Jumlah Pelawat

Stamina ibu mengekalkan momentum

Teks : Norazira Mohamed
Gambar : Carian Google

Salam penuh kasih sayang. Apa khabar ibu-ibu hari ini? Samada yang bekerja ataupun menjadi suri sepenuh masa. Adakah anda sihat? Cergas? Pantas dalam menguruskan kerja harian dan urusan rumahtangga?

Saya ingat lagi sewaktu muda dahulu (muda la sikit dari umur sekarang), semasa saya baru mempunyai anak dua. Ya Allah, setiap kali balik kerja, saya mesti pengsan. Memang letih habis setelah seharian melakukan urusan kerja. Balik ke rumah, tenaga sudah tiada untuk keluarga. Masa itu, saya sangat-sangat sedih. Sedih kerana selalu keletihan bila berhadapan dengan anak-anak. Bila dah letih, mulalah emosi pun kacau.


Masa tu saya tahu saya mesti mencari makanan tambahan untuk mengekalkan stamina. Alhamdulillah, saya terdengar di radio IKIM mengenai produk Hiraq. Produk yang saya maksudkan ialah Produk Karmila Kurma Herbal Essence khusus untuk wanita. Saya pun mula mencari produk tersebut di kedai dan mula mengamalkannya. Sempat juga saya habiskan 5 botol produk Hiraq tu. Memang bertenaga. Balik dari kerja, saya masih boleh menguruskan anak-anak dan rumah tangga. Rumah siap bermop lagi. 

Selain itu ianya juga meningkatkan kesihatan dalaman dan mencantikkan wanita, mengatasi masalah senggugut dan keputihan, menguatkan otot dalaman dan menyempitkan faraj wanita, serta kulit muka juga akan kelihatan cantik.


Tapi satu sahaja kekurangan produk Hiraq ni bagi saya ianya tidak boleh diambil ketika datang bulan ataupun sewaktu mengandung. Susah juga. Masa-masa begitu, kita lagi perlukan tenaga. Saya pun mencari alternatif produk lain. Akhirnya saya bertemu dengan keqaseh idaman hati sehingga sekarang iaitu Qaseh Gold. Saya mula mengamalkan Qaseh Gold dari saya mengandungkan anak ketiga hingga sekarang anak lima. Alhamdulillah, saya memang cukup berpuas hati. Lagi pula ianya boleh diambil ketika haid ataupun mengandung. Jadi setiap hari saya boleh mengamalkan makanan sunnah ini. 


Dengan mengamalkan produk Qaseh, saya sentiasa bertenaga walaupun sudah seharian di pejabat menguruskan urusan kerja. Alhamdulillah, saya masih lagi boleh menguruskan lima orang anak dan rumahtangga. Selain itu, apabila hendak demam atau batuk, saya cepat sembuh. Ia juga memudahkan proses kelahiran anak keempat dan kelima saya. Banyak lagi kebaikan yang saya perolehi. Paling pentingnya emosi juga terkawal. 

Saya berkongsi disini kerana saya tahu sebagai ibu dan isteri, kitalah suri utama yang menguruskan rumahtangga. Kita perlukan tenaga dan stamina yang kuat untuk mengekalkan momentum. Saya pasti ramai ibu-ibu diluar sana yang tercari-cari cara ataupun produk untuk sentiasa kekal sihat, cerdas, bertenaga dan kelihatan cantik. Ini cuma pengalaman saya. Lain orang lain pula caranya.

Akhir kata, walau apa pun cara atau produk yang ibu-ibu amalkan untuk mengekalkan stamina dan momentum, saya pasti ianya adalah berasaskan satu sebab sahaja iaitu supaya kita dapat menjaga dan menguruskan keluarga dengan baik kerana apabila suri rumah sakit atau tidak sihat, hilanglah seri, rumah dan anak-anak pun tidak terurus.

******************************************************

Bagi yang berminat untuk mencuba produk ini dan merasai sendiri kebaikannya, boleh lihat di Qaseh Gold.

Bagi yang ingin menyertai kelas asas blog dan dapatkan ebook '101 ideas home-based bisnes, boleh lihat Promosi Oktober.

