Jumlah Pelawat

Tips exam

Assalamualaikum.

Salam pagi Jumaat yang penuh barokah. Di doakan semoga semua ibu-bapa diluar sana tenang-tenang dan ceria-ceria dalam membimbing dan mendidik anak-anak amanah Allah. 

Hari ini saya ingin berkongsi tips sekiranya lupa semasa menjawab peperiksaan. Tips ini diberikan oleh Tuan Guru Dato' Dr. Harun Din. moga ianya bermanfaat buat semua. In sya Allah.



ANALISA EKONOMI DAN UNTUNG RUGI ISTERI SEPENUH MASA

Artikel “Suri Rumah - Kerjaya Besar yang dilupakan” telah mendapat view yang sangat banyak sekali. 95% bersetuju dan 5% lagi tidak setuju. Dari kalangan yang setuju, 70% meminta penjelasan tentang perlaksanaannya dari kacamata kami sendiri.
Sebelum itu, kami nak beri disclaimer awal untuk mereka yang kadangkala baca tajuk sahaja dah melatah. Kami BUKAN MEMPERLEKEHKAN SURI RUMAH BEKERJAYA tetapi kami menampakkan rasional pilihan untuk kerjaya suri rumah sepenuh masa. Juga ada yang tak baca tetapi sering pula bertanya, bagaimana dengan kerjaya seperti jururawat, bidan yang sewajarnya wanita? ITU JUGA KAMI DAH RANGKUM dalam artikel ini. Cuma perlu baca sampai habis sahaja.

Mari kami bantu anda dalam membuat sedikit kira-kira yang MUDAH dan RINGKAS supaya anda sendiri mampu membuat kira-kira dari sudut guna anda sendiri. Kesemua 20 orang co-founder Prihatin juga bersama 20 orang isteri kerana kami tidak datang menggalang misi pembangunan akhlak Warga Prihatin ini secara sendirian. Maaf, kami bukan semuanya orang senang. Ada antara kami yang suaminya bergaji hanya RM1200 sebulan dan ada yang suaminya berpendapatan sangat tinggi tetapi tetap memilih untuk jadi suri rumah sepenuhmasa.

Tahun 2014 adalah tahun Wawasan Kemerdekaan isteri-isteri kami semuanya untuk menjadi suri rumah sepenuhmasa. Hanya tinggal 3 orang sahaja lagi yang masih bekerja bagi menghabiskan kontrak dan tanggungjawab mereka kepada kerajaan. Selebihnya telahpun berlepas diri.

IBU BEKERJA ITU MEMBAZIR ATAU MEMBANTU?

79% ibu yang bekerjaya membelanjakan lebih 70% gaji untuk diri sendiri. Contohnya seperti beg tangan, kasut, pakaian baru, wangian, rambut dan macam-macam lagi. Pastinya kami sendiri tidak lupa membuat pengiraan tentang itu. Mari kami kongsikan pengiraan yang boleh dijimatkan jika isteri terpelajar beranak 3 anda tidak bekerja di luar.

1. Kereta / kenderaan kedua = RM600 sebulan
2. Penyenggaraan kereta = RM100 sebulan
3. Minyak, parking & tol kereta = RM 500 sebulan
4. Tusyen anak-anak / guru mengaji dll – RM400 sebulan
5. Pembantu rumah / pengasuh dll – RM900 sebulan
6. Beli makanan luar – RM600 sebulan.

JUMLAH RM 3100

Sekarang, jika seorang suri rumah mampu mendapat gaji sebesar RM4,000 sebulan sebenarnya beliau hanya menyumbangkan RM900 sahaja dalam ekonomi rumahtangga.

Nanti dulu, tak mungkin pergi kerja pakai baju sama hari-hari kan? Mesti nak beli baju kerja, kasut kerja, beg tangan kerja, telefon pintar, alat solek, data plan mobile internet, tudung ikut fesyen dan banyak lagi. Semua itu bila dihitungkan tak berbaloi langsung. Suri rumahpun melaram juga sekali sekala, tetapi taklah perlu sampai setiap hari baju berlainan. Asalkan bersih dan tak comot sudah cukup gembirakan suamipun.

