang eloknya lebih baik berlembut, bukan sahaja hubungan dengan anak-anak bertambah erat malah emosi kita juga terjaga, tidaklah marah-marah sahaja. Hukuman juga perlu tetapi yang paling penting biarlah anak-anak tahu mengapa dia dihukum bukannya menghukum membabi buta. 


Memang, ilmu keibubapaan itu luas. Tiada silibus tertentu yang boleh diikuti. Yang penting belajar dari pengalaman samada pengalaman sendiri atau ibubapa lain. Selain itu, apa yang diparaktikkan untuk anak pertama tidak akan sama dengan anak kedua. Ini juga kerana setiap anak itu berlainan sikap dan sifatnya. Oleh itu, cara/kaedahnya juga berbeza.

Walau apapun cara/kaedah yang digunakan dalam mendidik dan membesarkana anak-anak, semuanya berlandaskan satu tujuan utama iaitu melahirkan Muslim/Muslimah yang di redhai Allah, yang mematuhi ajaran Islam dan yang bisa mendoakan kita apabila kita telah tiada. Moga anak-anak kita semua menjadi khalifah Allah yang taat. Amin.


"Ilmu telah mengubah cara kita melakukan kerja. Dengan ilmu kerja menjadi mudah dan ringan. Ilmu adalah rezeki.' Fathuri Salehuddin


******************************************************

Bagi yang berminat untuk mencuba produk ini dan merasai sendiri kebaikannya, boleh lihat di Qaseh Gold.

Bagi yang ingin menyertai kelas asas blog dan dapatkan ebook '101 ideas home-based bisnes, boleh lihat Promosi Oktober.

Bagi yang ingin dapatkan ebook Belajar Asas Blog sahaja sila lihat di sini.

Bagi yang ingin membeli rpoduk sunnah dan barangan lain 
klik Daneen Sunnah Store.

Selamat Berkonvo

Teks : Norazira Mohamed
Gambar : Carian Google


Bulan ini merupakan bulan kovokesyen. Kebanyakan universiti mengadakan pesta konvokesyen pada bulan ini. Silih berganti. Bagi siswa/siswazah yang sudah habis belajar, inilah momen yang ditunggu. Inilah bukti bahawa mereka telah menamatkan pengajian mereka. Walau berapa pun pointer yang mereka dapat, akhirnya mereka telah bergelar graduan. Mereka telah mendapat segulung ijazah.

Ibubapa pula gembira dan bangga. Heboh satu kampung memberitahu anak mereka sudah konvo. Persiapan untuk datang ke pesta konvokesyen juga dibuat. Bagi keluarga yang susah, inilah kali kedua mereka menjejakkan kaki ke menara gading tempat anak mereka belajar. Pertama kali sewaktu menghantar mereka ketika mula-mula di terima masuk. Alangkah bangganya perasaan hati mereka.

Buat teman-teman yang berkonvo, saya ucapkan selamat maju jaya dalam menempuh dugaan dan cabaran yang mendatang. Setiap apa yang berlaku mempunyai pilihan. Buatlah pilihan yang bijak supaya bukan sahaja berjaya di dunia malah di akhirat jua. 

Tahniah dan selamat bergraduan kepada para siswa/siswazah.



Bagi graduan yang masih mencari-cari pekerjaan, boleh sertai kelas asas blog yang kami sediakan dulu. Boleh mula bekerja di rumah dahulu secara online. Kebanyakan graduan sekarang sudah terdedah dengan kecanggihan IT. Lagi mudah untuk anda belajar. Malah membuat blog sendiri juga boleh. Tetapi dengan menyertai rangkaian Akademi Bekerja Di Rumah, anda mendapat sokongan dan tunjuk ajar dari blogger yang hebat. Selain dari itu, blog anda juga akan terpapar di lebih 200 rangkaian blog di bawah akademi ini. Ini dengan sendirinya dapat menaikkan rating pengunjung ke blog anda. Jom sertai kami dan dapatkan ebook 101 idea home-based bisnes secara PERCUMA. Promosi ini sehingga 31 Oktober. Masih berbaki lagi 3 hari.


