Jumlah Pelawat

DARI MANA ANAK KECIL BELAJAR MERAMPAS DAN MEMUKUL?

Sumber : FB Prof Dr. Rozieta Shaari
Gambar : Carian Google


Bagaimana dengan anak-anak anda? Adakah anak anda suka memukul atau merampas mainan/makanan kanak-kanak lain. Maklumat ini saya ambil dari laman social FB Prof Dr. Rozieta Shaari mengenai "Dari mana anak kecil belajar merampas dan memukul?
Anak kecil tidak akan menjadi pemarah, kecuali dia sering dimarah atau semasa di dalam kandungan siibu sering dimarah atau bersedih dan tertekan.

Cuba pelajari daripada senerio ini, anak kecil yang baru berusia 3-4 bulan, mengambil sesuatu dan mahu memasukkan ke dalam mulut, ibunya terperasan bahawa benda itu merbahaya, lalu MERAMPAS daripada anak itu takut anak itu masukkan sesuatu yang bahaya ke dalam mulutnya. Anak itu mengulang lagi dengan benda yang lain yang mungkin bahaya juga, lalu ibu muda itu merampas lagi dan kerana tidak mahu anak itu mengulangi perbuatan itu dan dengan hasrat mahu mengajar anak itu, si ibu lalu memukul tangan anaknya. Dengan harapan anak kecil itu akan faham benda itu tidak boleh dibawa ke mulut.

Namun, komunikasi itu tidak berhasil, kerana apa yang anak itu faham ialah bila dia ambil barang orang akan merampas dan memukul dia. Oleh itu jika orang lain ambil barang , maka dia akan merampas dan memukul orang itu. Dan orang yang dia akan pukul adalah orang yang lebih kecil dan nampak lemah daripadanya.

Jadi apa yang hendak dibuat jika anak hendak memasukkan benda yang bahaya ke dalam mulut? Jawapannya, ambil satu barang lain yang tidak bahaya, katakan kepada anak yang ini boleh masukkan ke dalam mulut. Yang tadi NO, yang ini YES, ulang yang yes it berkali-kali supaya yang masuk ke dalam subconsiousnya ialah YES. Ini memberi dia lebih banyak YES di dalam hidupnya dan kesannnya hormat diri yang tinggi. Kenapa anak-anak kecil yang hebat bila besar menjadi kurang hebat? kerana dia terlalu banyak menerima NO.

Ya, saya tahu, memang bak kata dalam Bahasa Inggeris; " There is more to parenting than meets the eye" kalau tidak, tidaklah syurga itu di bawah tapak kaki ibu dan ibu bapa itu MESTI dihormati.

KREDIT : Prof. Dr. Rozieta Shaary


Apa itu Istidraj... 250413

Sumber : Email seorang kenalan
Gambar : Carian Google

Minggu lepas, kawan seofis Fendi bertanya "Kenapa kadang kala kita lihat seseorang insan tu sentiasa dapat kegembiraan seperti dapat naik pangkat, murah rezeki, dll sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran? ".

Fendi pun jawablah yang kadang kala sesuatu anugerah Allah swt kpd seseorang individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu tetapi kerana Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan orang itu. Allah nak tengok adakah hambanya itu akan menyedari bahawa Allah amat bermurah hati dengannya jadi sepatutnya dia bersyukur dan berubah menjadi baik. Tapi jika individu itu masih tidak tahu bersyukur maka sesungguhnya dia telah menimbulkan
kemurkaan Ar-Rahman. Teringat juga Fendi pada satu penjelasan ustazah sekolah rendah dulu.

Ada kawan bertanya kenapa kadang-kadang kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat apa yang diimpikan. Ustazah kata itu tandanya Allah sayang pada kita.Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dapat yg diimpikan, kita akan terus berdoa dan mengingatiNya. Sebenarnya Allah amat rindukan suara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya. Kalau sekali berdoa terus dapat, kemungkinan besar lepas tu kita kita taksub dan lupa utk bersyukur pada yg Esa.


Jadi apakah yang dimaksudkan dengan istidraj?

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s. a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka),ketahuila h bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana kasih Allah bukan perbuatan maksiat mereka.

Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian didunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah.

Bila kita tanya, apa kamu takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai.

Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadatpun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong." Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah s. a. w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul æIbad) Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap) , dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah.

Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya? Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj.

Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan.

Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya.

Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Wallahualam.

Memasak sendiri atau membeli yang telah siap dimasak - 240413

Teks : Norazira Mohamed
Gambar : Carian Google

Memasak sendiri atau membeli yang telah siap? Yang mana satu pilihan anda. Sebagai isteri dan juga ibu yang bekerja, isu ini kadang-kadang boleh membawa kepada tekanan atau keadaan yang tegang. Mengapa? Kerana sebagai wanita yang berkerja, kita sibuk dengan tugas, berkejar ke sana ke mari menyiapkan tanggungjawab, dan juga peranan sebagai seorang ibu dan isteri apalagi menjadi tukang masak.


Kadang-kadang masa memasak yang memakan masa yang lama juga membuatkan kita kekurangan waktu untuk bermesra bersama anak-anak. Nak fokus memasak lagi, nak bermain dengan anak-anak lagi. Badan juga cepat letih, jadi perhatian pada anak-anak juga kurang. Tapi sendainya membeli di luar, pelbagai persoalan timbul. Bersih ke makanan itu,  halal ke? Siapa yang memasaknya? Bagaimana persiapannya? 

Semua itu bergantung pada pilihan masing-masing. Bagi saya memasak sendiri makanan adalah penting. Tetapi disebabkan pada faktor masa, pada hari bekerja, saya biasanya membeli makanan yang telah siap. Tetapi sekiranya makanan ringan atau mudah seperti nasi goreng, mee hon goreng, itu saya masak sendiri. Pada hari minggu sebolehnya saya memasak sendiri. Antara kelebihan masak sendiri ialah :
  1. Terjamin kebersihannya
  2. Dapat memelihara Iman. Ini kerana makanan yang dimasak sendiri terjamin kebersihannya, jadi Iman juga terpelihara.
  3. Dapat mengelakkan makanan yang haram. 
  4. Dapatmengelakkan makanan yang syubhah. Ye lah, kita mesti tertanya-tanya, halal ke mee goreng ni? Siapa yang masak, Indon ke Bangla, ke Melayu? Bersih ke cara penyediaannya?
  5. Mengeratkan hubungan silaturrahim. Memasak bersama-sama suami dan anak-anak pada hari minggu menceriakan suasana dan mengukuhkan lagi hubungan kekeluargaan.
  6. Jimat dan murah.
  7. Suami makin sayang.
Tetapi sekiranya terpaksa membeli makanan yang telah siap pastikan tuan punya kedai jenis yang mementingkan kebersihan, tukang masak yang di upahnya adalah orang Islam, makanan yang dihidangkan juga ditutup, tidak dibiarkan terdedah kepada lalat atau kuman. Apa jua pilihan anda jangan sampai ianya memberi tekanan pada anda. Selamat memasak dan selamat membeli!!




Kata-kata perangsang

Teks : Norazira Mohamed
Gambar : Carian Google


Kata-kata perangsang amat penting dalam memotivasikan diri anak-anak dan juga pelajar. Antara kata-kata perangsang yang boleh digunakan ialah :

Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat
- Charles Cahier

Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka
- Charles Cahier

Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya
- James Allen

Menyimpang seinci, rugi seribu batu
- Peribahasa Cina

Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat
- Benjamin Disraeli

Perbaiki diri anda tetapi jangan jatuhkan orang lain
- Salanter Lipkin

Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam perbuatannya
- Aristotle

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti mengahadapinya
- Albert Camus

Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya
- Marcus Aurelius

Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah
- Jose Joaquin Olmedo

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat
- Joseph Conrad

Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang
- William J. Siegel

Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah
- Philip Massinger

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah
- Lao Tze

Kegagalan adalah asas kemenangan
- Lao Tze

Jika tujuan anda jelas anda boleh mencapainya dengan mudah
- Lao Tze

Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran
- Flower A. Newhouse

Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang
- Samuel Johnson

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepada nyata tanpa menyimpang
- Cecil B. DeMile

Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesautu anda akan mencari alasan
- Peribahasa Arab

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
- Peribahasa Melayu

Orang yang hebat bertindak sebelum berkatadan dia berkata selaras dengan tindakannya
- Confucius

Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannyatelah melakukan satu kesalahan lagi
- Confucius

Motivasi tidak akan wujud tanpa matlamat
- Zainal Madon

Apabila kita risaukita akan belajar bagaimana untuk menyelesaikan kerisauan
- Mohd Sharani Ahmad


Sumber buku : Tip pandai belajar : panduan teknik-teknik semasa belajar dan mengajar, oleh Mohd Sharani Ahmad dan Zainal Madon.