Jengah-jengah sedikit luar tingkap pejabat, nun di tengah Kuala Lumpur ada sebuah kawasan di panggil Bukit Bintang. Isi dalamnya kebanyakan barang-barang wanita. Prada, LV, Ferragamo, Birkin, Burberry, Jimmy Choo dan banyak lagi. Semua itu adalah sasaran kad-kad kredit wanita bekerjaya tadi. Untuk golongan pertengahan pun sama sahaja, jika pergi ke Parkson dan Jusco, anda lihat bahagian lelaki cuma satu sudut sahaja tetapi bahagian wanita sahaja sampai 2 tingkat.

APAPUN TAK SEMUA YANG MACAM ITU, tetapi kami sekadar berikan contoh. Bagi yang tak begitu, sila buat perkiraan sendiri untuk lihat adakah benar-benar anda telah menyumbang kepada ekonomi keluarga atau hanya untuk diri sendiri? Anda semua mungkin tidak, tetapi berdasarkan kajian kami sendiri dari kes-kes yang merujuk kepada kami, kami tahu gambaran makro kisah ini.

Kami tak tahu anda bagaimana, tetapi ini adalah perkiraan yang kami buat di kalangan warga kami sendiri yang telah dan bakal menjadi suri rumah sepenuh masa. Bukan kecil anak juga gajinya, ada yang meninggalkan gaji sehingga RM5-6 ribu sebulan sedangkan suaminya hanya berpendapatan separuh dari itu. Itupun mereka ralat kerana sepatutnya mereka sudah lakukannya awal dahulu lagi. Sekali lagi, kami tak bercakap tentang orang lain, kami bercakap tentang apa yang telah kami lakukan dan kami dapat lihat hasil pengorbanan itu sehingga artikel semalam tentang "Berhala Anak" ditulis oleh anak kami berusia 12 tahun. Beliau bukan genius tetapi beliau hanya salah seorang dari anak-anak kami yang mendapat sentuhan ibu-ibu kandung dan ibu-ibu angkat sepenuhmasa.

Tujuan mulanya untuk membantu mengukuhkan ekonomi rumahtangga, akhirnya menjadi bebanan pula. Ini belum lagi dengan anak-anak sendiri dididik oleh bibik-bibik yang tak tentu arah dan tak tahu asal usul mereka. Ingatlah, pembinaan anak kita berlaku HANYA sekali saja. Sekali ia terabai tak boleh kita putar semula masa. Kerugian kekal “yang ini” tiada nilai dan tebusannya.

Sehebat-hebat Saidatina Khadijah r.a. yang kekayaan perniagaannya sahaja lebih separuh harta yang ada di Kota Mekah, setelah berkahwin dengan Nabi s.a.w. terus resign jadi suri rumah sahaja. Pada pandangan awam, mereka ini macam tak berkerjaya sedangkan SURI RUMAH ITU SENDIRI SATU KERJAYA YANG SANGAT BESAR DI SISI ALLAH DAN SUAMI.

Sekarang cuba hitung-hitung pada diri sendiri. Anda keluar pagi balik malam untuk hanya penambahan beberapa RM sebulan. Kononnya untuk membantu ekonomi Sang Suami. Ada suami yang bergaji sampai RM10 Ribu tetapi masih isterinya mahu bekerja kononnya RM10 Ribu itu tidak mencukupi. Percayalah, jika suami anda bergaji RM 1 Juta sekalipun jika gaya hidup anda berubah mengikut pendapatan ia tetap tidak mencukupi. Gaya hidup itu adalah AGAMA, terbaik ialah cara hidup Islam.

Antara tanggungjawab besar seorang isteri ialah redha dan menerima apa sahaja yang suami mampu. Jika pendapatan suami hanya RM1 Ribu, janganlah ubah cara hidup nak ikut kawan-kawan yang suaminya bergaji RM10 Ribu. Itu yang jadi tak cukup.

Itu juga perangai tipikal wanita sepanjang zaman. Pantang jiran sebelah beli sofa baru, kita pun nak sofa baru juga. Pantang jiran beli kereta baru dia pun nak juga. Sang Suami pula kena pacu segala macam cara agar permintaan isteri itu mampu dipenuhi. Jika tak mampu juga, nanti Si Isteri minta izin nak bekerja untuk bantu penuhi GAYA HIDUP dan bukannya keperluan.