Bagi yang ingin dapatkan ebook Belajar Asas Blog sahaja sila lihat di sini.

Perbezaan di antara jadual waktu dan jadual belajar

Teks : Norazira Mohamed
Gambar : Carian Google


Beberapa bulan yang lalu, saya ada mendengar siaran radio IKIM slot Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad dalam perjalanan pulang dari kerja. Saya amat tertarik dengan tajuk yang dikupas oleh Dr. tentang perbezaan di antara jadual waktu dan jadula belajar. Ramai ibu bapa yang terkeliru di antara dua jadual ini.


Sebelum itu, siapakah Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad? Beliau merupakan Pengasas kepada kursus Motivasi Alihan Pelajar yang telah melahirkan lebih daripada 100,000 pelajar dan menjalankan kursus hampir setiap minggu sehingga ke hari ini. Beliau juga seorang 'Public Speaker' dan motivator yang sering diundang oleh pihak radio dan televisyen antaranya ialah TV1, TV3, TV9, NTV7, TV Bernama, Astro Awani, Astro Oasis dan TV Al-Hijrah.


Menurut Dr. Tengku Asmadi, ibu bapa perlu menyediakan jadual waktu yang khusus untuk anak-anak supaya anak-anak tahu waktu ini apa yang perlu dibuat. Selain daripada itu, dengan menyediakan jadua waktu ianya memberikan kesedaran kepada anak-anak bahawa belajar juga ada jadualnya tersendiri. Namun, jadual waktu sahaja tidak cuku, perlu juga disediakan jadual belajar. Apakah ia jadual waktu dan jadual belajar? Apa perbezaan antara keduanya. 


Jadual waktu 


Jadual waktu ialah jadual yang dikhususkan untuk sesuatu aktiviti. Contoh terdekat ialah jadual waktu disekolah yang mana telah di tetapkan jam 8 hingga 9 pagi dikhususkan untuk matapelajaran Bahasa Melayu, jam 9 hingga10 pagi untuk matapelajaran matematik, 10 hingga 10.30 waktu untuk rehat dan seterusnya. Sama juga dengan jadual waktu dirumah, sebagaimana contoh, jam 2 hingga 3 petang ialah masa untuk mandi, makan dan berehat, jam 3 hingga 5 ialah masa untuk belajar, 5 hingga 6 di peruntukkan untuk beriadah dan seterusnya hinggalah masa untuk tidur. 


Jadual belajar 

Berlainan untuk jadual belajar yang mana jadual belajar lebih spesifik/khusus. Didalam jadual waktu ada masa untuk belajar, sebagaimana contoh jam 3 hingga 5 diperuntukkan untuk belajar, tetapi belajar matapelajaran apa? Bab berapa? Muka surat berapa? 

Ibu bapa perlu memberikan perincian yang jelas tentang matapelajaran tersebut bukan hanya memberitahu anak2 hari Isnin kena belajar Matematik, Selasa matapelajaran Sains, Rabu matapelajaran Fizik dan seterusnya. Ianya terlalu umum dan anak-anak akan terkial-kial tak tahu belajar matematik bab apa dan muka surat berapa. Berkemungkinan setiap hari anak-anak akan belajar bab yang sama sehinggakan tak sempat untuk menghabiskan keseluruhan bab dalam buku tersebut.


Dr. Tengku Asmadi memberikan contoh yang paling muda dilihat didalam penyediaan jadual belajar ialah guru. Setiap minggu, guru perlu menyediakan jadual pengajarannya bermula pada hari Isnin hingga Jumaat Katakan hari isnin bab apa dan muka surat berapa hendak diajarkan kepada murid-murid. Sehingga silibus mana akan diajarkan sehingga habis sillabus yang perlu diajarkan pada akhir tahun Begitu jugalah jadual belajar yang disediakan untuk anak-anak mestilah khusus satu persatu bab yang ada supaya setiap hari anak-anak akan belajar bab yg berlainan, muka surat yang lain sehinggalah khatam satu buku. In sya Allah.


Siapa yang perlu menyediakan jadual waktu?