Bagi yang ingin menyertai kelas asas blog dan dapatkan ebook '101 ideas home-based bisnes, boleh lihat Promosi Oktober.

Bagi yang ingin dapatkan ebook Belajar Asas Blog sahaja sila lihat di sini.

Perbezaan di antara jadual waktu dan jadual belajar

Teks : Norazira Mohamed
Gambar : Carian Google


Beberapa bulan yang lalu, saya ada mendengar siaran radio IKIM slot Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad dalam perjalanan pulang dari kerja. Saya amat tertarik dengan tajuk yang dikupas oleh Dr. tentang perbezaan di antara jadual waktu dan jadula belajar. Ramai ibu bapa yang terkeliru di antara dua jadual ini.


Sebelum itu, siapakah Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad? Beliau merupakan Pengasas kepada kursus Motivasi Alihan Pelajar yang telah melahirkan lebih daripada 100,000 pelajar dan menjalankan kursus hampir setiap minggu sehingga ke hari ini. Beliau juga seorang 'Public Speaker' dan motivator yang sering diundang oleh pihak radio dan televisyen antaranya ialah TV1, TV3, TV9, NTV7, TV Bernama, Astro Awani, Astro Oasis dan TV Al-Hijrah.


Menurut Dr. Tengku Asmadi, ibu bapa perlu menyediakan jadual waktu yang khusus untuk anak-anak supaya anak-anak tahu waktu ini apa yang perlu dibuat. Selain daripada itu, dengan menyediakan jadua waktu ianya memberikan kesedaran kepada anak-anak bahawa belajar juga ada jadualnya tersendiri. Namun, jadual waktu sahaja tidak cuku, perlu juga disediakan jadual belajar. Apakah ia jadual waktu dan jadual belajar? Apa perbezaan antara keduanya. 


Jadual waktu 


Jadual waktu ialah jadual yang dikhususkan untuk sesuatu aktiviti. Contoh terdekat ialah jadual waktu disekolah yang mana telah di tetapkan jam 8 hingga 9 pagi dikhususkan untuk matapelajaran Bahasa Melayu, jam 9 hingga10 pagi untuk matapelajaran matematik, 10 hingga 10.30 waktu untuk rehat dan seterusnya. Sama juga dengan jadual waktu dirumah, sebagaimana contoh, jam 2 hingga 3 petang ialah masa untuk mandi, makan dan berehat, jam 3 hingga 5 ialah masa untuk belajar, 5 hingga 6 di peruntukkan untuk beriadah dan seterusnya hinggalah masa untuk tidur. 


Jadual belajar 

Berlainan untuk jadual belajar yang mana jadual belajar lebih spesifik/khusus. Didalam jadual waktu ada masa untuk belajar, sebagaimana contoh jam 3 hingga 5 diperuntukkan untuk belajar, tetapi belajar matapelajaran apa? Bab berapa? Muka surat berapa? 

Ibu bapa perlu memberikan perincian yang jelas tentang matapelajaran tersebut bukan hanya memberitahu anak2 hari Isnin kena belajar Matematik, Selasa matapelajaran Sains, Rabu matapelajaran Fizik dan seterusnya. Ianya terlalu umum dan anak-anak akan terkial-kial tak tahu belajar matematik bab apa dan muka surat berapa. Berkemungkinan setiap hari anak-anak akan belajar bab yang sama sehinggakan tak sempat untuk menghabiskan keseluruhan bab dalam buku tersebut.


Dr. Tengku Asmadi memberikan contoh yang paling muda dilihat didalam penyediaan jadual belajar ialah guru. Setiap minggu, guru perlu menyediakan jadual pengajarannya bermula pada hari Isnin hingga Jumaat Katakan hari isnin bab apa dan muka surat berapa hendak diajarkan kepada murid-murid. Sehingga silibus mana akan diajarkan sehingga habis sillabus yang perlu diajarkan pada akhir tahun Begitu jugalah jadual belajar yang disediakan untuk anak-anak mestilah khusus satu persatu bab yang ada supaya setiap hari anak-anak akan belajar bab yg berlainan, muka surat yang lain sehinggalah khatam satu buku. In sya Allah.