Lagi mengharukan, jika isteri yang meminta melebihi kemampuan suaminya memberi tekanan kepada suaminya sehingga suaminya terpaksa memesong diri berkhianat dalam tempat kerja, mencuri, berasuah dan membuat kerja-kerja haram semata-mata untuk memuaskan hati isteri.

BERKAT bermakna mencukupi. Mengapa rezeki tidak berkat.? Masih ingat Ramadhan al-Mubarak? Di sini, kami didik isteri-isteri kami untuk tidak meminta-minta dan PUASAkan kehendak mereka.


PERUBAHAN GAYA HIDUP MERAWAT INFLASI

Pengurangan segala perbelanjaan tambahan untuk isteri yang berkerja tu akan mengurangkan permintaan. Ini akan MENURUNKAN HARGA PASARAN. Yang merungut nak bayar hutang kerana ada dua tiga buah kereta dah tak perlu lagi. Anak boleh naik bas sekolah atau suami naik motor atau komuter. Atau isteri di rumah pakai kereta hantar suami ke stesyen dan anak sekolah. Belanja kurang, harga turun dan hubungan keluarga makin rapat dan mesra.

BAGI MEMENUHI FARDHU KIFAYAH, tidak semua isteri boleh melepaskan kerjaya kerana negara dan umat pun perlukan mereka juga. Tapi bila ramai yang sudah berhenti, kerjaya di rumah boleh jadi ganti. Bila isteri ramai di rumah, kejiranan pun jadi meriah. Anak boleh titip dengan jiran sahaja. Tidaklah lagi taska membuak-buak sampai anak tidak terurus. Silap silap basuh dan gosok kain baju dan makan tengahari pun boleh upah pada jiran. Kos ibu yang berkerja juga jadi murah meriah. Tidak gitu?

Kami tidak menolak kerjaya-kerjaya yang memerlukan penglibatan wanita. Jika mak bidan pun beri pada lelaki, kamipun tak mahu isteri bersalin pula nanti. Jangan jumud dalam hal itu. Salah seorang jurutera senjata peperangan Sultan Mehmet Alfateh juga adalah seorang wanita.


GODAAN & FITNAH ISTERI BEKERJA

Ramai kalangan kita membaca Quran dan hadis untuk mencari alasan menolak perlaksanaannya. Kami terbalikkan prinsip itu. Semua firman Allah dan sabda Nabi s.a.w kami cari rasional perlaksanaannya. Kami anggap SEMUA AYAT dan HADIS adalah PERINTAH, bukan cerita kosong. Jika Sabda baginda bahawa tanda akhir zaman ialah ramainya wanita berkerjaya, jika Allah kata isteri harus dirumah mengurus rumahtangga, SIAPA KITA untuk menafikannya.? Bukankah kita ini hamba yang mengikut perintah?

Percampuran Lelaki dan wanita itu ada caj –ve dan +ve, ibarat minyak dan api. Jangan didekatkan langsung nanti menyambar dan terbakar. Untuk elakkan kebakaran berlaku, JAUHKANLAH api dengan bahan bakar itu tadi.

Semasa dalam ruang kerja, pasti ada pelbagai godaan. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, anak dara ataupun bini orang semua tak terlepas dari fitnah dan gejala. Apatahlagi kerjaya yang memang mencampur gaul wanita dan lelaki, bahkan memerlukan kita gedik dan seksi. Kalau tidak tak lah kita baca penceraian artis saban hari.

Isu dalam dada akhbar, statistik dari mahkamah dan Kebajikan Masyarakat sahaja sudah cukup menjadi bukti perceraian yang banyak berlaku disebabkan oleh “AFFAIR TEMPAT KERJA”. Antara yang pernah singgah dalam pengetahuan kami apabila ada isteri (suami juga tak terkecuali) yang berfikiran dalam tempoh 8am-5pm mereka BUKAN ISTERI dan mereka bebas melakukan apa sahaja. Di rumah, baru mereka akan kembali sebagai suami atau isteri.