Pada asasnya siapakah yang perlu menyediakan jadual waktu : anak-anak? ibubapa? penjaga? atau datuk nenek? (hahah datuk nenek tiada kaitan ;-).

Menurut Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad, bagi anak-anak yang Tahun 1 hingga Tahun 3 jadual waktu perlu disediakan oleh ibu bapa kerana pada umur begitu anak-anak masih lagi tidak pandai menguruskan masa.


Bagi anak-anak Tahun 4 dan Tahun 5, jadual waktu masih lagi juga disediakan oleh ibubapa tetapi ibubapa perlulah membuatnya bersama-sama dengan anak-anak kerana pada umur begini anak-anak kebiasaannya sudah terlibat dengan aktiviti di sekolah atau aktiviti bersama rakan-rakan. Oleh itu, jadual yang disediakan perlulah mengikut kesesuaian dan kelapangan masa anak-anak.

Bagi anak-anak yang dah masuk tingkatan 1 hingga tingkatan 3, tanggungjawab menyediakan jadual waktu tersebut bolehlaj diserahkan kepada anak-anak tetapi ibubapa perlulah memantau samada jadual tersebut dipatuhi ataupun tidak. Pastikan sekiranya jadual tersebut menyatakan jam 9 hingga 11 malam adalah masa untuk belajar, anak-anak memang sedang belajar bukannya sedang menonton televisyen.

Akhir sekali bagi anak-anak yang di tingkatan 4 dan tingkatan 5, bolehlah diserahkan bulat-bulat kepada anak-anak tetapi perlu ada pemantauan juga sekali sekala dari ibubapa.

Ini adalah maklumat yang dapat saya cedok dari segmen tersebut. Andainya ada maklumat yang tersalah fakta, harap bolehlah diperbetulkan di ruangan komen. Semoga perkongsian saya ini bermanfaat buat ibubapa diluar sana didalam menyediakan jadual waktu dan jadual belajar buat anak-anak.


---------------------------------------------------------------------------------------------

Berminat untuk mengikuti kelas asas blog untuk promosi Oktober 
klik di Promosi Oktober.

Berminat untuk dapatkan ebook belajar asas blog 
dapatkannya di Ebook.

Ingin mengetahui berkenaan kelas asas blog 
sila baca di kelas asas blog.

Nostalgia Eidul Adha

Teks : Norazira Mohamed
Gambar : Carian Google

Hari raya korban telah pun berlalu. Pada hari raya, kami hanya duduk di rumah sahaja. Ingatkan hendak menziarahi sahabat lama tetapi disebabkan keadaan anak keempatku, Aydeen yang demam, niat itu dibatalkan sahaja. 

Beraya di perantauan berlainan sekali suasananya dengan di kampung. Walau sudah dua hari berlalu, belum lagi dapat merasa daging korban. Berlainan kalau di kampung, kalau tak banyak, sedikit daging pun ada yang menghantar ke rumah. Boleh la juga merasa daging korban walau kita tidak korban. Kata orang tua-tua, rasa daging korban itu lain dari daging biasa. Dagingnya empuk dan rasanya juga manis dan enak.


Selain dari itu, suasana raya di kampung lagi meriah. Kanak-kanak riang ria bertandang kerumah jiran tetangga secara berkumpulan. Disini, selepas sembahyang raya, kami hanya duduk di rumah sahaja. Anak-anak pun tidak kemana. Hanya menonton televisyen. Rindunya suasana beraya di kampung.

Harapnya tidak terlewat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Korban buat semua pembaca blog ini. Semoga segala pengorbanan anda semua mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda.




----------------------

Berminat untuk sertai Kelas Asas Blog, pendaftaran masih lagi dibuka.

Dapatkan pakej menarik Kelas Asas Blog di Promosi Oktober.

Kelas Online Belajar Asas Blog

Teks : Norazira Mohamed

Assalamualaikum.

Buat sahabat-sahabat semua.
Adakah anda berminat untuk menulis blog?
Adakah anda mempunyai hobi menulis semua perkara yang berlaku pada diri sahabat semua?
Adakah anda mempunyai keinginan untuk menulis tetapi tidak tahu asas penulisan yang kreatif dan berpengaruh?
Adakah anda ingin mempunyai blog perniagaan sendiri?