Siapa yang perlu menyediakan jadual waktu?

Pada asasnya siapakah yang perlu menyediakan jadual waktu : anak-anak? ibubapa? penjaga? atau datuk nenek? (hahah datuk nenek tiada kaitan ;-).

Menurut Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad, bagi anak-anak yang Tahun 1 hingga Tahun 3 jadual waktu perlu disediakan oleh ibu bapa kerana pada umur begitu anak-anak masih lagi tidak pandai menguruskan masa.


Bagi anak-anak Tahun 4 dan Tahun 5, jadual waktu masih lagi juga disediakan oleh ibubapa tetapi ibubapa perlulah membuatnya bersama-sama dengan anak-anak kerana pada umur begini anak-anak kebiasaannya sudah terlibat dengan aktiviti di sekolah atau aktiviti bersama rakan-rakan. Oleh itu, jadual yang disediakan perlulah mengikut kesesuaian dan kelapangan masa anak-anak.

Bagi anak-anak yang dah masuk tingkatan 1 hingga tingkatan 3, tanggungjawab menyediakan jadual waktu tersebut bolehlaj diserahkan kepada anak-anak tetapi ibubapa perlulah memantau samada jadual tersebut dipatuhi ataupun tidak. Pastikan sekiranya jadual tersebut menyatakan jam 9 hingga 11 malam adalah masa untuk belajar, anak-anak memang sedang belajar bukannya sedang menonton televisyen.

Akhir sekali bagi anak-anak yang di tingkatan 4 dan tingkatan 5, bolehlah diserahkan bulat-bulat kepada anak-anak tetapi perlu ada pemantauan juga sekali sekala dari ibubapa.

Ini adalah maklumat yang dapat saya cedok dari segmen tersebut. Andainya ada maklumat yang tersalah fakta, harap bolehlah diperbetulkan di ruangan komen. Semoga perkongsian saya ini bermanfaat buat ibubapa diluar sana didalam menyediakan jadual waktu dan jadual belajar buat anak-anak.


---------------------------------------------------------------------------------------------

Berminat untuk mengikuti kelas asas blog untuk promosi Oktober 
klik di Promosi Oktober.

Berminat untuk dapatkan ebook belajar asas blog 
dapatkannya di Ebook.

Ingin mengetahui berkenaan kelas asas blog 
sila baca di kelas asas blog.

Nostalgia Eidul Adha

Teks : Norazira Mohamed
Gambar : Carian Google

Hari raya korban telah pun berlalu. Pada hari raya, kami hanya duduk di rumah sahaja. Ingatkan hendak menziarahi sahabat lama tetapi disebabkan keadaan anak keempatku, Aydeen yang demam, niat itu dibatalkan sahaja. 

Beraya di perantauan berlainan sekali suasananya dengan di kampung. Walau sudah dua hari berlalu, belum lagi dapat merasa daging korban. Berlainan kalau di kampung, kalau tak banyak, sedikit daging pun ada yang menghantar ke rumah. Boleh la juga merasa daging korban walau kita tidak korban. Kata orang tua-tua, rasa daging korban itu lain dari daging biasa. Dagingnya empuk dan rasanya juga manis dan enak.


Selain dari itu, suasana raya di kampung lagi meriah. Kanak-kanak riang ria bertandang kerumah jiran tetangga secara berkumpulan. Disini, selepas sembahyang raya, kami hanya duduk di rumah sahaja. Anak-anak pun tidak kemana. Hanya menonton televisyen. Rindunya suasana beraya di kampung.

Harapnya tidak terlewat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Korban buat semua pembaca blog ini. Semoga segala pengorbanan anda semua mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda.




----------------------

Berminat untuk sertai Kelas Asas Blog, pendaftaran masih lagi dibuka.

Dapatkan pakej menarik Kelas Asas Blog di Promosi Oktober.