Walaupun anda tidak begitu, tapi banyak kes telah berlaku. Bayangkanlah isu berapi begini terjadi di sana dan sini. SUAMI pula menggatal dengan orang lain dek kerana layanan isteri dah jadi hambar di rumah lantaran kepenatan bekerja siang hari. Kadangkala balik ke rumah seperti orang bujang, semuanya hanya layan diri sendiri sahaja. Di mana syurga rumahtangga? Mana bidadarinya? Hujung-hujung, pembantu rumah yang tak ada rupa sangatpun, yang tiada pelajaran sangatpun jika menggedik lebih kurang atau terbuat konon-konon keluar bilik air bertuala tanggung habis dilayan Sang Suami yang gersangkan layanan isteri yang sah.

Itulah buah kerosakan akhlak anak-anak generasi penerus yang bakal hidup dalam kerosakan bersama anak-anak anda yang tak rosak itu. Akhirnya, anak yang tak rosak juga akan rosak. Berkubang dalam kolam lumpur yang sama, mustahil terpalit sedikitpun tidak.

Sekali lagi, tak semua begitu atau kebanyakannya baik-baik belaka. Cuma kami suka menjadi sedikit paranoid kepada sesuatu kebejatan yang fatal. Baik kami sampaikan berita terburuk untuk kita ingat berbanding kami hanya sentuh berita kurang serius dan anda sidang pembaca merasakan ianya tidaklah serius sangat. `Work for the best, Prepare for the worse’.


KEMBALI KEPADA FUNGSI ISTERI

Anda tahu bahawa ada 3 istilah isteri dalam quran? Iaitu Nisa’, Aswaja dan Amaraat. Itu ada kaitan dengan fungsi isteri. Kami tak boleh huraikan sekarang, nanti anda komplain artikel panjang sangat. Bukan semuanya minat membaca, mengkaji jauh sekali. Ramainya cuma minat gosip dan mencari alasan.

Jika suami menjadi arkitek rumahtangga, isterilah kontraktornya. Jangan komplen fitrah yang Allah telah tentukan itu. Suami menjadi pemimpin dan isteri menjadi pendidiknya dan anak adalah hasil kepimpinan yang diterjemah melalui pendidikan oleh Sang Ibu itu. Suami ialah Abal Haqam (Bapa Hukum) ibarat nakhoda yang menentukan destinasi pelayaran dan isterilah pengemudi bahtera itu.

Ibu teragung kita ialah Siti Hajar dan suami beliau ialah Nabi Ibrahim a.s.. Selepas melahirkan Ismail a.s., nabi Ibrahim a.s. meninggalkan Siti Hajar dan Ismail di tengah padang pasir dengan bekalan ILMU sahaja. Dengan ilmu itu, Siti Hajar mampu didik Ismail menjadi seorang nabi. Siti Hajar tidak pergi jauh dari Ismail AS. Secara geografi, jarak antara Bukit Safa & Bukit Marwa dan telaga zamzam semuanya dalam jarak seperlaungan tangisan seorang bayi sahaja.

Siapa berani komplen model keluarga Nabi Ibrahim yang telah Allah abadikan disebalik falsafah Baitullah ini? Sekarang ini, dalam takliq nikah pun dah ada lafaz jika ditinggalkan lebih 4 bulan kamariah, isteri boleh tebus talak RM1. Nabi Ibrahim dahulu, tinggal terus Siti Hajar selepas dijelaskan visi dan misi bagaimana dan apa nak dijadikan kepada anakanda baginda, Ismail A.S. Jika nak dikira nafkah batin, nyata sekali nafkah batin yang suami dan isteri moden fikirkan ialah menjurus kepada hubungan seks sahaja sedangkan apa yang dipraktis oleh Nabi Ibrahim ialah "ILMU". Itulah nafkah batin Nabi Ibrahim kepada Siti Hajar.

Jika berani pertikai, silalah komplen cara Nabi Ibrahim tu.

Cuba kita bayangkan Siti Hajar seorang yang bekerjaya. Siap outstation luar Negara sampai berminggu-minggu. Mungkinkah seorang nabi mampu untuk dihasilkan? Fikirkanlah sendiri, kita mahukan anak berakhlak sebaik nabi, tetapi beralasan itu dan ini untuk menjadi suri yang mengabdi kepada suami walaupun dalam keadaan ketiadaan suami di sisi.