Sekiranya semua jawapan di atas adalah 'Ya', anda boleh mengikuti kelas online belajar asas blog.



Kami menawarkan kepada anda 2 jenis kelas online belajar asas blog iaitu :

1) Kelas asas blog dan penulisan
2) kelas asas blog dan fan page


Di kelas asas blog dan penulisan, anda akan belajar :
1. Belajar asas blog
2. Create blog dan belajar penulisan berpengaruh
3. Tips penulisan di blog.

Manakala di kelas asas blog dan fan page pula, anda akan belajar bina blog dan fan page asas untuk mulakan bisnes secara online. Produk disediakan sekiranya anda tidak mempunyai produk. Jika ada produk sendiri, boleh gunakan ilmu asas ini untuk promosi produk sendiri.

1. Belajar asas blog
2. Create fan page bisnes
         - selepas pandai, Puan boleh membuat seberapa banyak blog dan fan page bisnes
3. Tips penulisan di blog
4. Create borang
5. Penulisan iklan
6. Ruang iklan promo
7.Boleh pilih sertai dropship kedai buku dan produk sunnah dan produk-produk lain (jika mahu).

Contoh di bawah adalah kedai online, sesiapa sahaja boleh mula.

1. http://buku-online4u.blogspot.com/search/label/Bacaan%20Kanak-kanak

2. http://bukuilmiahonline.blogspot.com/

3. http://saudagar-sunnah.blogspot.com/

4. http://daneenonlinebookstore.blogspot.com/

Hanya belajar asas sahaja. Sangat sesuai bagi yang sangat baru dan mahu mula mencari pendapatan sampingan.


Bagaimana kelas diadakan?

-Kelas adalah secara online

- Kelas adalah fleksibel mengikut masa kalian

-Tugasan diberikan namun ia adalah sangat mudah untuk diikuti.

- Tugasan penulisan dan tips penulisan, agar selepas 44 hari kalian sudah mahir
dan mampu menjadikan informasi blog adalah sesuai dengan sasaran pembaca

-Perlunya blog yang berinformasi dan santai agar dapat membina kredibiliti sekiranya kalian seorang usahawan online.

-Juga boleh dijadikan platform untuk serius di bidang penulisan, mahu menghasilkan ebook atau buku.

- Analisa akan dibuat berdasarkan pendidikan, pengalaman, kemahiran minat dan matlamat yang mahu dicapai. Analisa ini akan menentuka blog apa yang paling sesuai untuk dimulakan memperkenalkan diri dan penjenamaan diri agar dikenali pembaca blog.

-Sudah tentunya kalian tahu, blog adalah salah satu pemasaran yang efektif disamping promosi di facebook.

Berminat?
Hubungi saya di sini
https://www.facebook.com/DaneenAnggun

Putera ke empat ku - 220813

Teks : Norazira Mohamed
Gambar : Sendiri


Assalamualaikum. Salam penuh kasih sayang dan persahabatan untuk semua. Salam penuh kerinduan untuk mencoret di blog yang telah lama bersawang ini. InsyaAllah lepas ini akan aktif semula menulis. Mudah-mudahan Allah permudahkan. 

Alhamdulillah, pada 31 Julai 2013 yang lalu, kira-kira seminggu sebelum umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya Aidil Fitri, saya telah selamat melahirkan seorang putera di Hospital Putrajaya dengan berat 3.07kg. Lebih ringan dari kakak Arissa dan Bang Chik Aydeen iaitu 3.25kg masing-masing. Alhamdulillah Allah mudahkan proses kelahiran pada jam 2.30 petang setelah 2 jam saya sampai ke hospital. Alhamdulillah, syukur pada Mu ya Allah atas anugerah ini.

Perkenalkan, inilah anak ke lima saya, Muhammad Ilman Fitri. Gambar ini diambil oleh seorang teman yang datang bertandang ketika Ilman berumur 3 hari. Hari ini Ilman telah berumur 22 hari. Selamat datang ke dunia anak Ibu. Semoga menjadi anak yang soleh....