Putera ke empat ku - 220813

Teks : Norazira Mohamed
Gambar : Sendiri


Assalamualaikum. Salam penuh kasih sayang dan persahabatan untuk semua. Salam penuh kerinduan untuk mencoret di blog yang telah lama bersawang ini. InsyaAllah lepas ini akan aktif semula menulis. Mudah-mudahan Allah permudahkan. 

Alhamdulillah, pada 31 Julai 2013 yang lalu, kira-kira seminggu sebelum umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya Aidil Fitri, saya telah selamat melahirkan seorang putera di Hospital Putrajaya dengan berat 3.07kg. Lebih ringan dari kakak Arissa dan Bang Chik Aydeen iaitu 3.25kg masing-masing. Alhamdulillah Allah mudahkan proses kelahiran pada jam 2.30 petang setelah 2 jam saya sampai ke hospital. Alhamdulillah, syukur pada Mu ya Allah atas anugerah ini.

Perkenalkan, inilah anak ke lima saya, Muhammad Ilman Fitri. Gambar ini diambil oleh seorang teman yang datang bertandang ketika Ilman berumur 3 hari. Hari ini Ilman telah berumur 22 hari. Selamat datang ke dunia anak Ibu. Semoga menjadi anak yang soleh....



Jerebu oh jerebu... 260613

Teks : Norazira Mohamed
Gambar : Carian Google



Sejak dua tiga menjak ini, isu jerebu sering di perkatakan. Tak kisah samada sesama rakan ofis, sembang dengan jiran tetangga ataupun status yang di kemaskini di laman sosial. Kebanyakannya berkisar tentang isu jerebu. Ya, jerebu memang hangat diperkatakan di mana-mana. 


Jadi, apa itu jerebu sebenarnya. Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas, jerebu adalah satu fenomena tradisi atmosfera di mana debu, habuk, asap dan lain-lain zarah mencemar kejelasan langit. Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan.

Oleh yang demikian, masalah pernafasan sering dikaitkan dengan isu jerebu. Menurut berita, penyakit asma, iaitu penyakit yang merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas meningkat 100% di musim jerebu ini. Malah, bukan sahaja kepada penghidap penyakit asma, orang-orang biasa juga terkesan dengan jerebu ini. Ada yang dah mula batuk-batuk, ada yang dah mula selsema, ada juga yang pedih mata dan sesak nafas. Kesihatan perlu dijaga dengan sebaik mungkin. Tiada kompromi. Minumlah air masak dalam kuantiti yang mencukupi.


Satu lagi isu yang timbul ialah persekolahan anak-anak. Isu ini hanya di alami oleh ibubapa atau penjaga. Oleh kerana disebabkan jerebu, ada sekolah yang ditutup. Jadi, persoalan yang sering ditanya oleh ibubapa ialah "esok sekolah ke?" Hari Isnin lepas, sekolah di Selangor dan Kuala Lumpur diumumkan cuti. Pada hari Selasa, sekolah dibuka semula. Tapi ada sesetengah sekolah yang terpaksa ditutup semula apabila kualiti udara didapati pada tahap membimbangkan dan ibubapa dipanggil untuk mengambil anak masing-masing.

Yang menjadi persoalan, anak di beri cuti, tapi ibubapa tidak. Bagi ibubapa yang tiada alternatif bagi penjagaan anak, terpaksa mengambil cuti segera bagi menjaga anak di rumah. Ada juga yang terpaksa membawa anak-anak ke pejabat. Apakan daya, sebagai ibubapa yang berkerjaya, masalah penjagaan anak sering menjadi isu. 

Kadang-kadang isu begini sering membuatkan saya, seorang ibu yang bekerja, terfikir untuk berhenti kerja. Oleh itu, jika berlaku masalah sebegini, anak-anak dapat di utamakan. Semoga Allah permudahkan urusan saya ke arah itu, jika itu yang terbaik buat saya. Pada masa ini, marilah kita sama-sama berdoa semoga jerebu ini akan cepat-cepat menghilang dari ruang udara dan semoga semuanya di lindungi Allah. InsyaAllah...


Dapatkan Pakej Asas Wahm Soho: Bekerja Dari Rumah
Harga asal : RM125, Harga sekarang : RM100
Promosi bermula 1 Jun hingga 30 Jun 2013.
Klik sini untuk tempahan.