Terlalu banyak yang mahu kami ceritakan, dan terlalu sedikit ruang yang mampu kami coretkan di sini. Jika Allah perintahkan, pasti Allah juga beri jalan keluar. Jangan risau tentang nasib ibu tunggal, anak yatim dan sebagainya. Semua itu sudah diambil kira. InsyaAllah kami boleh kongsikannya di artikel lain atau bila kita buat bengkel parenting nanti.

Ini sahaja sudah sangat panjang dan kami harap, ia berbaloi untuk anda baca dan kongsikanlah kepada mereka yang masih lagi mencari-cari jawapan dan penyelesaian.

Nukilan
WARGA PRIHATIN

Kisah Penghulu Wanita Di Syurga Syaidatina Fatimah r.a

Kisah Penghulu Wanita Di Syurga Syaidatina Fatimah  r.a
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dia membesar dalam suasana kesusahan. Bondanya pergi ketika usianya terlalu muda dan masih memerlukan kasih sayang seorang ibu. Sejak itu, dialah yang mengambil alih tugas menguruskan rumahtangga seperti memasak, mencuci, mengemas rumah dan menguruskan keperluan ayahandanya. 

Di sebalik kesibukan itu, dia juga adalah seorang yang paling kuat beribadah. Keletihan yang ditanggung akibat seharian bekerja menggantikan tugas ibunya yang telah pergi itu, tidak pula menghalang Sayidatina Fatimah daripada bermunajata dan beribadah kepada Allah SWT. Malam- malam yang dilalui, diisi dengan tahajud, zikir dan siangnya pula dengan sembahyang, puasa, membaca Al Quran dan lain-lain. Setiap hari, suara halusnya mengalunkan irama Al Quran. 

Di waktu umurnya mencapai 18 tahun, dia dikahwinkan dengan pemuda yang sangat miskin hidupnya. Bahkan oleh kemiskinan itu, untuk membayar mas kahwin pun suaminya tidak mampu lalu dibantu oleh Rasulullah SAW. 

Setelah berkahwin kehidupannya berjalan dalam suasana yang amat sederhana, gigih dan penuh ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Digelar Singa Allah, suaminya Sayidina Ali merupakan orang kepercayaan Rasulullah SAW yang diamanahkan untuk berada di barisan hadapan dalam bala tentera Islam. Lalu, seringlah Sayidatina Fatimah ditinggalkan oleh suaminya yang pergi berperang untuk berbulan-bulan lamanya. Namun dia tetap redha dengan suaminya. 
Isteri mana yang tidak mengharapkan belaian mesra daripada seorang suami. Namun bagi Sayidatina Fatimah r.ha, saat-saat berjauhan dengan suami adalah satu kesempatan berdampingan dengan Allah SWT untuk mencari kasih-Nya, melalui ibadah-ibadah yang dibangunkan. 

Sepanjang pemergian Sayidina Ali itu, hanya anak-anak yang masih kecil menjadi temannya. Nafkah untuk dirinya dan anak-anaknya Hassan, Hussin, Muhsin, Zainab dan Umi Kalsum diusahakan sendiri. Untuk mendapatkan air, berjalanlah dia sejauh hampir dua batu dan mencedoknya dari perigi yang 40 hasta dalamnya, di tengah bahang mentari padang pasir yang terik. Kadangkala dia berlapar sepanjang hari. Sering pula dia berpuasa dan tubuhnya sangat kurus hingga menampakkan tulang di dadanya. 

Pernah suatu hari, sedang dia tekun bekerja di sisi batu pengisar gandum, Rasulullah datang berkunjung ke rumahnya. Sayidatina Fatimah yang amat keletihan ketika itu lalu meceritakan keperitan hidupnya itu kepada Rasulullah SAW. Betapa dirinya teruk bekerja, mengisar tepung, mengangkat air, memasak serta melayan anak-anak. Dia berharap agar Rasulullah dapat menyampaikan kepada Sayidina Ali, kalau mungkin boleh disediakan untuknya seorang pembantu rumah. 
Rasulullah saw merasa belas terhadap penanggungan anakandanya itu. Namun baginda amat tahu, sesungguhnya Allah memang menghendaki kesusahan bagi hamba-Nya sewaktu di dunia untuk membeli kesenangan di akhirat. Mereka yang rela bersusah payah dengan ujian di dunia demi mengharapkan keredhaan-Nya, mereka inilah yang mendapat tempat di sisi-Nya. Lalu dipujuknya Fatimah r.ha sambil memberikan harapan dengan janji-janji Allah. Baginda mengajarkan zikir, tahmid dan takbir yang apabila diamalkan, segala penanggungan dan bebanan hidup akan terasa ringan. 