3 langkah yang pertama

Teks : Norazira Mohamed
Gambar : Carian Google

Bang Chik telah dapat berjalan!! Seronok sangat rasanya. Mulanya 2 minggu lepas, dia dah boleh berdiri. Hanya berdiri tapi masih belum dapat melangkah kedepan. Hampir seminggu dia berlatih berdiri mengimbangkan badan. Selepas saya rasa yang dia dah cuba-cuba hendak melangkah  ke depan, saya pegangkan tangannya dan bantu dia mengatur langkah ke depan. Galakan demi galakan saya berikan. Sambil memegang tangannya sambil saya berkata, "teteh.. teteh.." Selepas 2-3 hari, saya pegang tangan dan lepaskan bila dia mula hendak melangkah. Akhirnya dia berjaya membuat 3 langkah pertama tanpa bantuan saya.


Sekarang, 9 langkah tanpa jatuh, Bang Ngah berjaya maju ke depan. Rasanya bila adiknya lahir Syawal nanti, dia dah boleh berlari.

Belajar berjalan merupakan momen penting dalam hidup seorang kanak-kanak. Apabila anak telah pandai berjalan, itu petanda bahawa dia telah meninggalkan zaman bayinya. Itu juga petanda bahawa dia telah mula belajar berdikari. Sebagai ibubapa, bagaimana kita boleh membantu anak-anak dalam mengembangkan kemahiran berjalan ini. Maklumat ini saya perolihi dari majalah PaMa yang bertarikh 3 Januari 2012. Antara yang boleh kita bantu ialah :
  1. Memastikan keadaan rumah yang selamat supaya anak tidak mendapat kecederaan pada sudut atau tangga semasa mengajarkannya berjalan.
  2. Apabila anak telah pandai merangkak, bantulah dia berjalan dengan memegang tangannya sehingga dia boleh berdiri tanpa terjatuh.
  3. Walaupun anak telah mula berdiri sendiri, tapi dia masih memerlukan bantuan untuk duduk dengan cara yang betul. Ajarkan dia duduk dengan membengkokkan kakinya supaya dia boleh duduk tanpa jatuh. Beri dia masa untuk mencubanya sendiri.
  4. Memastikan ada perabut yang boleh anak berpegang untuk mudah bergerak.
  5. Memegang tangannya supaya dia dapat belajar mengimbangi badannya dan galakkannya berjalan sambil memegang tangannya.
  6. Berada berdekatan dengannya untuk memudahkannya berpegang pada anada sebagai sokongan untuk dia lebih yakin berjalan lagi. Lagi pula, ianya memudahkan anda menangkapnya sekiranya dia hendak terjatuh.
  7. Jangan menggunakan walker kerana ianya boleh mengundang bahaya dan boleh menyebabkan kecederaan.
  8. Jangan pakaikannya kasut. Biarkan dia berjalan dipermukaan yang rata, kasar, sejuk, berpasir atau berumput. Kerapkan berkaki ayam. Ini membantu membantu anak anda memperbaiki keseimbangan badan.
  9. Membantu anak anda bersenam bagi meningkatkan koordinasi badannya dengan permainan fizikal yang menggalakkan ketangkasan.
  10. Bermain tolak dan tarik serta menendang dan membaling bola untuk meningkatkan koordinasi mata, tangan dan keseimbangan badan.
  11. Jangan memaksa sekiranya dia belum bersedia.
  12. Ajak anak berjalan disekitar rumah anda tapi jangan terlalu laju.
  13. Jangan sekali-kali meninggalkan anak sendirian kerana kemingkinan dia memerlukan bantua n atau terjatuh.


Dapatkan E-Iqra untuk anak anda.



 Maklumat lengkap sila klik di sini.