Kisah anak kecil ku - 240613

Teks : Norazira Mohamed
Gambar : Sendiri


Salam kasih sayang buat pembaca sekelian. Terlebih dahulu mohon dan maaf jua saya pinta kerana sudah agak lama tidak mencoretkan kalam di dada blog ini, terutamanya buat sifu penulisan saya, Puan Masayu Ahmad. Keadaan agak huru hara dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Sungguh saya tidak dapat meluangkan masa dengan penulisan atau mencoret kisah kehidupan. Sungguh saya tidak mampu untuk konsisten menulis bila berdepan dengan dugaan lebih-lebih lagi melibatkan anak-anak.

Bermula dengan anak kecil saya, Aydeen, anak yang ke empat, demam panas selama seminggu pada minggu pertama cuti sekolah. Rutin kehidupan saya pun bertukar corak. Lebih-lebih lagi dengan ketiadan pengasuh yang bercuti selama seminggu. Pada en Suami saya sandarkan tanggungjawab menjaga si kecil dan anak-anak lainnya pada waktu itu di sebabkan cuti saya pun dibekukan sehingga bulan Jun.

Apakan daya, sebagai seorang ibu, saya cuba melakukan yang terbaik. Setiap waktu rehat pada tengah harinya, saya akan pulang menjengah si kecil dan membawa pulang makanan tengah hari. Sungguh seminggu itu betul-betul meletihkan buat saya yang berbadan dua ini. Kadang-kadang, terpaksa di bawa Abang yang sulung dan kakak, anak yang ketiga ke tempat kerja supaya en. Suami dapat fokus pada si kecil yang memerlukan perhatian. Ya, sehingga saya di tegur majikan. Dan sungguh saya tertekan.

Setelah 6 hari demam masih belum kebah, saya rujuk kembali Aydeen ke klinik dan Doktor mencadangkan supaya Aydeen di bawa ke hospital. Saya yakin andainya di bawa pasti Aydeen akan di wadkan. Saya tidak mahu kerana telah berjanji dengan anak-anak yang lain untuk pulang ke kampung cuti sekolah minggu kedua tu. Kebetulan, cuti sekolah minggu kedua sudah masuk bulan Jun, jadi saya boleh memohon cuti kembali. Alhamdulillah, Doktor memahami dan anak saya di berikan rawatan gas sebanyak 4 kali dalam sehari bagi memastikan pernafasannya kembali normal. Alhamdulillah, kali kelima Aydeen mendapatkan rawatan gas pada keesokkan harinya, Doktor mengesahkan Aydeen sudah boleh di bawa berjalan jauh. Pulang ke kampung halaman mengambil masa 8 jam.

Seminggu di kampung, Aydeen sihat walafiat. Tiada panas walaupun dalam sehari. Dan dia aktif dan ceria seperti biasa. Berbagai aktiviti di lakukan di kampung. Anak-anak yang lain pun bergembira. Alhamdulillah, Allah memudahkan urusan kami di kampung. Seminggu di kampung, kami pulang kembali ke bandar.

Aydeen senang mandi jeram

Kembali ke pejabat, terus saya di tanya urusan kerja yang belum selesai. Arahan lambat di berikan, membuatkan kerja yang dilakukan sebelum ini terpaksa di ulang semula. Itulah jadinya bila bos hanya tahu mengarah tanpa bertanya permasalahan. Ahh, saya hanya mentimun, di golek terluka, tergolek pun terluka. Buat je lah.

Tetiba, Sabtu lepas, Aydeen demam kembali. Ah kacau. Setelah 3 hari demam masih belum kebah walau pun ubat telah diberikan. Habis penangan ubat, badan panas kembali. Di bawa ke klinik dan sepeti biasa Aydeen di berikan rawatan gas bagi memudahkan pernafasan. Aydeen belum lagi di kategorikan sebagai pesakit asma yer, tapi kalu tidak di rawat semasa kecil ni, sampai besar lah nanti dia akan mendapat asma. Doktor membuat surat rujukan ke Hospital Serdang. 