Jerebu oh jerebu... 260613

Teks : Norazira Mohamed
Gambar : Carian Google



Sejak dua tiga menjak ini, isu jerebu sering di perkatakan. Tak kisah samada sesama rakan ofis, sembang dengan jiran tetangga ataupun status yang di kemaskini di laman sosial. Kebanyakannya berkisar tentang isu jerebu. Ya, jerebu memang hangat diperkatakan di mana-mana. 


Jadi, apa itu jerebu sebenarnya. Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas, jerebu adalah satu fenomena tradisi atmosfera di mana debu, habuk, asap dan lain-lain zarah mencemar kejelasan langit. Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan.

Oleh yang demikian, masalah pernafasan sering dikaitkan dengan isu jerebu. Menurut berita, penyakit asma, iaitu penyakit yang merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas meningkat 100% di musim jerebu ini. Malah, bukan sahaja kepada penghidap penyakit asma, orang-orang biasa juga terkesan dengan jerebu ini. Ada yang dah mula batuk-batuk, ada yang dah mula selsema, ada juga yang pedih mata dan sesak nafas. Kesihatan perlu dijaga dengan sebaik mungkin. Tiada kompromi. Minumlah air masak dalam kuantiti yang mencukupi.


Satu lagi isu yang timbul ialah persekolahan anak-anak. Isu ini hanya di alami oleh ibubapa atau penjaga. Oleh kerana disebabkan jerebu, ada sekolah yang ditutup. Jadi, persoalan yang sering ditanya oleh ibubapa ialah "esok sekolah ke?" Hari Isnin lepas, sekolah di Selangor dan Kuala Lumpur diumumkan cuti. Pada hari Selasa, sekolah dibuka semula. Tapi ada sesetengah sekolah yang terpaksa ditutup semula apabila kualiti udara didapati pada tahap membimbangkan dan ibubapa dipanggil untuk mengambil anak masing-masing.

Yang menjadi persoalan, anak di beri cuti, tapi ibubapa tidak. Bagi ibubapa yang tiada alternatif bagi penjagaan anak, terpaksa mengambil cuti segera bagi menjaga anak di rumah. Ada juga yang terpaksa membawa anak-anak ke pejabat. Apakan daya, sebagai ibubapa yang berkerjaya, masalah penjagaan anak sering menjadi isu. 

Kadang-kadang isu begini sering membuatkan saya, seorang ibu yang bekerja, terfikir untuk berhenti kerja. Oleh itu, jika berlaku masalah sebegini, anak-anak dapat di utamakan. Semoga Allah permudahkan urusan saya ke arah itu, jika itu yang terbaik buat saya. Pada masa ini, marilah kita sama-sama berdoa semoga jerebu ini akan cepat-cepat menghilang dari ruang udara dan semoga semuanya di lindungi Allah. InsyaAllah...


Dapatkan Pakej Asas Wahm Soho: Bekerja Dari Rumah
Harga asal : RM125, Harga sekarang : RM100
Promosi bermula 1 Jun hingga 30 Jun 2013.
Klik sini untuk tempahan.

Kisah anak kecil ku - 240613

Teks : Norazira Mohamed
Gambar : Sendiri


Salam kasih sayang buat pembaca sekelian. Terlebih dahulu mohon dan maaf jua saya pinta kerana sudah agak lama tidak mencoretkan kalam di dada blog ini, terutamanya buat sifu penulisan saya, Puan Masayu Ahmad. Keadaan agak huru hara dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Sungguh saya tidak dapat meluangkan masa dengan penulisan atau mencoret kisah kehidupan. Sungguh saya tidak mampu untuk konsisten menulis bila berdepan dengan dugaan lebih-lebih lagi melibatkan anak-anak.

Bermula dengan anak kecil saya, Aydeen, anak yang ke empat, demam panas selama seminggu pada minggu pertama cuti sekolah. Rutin kehidupan saya pun bertukar corak. Lebih-lebih lagi dengan ketiadan pengasuh yang bercuti selama seminggu. Pada en Suami saya sandarkan tanggungjawab menjaga si kecil dan anak-anak lainnya pada waktu itu di sebabkan cuti saya pun dibekukan sehingga bulan Jun.