Pelajar bermotivasi

Teks : Norazira Mohamed
Gambar : Carian Google


Siapakah yang dimaksudkan pelajar bermotivasi? Pelajar yang bermotivasi ialah pelajar yang :
  • Sentiasa bersiap sedia dari awal tahun untuyk menentukan kejayaan dalam peperiksaan pada akhir tahun
  • melakukan sesuatu kerja tanpa disuruh/dipaksa atau ditentukan oleh orang lain
  • sentiasa memberi tumpuan kepada aktiviti pembelajaran
  • waktu terluang sentiasa diisi dengan aktiviti ilmu
  • di rumah sentiasa mengulang kaji  pelajara, membantu keluarga dan rehat pada masa yang difikirkan sesuai
  • waktu beribadah selalu tepat pada masa yang ditetapkan
  • menggunakan sebahagian besar waktu cuti untuk mengulang kaji pelajaran
  • menyayangi ibu bapa dan guru
  • suka mengambil pengajaran apabila dimarahi ibu bapa dan guru
  • mudah bangun pagi
  • rajin sembahyang
  • tidak mengharapkan sangat kawan-kawan untuk menghiburkannya
  • sentiasa beringat dan berwaspadadalam menjalani kehidupan
  • merasa sayang pada masa yang terbuang
  • memastikan aktiviti kehidupan harian diurus dengan baik
  • sanggup mengatakan tidak kepada aktiviti yang melalaikan masa seperti merokok, melepak, main-main, ponteng dan bercinta
  • gemar berada disekolah
  • sentiasa menyiapkan semua tugasan sekolah
  • bijak merancang kehidupan lima tahun akan datang
  • tidak suka berbohong dan berpura-pura
  • suka membantu rakan yang dalam kesusahan
  • sangat berminat menyertai aktiviti pembelajaran
  • aktif dalam kokurikulum


Sumber buku : Tip pandai belajar : panduan teknik-teknik berkesan semasa belajar dan mengajar, oleh Mohd Sharani Ahmad dan Zainal Madon.

Pengalaman anak ke empat - 200413

Teks : Norazira Mohamed
Gambar : Carian Google

Hari ini saya nak bercerita mengenai anak lelaki keempat saya iaitu Bang Chik. Dia dilahirkan pada 3 Jun 2012. Seminggu selepas itu, Bang Chik dimasukkan ke wad. Pada mulanya sebab dia demam. Tapi bila sampai ke wad NICU, dan selepas segala ujian dilakukan, dia disahkan kurang air. Badannya kering. Ditambah pula berat badannya menyusut sebanyak 900 gram. Doktor memberitahu susu ibu yang diminumnya tidak mencukupi. Perlu ditambah susu formula. Masa tu saya rasa cukup tertekan dan stres. Kenapa? Kerana saya telah bertekad untuk memberikannya susu ibu sepenuhnya.


Tapi disebabkan saya risau masalah lain pula yang timbul seperti masalah ginjal dan buah pinggang. Saya ikut saranan Doktor. Lagi pula, disebabkan tertekan, susu saya pun berkurang. 12 hari Bang Chik di wad. Kedua tangan habis lebam kebiruuan sebab setiap hari, 3-4 kali darah diambil untuk di buat pemeriksaan. Setiap kali selepas darah di ambil dan Bang Chik diserahkan pada saya kembali, setiap kali itu jugalah kedengaran esak tanggisnya yang masih berbaki. Pilu rasanya hati saya. Perasaan keibuan saya terusik. Ialah anak yang baru berumur 2 minggu telah pun dicucuk jarum halus setiap hari.

Namun, memikirkan ianya adalah untuk kebaikan Bang Chik sendiri, saya kuatkan hati. Lagi pula, biarlah kali ini sahaja dia di masukkan ke wad. Biarlah dia sembuh cepat dan tidak perlu kembali ke wad itu lagi. 

Alhamdulillah, kini dia telah membesar bagai johan. Bang Chik seorang anak yang murah senyum. Bangun tidur senyum, mandi senyum, makan pun senyum. Setiap masa senyum. Senyumnya comel sekali (hehe.. ini ayat perasan ibunya). Cuma masa lapar dan masa nak tidur tu meragam jugak la. Itulah pengalaman anak ke empat saya.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...