Ketaatannya kepada Sayidina Ali menyebabkan Allah SWT mengangkat darjatnya. Sayidatina Fatimah tidak pernah mengeluh dengan kekurangan dan kemiskinan keluarga mereka. Tidak juga dia meminta-minta hingga menyusah-nyusahkan suaminya. 

Dalam pada itu, kemiskinan tidak menghilang Sayidatina Fatimah untuk selalu bersedekah. Dia tidak sanggup untuk kenyang sendiri apabila ada orang lain yang kelaparan. Dia tidak rela hidup senang dikala orang lain menderita. Bahkan dia tidak pernah membiarkan pengemis melangkah dari pintu rumahnya tanpa memberikan sesuatu meskipun dirinya sendiri sering kelaparan. Memang cocok sekali pasangan Sayidina Ali ini kerana Sayidina Ali sendiri lantaran kemurahan hatinya sehingga digelar sebagai 'Bapa kepada janda dan anak yatim' di Madinah. 

Namun, pernah suatu hari, Sayidina Fatimah telah menyebabkan Sayidina Ali tersentuh hati dengan kata-katanya. Menyedari kesilapannya, Sayidatina Fatimah segera meminta maaf berulang-ulang kali. Apabila dilihatnya air muka suaminya tidak juga berubah, lalu dengan berlari-lari anak dia mengelilingi Sayidina Ali. Tujuh puluh kali dia 'tawaf' sambil merayu-rayu memohon dimaafkan. Melihatkan aksi Sayidatina Fatimah itu, tersenyumlah Sayidina Ali lantas memaafkan isterinya itu. 

"Wahai Fatimah, kalaulah dikala itu engkau mati sedang Ali tidak memaafkanmu, nescaya aku tidak akan menyembahyangkan jenazahmu," Rasulullah SAW memberi amaran kepada puterinya itu apabila perkara itu sampai ke pengetahuan baginda. 

Begitu sekali kedudukan seorang suami yang ditetapkan Allah SWT sebagai pemimpin bagi seorang isteri. Betapa seorang isteri itu perlu berhati-hati dan sangat berhalus di saat berdepan dengan suami. Apa yang dilakukan Sayidina Fatimah itu bukanlah disengajakan. Apatah lagi, bukan juga dia merungut-rungut, marah-marah, meninggi suara, bermasam muka, merajuk atau lain-lain karenah yang menyusahkan Sayidina Ali k.w. Pun Rasulullah SAW berkata begitu terhadapnya. 

Semasa perang Uhud, Sayidatina Fatimah telah turut sama merawat luka Rasulullah. Dia juga turut bersama Rasulullah semasa peristiwa penawanan Kota Makkah dan ketika ayahandanya mengerjakan 'Haji Wida' pada akhir tahun 11 Hijrah. Dalam perjalanan haji terakhir ini Rasulullah SAW telah jatuh sakit. Sayidatina Fatimah tetap di sisi ayahandanya. Ketika itu Rasulullah membisikkan sesuatu ke telinga Fatimah r.ha yang membuatkannya menangis, kemudian Nabi SAW membisikkan sesuatu lagi yang membuatkannya tersenyum. 

Dia menangis kerana ayahandanya telah membisikkan kepadanya berita kematian baginda. Namun, sewaktu ayahandanya menyatakan bahawa dialah orang pertama yang akan berkumpul dengan baginda di alam baqa', gembiralah hatinya. Sayidatina Fatimah meninggal dunia enam bulan setelah kewafatan Nabi SAW, dalam usia 28 tahun dan dimakamkan di Perkuburan Baqi', Madinah. 