Apakan daya, sebagai seorang ibu, saya cuba melakukan yang terbaik. Setiap waktu rehat pada tengah harinya, saya akan pulang menjengah si kecil dan membawa pulang makanan tengah hari. Sungguh seminggu itu betul-betul meletihkan buat saya yang berbadan dua ini. Kadang-kadang, terpaksa di bawa Abang yang sulung dan kakak, anak yang ketiga ke tempat kerja supaya en. Suami dapat fokus pada si kecil yang memerlukan perhatian. Ya, sehingga saya di tegur majikan. Dan sungguh saya tertekan.

Setelah 6 hari demam masih belum kebah, saya rujuk kembali Aydeen ke klinik dan Doktor mencadangkan supaya Aydeen di bawa ke hospital. Saya yakin andainya di bawa pasti Aydeen akan di wadkan. Saya tidak mahu kerana telah berjanji dengan anak-anak yang lain untuk pulang ke kampung cuti sekolah minggu kedua tu. Kebetulan, cuti sekolah minggu kedua sudah masuk bulan Jun, jadi saya boleh memohon cuti kembali. Alhamdulillah, Doktor memahami dan anak saya di berikan rawatan gas sebanyak 4 kali dalam sehari bagi memastikan pernafasannya kembali normal. Alhamdulillah, kali kelima Aydeen mendapatkan rawatan gas pada keesokkan harinya, Doktor mengesahkan Aydeen sudah boleh di bawa berjalan jauh. Pulang ke kampung halaman mengambil masa 8 jam.

Seminggu di kampung, Aydeen sihat walafiat. Tiada panas walaupun dalam sehari. Dan dia aktif dan ceria seperti biasa. Berbagai aktiviti di lakukan di kampung. Anak-anak yang lain pun bergembira. Alhamdulillah, Allah memudahkan urusan kami di kampung. Seminggu di kampung, kami pulang kembali ke bandar.

Aydeen senang mandi jeram

Kembali ke pejabat, terus saya di tanya urusan kerja yang belum selesai. Arahan lambat di berikan, membuatkan kerja yang dilakukan sebelum ini terpaksa di ulang semula. Itulah jadinya bila bos hanya tahu mengarah tanpa bertanya permasalahan. Ahh, saya hanya mentimun, di golek terluka, tergolek pun terluka. Buat je lah.

Tetiba, Sabtu lepas, Aydeen demam kembali. Ah kacau. Setelah 3 hari demam masih belum kebah walau pun ubat telah diberikan. Habis penangan ubat, badan panas kembali. Di bawa ke klinik dan sepeti biasa Aydeen di berikan rawatan gas bagi memudahkan pernafasan. Aydeen belum lagi di kategorikan sebagai pesakit asma yer, tapi kalu tidak di rawat semasa kecil ni, sampai besar lah nanti dia akan mendapat asma. Doktor membuat surat rujukan ke Hospital Serdang. 

Hari berikutnya, saya membawa Aydeen ke hospital. Kalau ditahan wad pun saya redha daripada melihat keadaanya lemah dari sehari ke sehari. Alhamdulillah Aydeen tidak ditahan, cuma Doktor memberikan ubat lain bagi mengawal lelahnya. Kata Doktor ini adalah antara ubat bagi memastikan lelahnya tidak akan menjadi asma hingga dewasa. Mencegah lebih baik dari merawat. Mudah-mudahan ubat ini serasi dengan Aydeen.

Aydeen yang keletihan akibat asyik muntah
Alhamdulillah, kini Aydeen sugah semakin sihat. Makan juga sudah lalu walau tidak sebanyak biasa. Main juga sudah mahu dengan abang-abang dan kakaknya. Alhamdulillah, gembira hati ibu melihat Aydeen sudah tersenyum kembali. Moga Allah pelihara anak-anak ibu dan diberikan kesihatan dan kesembuhan. InsyaAllah.. Amin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...