Hari berikutnya, saya membawa Aydeen ke hospital. Kalau ditahan wad pun saya redha daripada melihat keadaanya lemah dari sehari ke sehari. Alhamdulillah Aydeen tidak ditahan, cuma Doktor memberikan ubat lain bagi mengawal lelahnya. Kata Doktor ini adalah antara ubat bagi memastikan lelahnya tidak akan menjadi asma hingga dewasa. Mencegah lebih baik dari merawat. Mudah-mudahan ubat ini serasi dengan Aydeen.

Aydeen yang keletihan akibat asyik muntah
Alhamdulillah, kini Aydeen sugah semakin sihat. Makan juga sudah lalu walau tidak sebanyak biasa. Main juga sudah mahu dengan abang-abang dan kakaknya. Alhamdulillah, gembira hati ibu melihat Aydeen sudah tersenyum kembali. Moga Allah pelihara anak-anak ibu dan diberikan kesihatan dan kesembuhan. InsyaAllah.. Amin.

Wahai suami - 200513

Teks : Norazira Mohamed
Gambar : Carian Google


Wahai Suami,

Bangunlah seketika apabila Subuh mula menjelma dan malam mula beransur pergi. Tataplah wajah isterimu yang sedang lena keletihan disamping anak kecilmu. Perhatikan garis-garis kepenatan akibat seharian isterimu mengabdikan diri menjaga anak-anakmu tanpa rehat yang cukup.


Mungkin masih lagi bersisa kecantikannya kerana basahan air wudhu setiap hari dan keikhlasannya dalam menjalankan kewajipannya sebagai seorang isteri dan ibu. Bayangkan hari esok yang bakal menjelma seketika nanti, tatkala kau bangun dengan tubuh yang terasa segar dan bugar sambil menghirup udara pagi yang nyaman. Namun isterimu bangun dengan tubuh yang masih diulit keletihan semalam. Tubuhnya belum lagi terasa benar-benar segar.

Sekejap lagi, anak-anak kecilmu akan bangun menuntut perhatian yang tak berbelah bagi dari ibunya. Membingitkan telinganya dengan tangis dan raung, merawan hatinya dengan pergaduhan kecil sesama mereka, menuntut darinya masa yang tak sudah-sudah.

Pada masa itu, apa yang kamu fikirkan? Apa yang kamu mahukan? Adakah kamu menganggap bahawa dia masih lagi boleh bertutur lembut dalam katanya kepada anak-anakmu.  Sedangkan dalam waktu yang sama, kamu juga menuntut perhatian dan masa darinya. Bagaimanakah bisa dia menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai ibu tanpa kerjasama dari mu. Bagaimana mungkin dia menjalankan tugasnya sebagai isteri tanpa sokongan dari mu, termasuk kewajipan yang bukan kewajipan isteri tetapi pada hari ini ia tetap di anggap kewajipan isteri. 


Wahai Suami

Capailah tangan isterimu dan gengamlah ia... Rasakan telapak tangannya yang tidak lagi selembut di hari pertama kamu gengam ia di hari perkahwinan kalian. Ya, telapak tangannya sudah kasar dimamah waktu. Telapak tangannya sudah kasar kerana mengerah segala tenaga dan kudrat memastikan kamu dan anak-anakmu bahagia. Telapak tangannya sudah kasar dalam usaha menjaga keluarganya. Namun, disebalik telapak tangannya yang kasar, jiwanya dan kasihnya masih utuh hanya untukmu dan anak-anakmu. Tiada berbelah bagi.

Oleh itu wahai Suami,

Janganlah kau abaikan isterimu, janganlah kau biarkan dia menanggung kesedihan seorang diri, janganlah kau persiakan hidupnya. Ucapkanlah kata-kata manis, kata-kata yang penuh kemesraan, walaupun tanpa di pinta, kerana itu bisa membuatkan hatinya gembira, bisa membuatkan dia  lupa pada keletihannya, bisa menguatkan lagi kasih sayangnya padamu. Ucaplah... isteriku, engkau adalah hadiah terbaik pilihan Allah untukku....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...