Begitu sekali wanita yang utama, agung dan namanya harum tercatat dalam al-Quran, disusah-susahkan hidupnya oleh Allah SWT. Sengaja dibuat begitu oleh Allah kerana Dia tahu bahawa dengan kesusahan itu, hamba-Nya akan lebih hampir kepada-Nya. Begitulah juga dengan kehidupan wanita-wanita agung yang lain. Mereka tidak sempat berlaku sombong serta membangga diri atau bersenang-senang. Sebaliknya, dengan kesusahan-kesusahan itulah mereka dididik oleh Allah untuk sentiasa merasa sabar, redha, takut dengan dosa, tawadhuk (merendah diri), tawakkal dan lain-lain. Ujian-ujian itulah yang sangat mendidik mereka agar bertaqwa kepada Allah SWT. Justeru, wanita yang berjaya di dunia dan di akhirat adalah wanita yang hatinya dekat dengan Allah, merasa terhibur dalam melakukan ketaatan terhadap-Nya, dan amat bersungguh-sungguh menjauhi larangan-Nya, biarpun diri mereka menderita.


Tiap Insan Adalah Penyampai Dan Daie (penyeru)

Teks & Gambar : Insyirah Azhar


Bismillah.

[[ Tiap Insan Adalah Penyampai Dan Daie (penyeru) ]]

Tiap daripada kita adalah penyampai dan hanya penyampai. Tiada siapa yang mampu memberi hidayah kepada orang lain. Kita boleh seru manusia kembali kepada Allah, namun kita tidak mampu memberi hidayah kepada orang yang kita seru.

Hatta Rasulullah S.A.W. tiada kuasa veto itu. Apa yang boleh kita lakukan hanya berusaha.

Contoh, kita adalah seorang trainer motivasi. Kita motivate ramai orang ketika dalam training. Namun, impak tetap tertakluk kepada Allah S.W.T.

Adakalanya kita yang akan menjadi asbab seseorang itu berubah. Suka untuk dikongsi ayat berikut,

"Teruskan berdakwah, siapa tahu, kita sedang mengkabulkan doa orang lain."

Haza min amri Rabbi, banyak perkara yang boleh kita nampak terjadi sedemikian.

Contoh, seseorang sedang cari solusi. Dan beliau terjumpa seseorang yang membantu menyelesaikan masalah beliau.

Andai dalam maya, berkait dengan tulisan.

"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya kekal abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan membahagiakan akhiratmu." (Saidina Ali Abi Talib)

Kebaikan dan keburukan itu berjalan selari. Oleh sebab itu, tetapkan niat untuk sentiasa sebarkan kebaikan. Else, kita akan terlajak di landasan buruk. Nauzubillahi min zalik.

------------
70 Lessons - Pengajaran lebih 3 tahun daripada aspek bisnes, kehidupan dan spiritual
------------

Begitu juga dalam ebook 70 Lessons. Kami telah rangkumkan lebih 70 pengajaran, yang kami peroleh sepanjang 3 - 5 tahun. Dengan izin Allah, membaca ebook ini dapat membantu pembaca,

- Menjimatkan wang
- Menjimatkan masa
- Meminimakan kerugian

Ia ibarat 'pantang larang' dan tip-tip daripada aspek bisnes, kehidupan dan spiritual. Yakni, apa yang perlu buat dan jangan buat dalam bisnes, kehidupan dan spiritual.

Insya-Allah.

“Orang yang bijak adalah orang yang ambil pengajaran daripada orang lain. Andai kita telah peroleh pengajaran, kita tidak perlukan pengalaman.”

"When you get the lessons, you don't need experience."

Contoh, apa kita rasa apabila kita dapat memahami pengajaran kitab Al Quran, hikmah tiap ujian yang kita dapat? Pasti rasa lebih better. Dan kita tidak mengulangi apa yang dilarang dalam Al Quran, dan mempraktikkan Do yang dinyatakan dalam Al Quran.

Begitu juga tentang ebook 70 Lessons.

Muatturun ebook 70 Lessons dengan klik pada link di bawah,


Nota: Ia boleh dimuatturun dalam bentuk ebook sahaja. Setelah pembayaran, bakal pembaca akan dapat ebook dalam format .pdf melalui emel yang diberikan.

Alhamdulillah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...