Jumlah Pelawat

Jerebu oh jerebu... 260613

Teks : Norazira Mohamed
Gambar : Carian Google



Sejak dua tiga menjak ini, isu jerebu sering di perkatakan. Tak kisah samada sesama rakan ofis, sembang dengan jiran tetangga ataupun status yang di kemaskini di laman sosial. Kebanyakannya berkisar tentang isu jerebu. Ya, jerebu memang hangat diperkatakan di mana-mana. 


Jadi, apa itu jerebu sebenarnya. Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas, jerebu adalah satu fenomena tradisi atmosfera di mana debu, habuk, asap dan lain-lain zarah mencemar kejelasan langit. Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan.

Oleh yang demikian, masalah pernafasan sering dikaitkan dengan isu jerebu. Menurut berita, penyakit asma, iaitu penyakit yang merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas meningkat 100% di musim jerebu ini. Malah, bukan sahaja kepada penghidap penyakit asma, orang-orang biasa juga terkesan dengan jerebu ini. Ada yang dah mula batuk-batuk, ada yang dah mula selsema, ada juga yang pedih mata dan sesak nafas. Kesihatan perlu dijaga dengan sebaik mungkin. Tiada kompromi. Minumlah air masak dalam kuantiti yang mencukupi.


Satu lagi isu yang timbul ialah persekolahan anak-anak. Isu ini hanya di alami oleh ibubapa atau penjaga. Oleh kerana disebabkan jerebu, ada sekolah yang ditutup. Jadi, persoalan yang sering ditanya oleh ibubapa ialah "esok sekolah ke?" Hari Isnin lepas, sekolah di Selangor dan Kuala Lumpur diumumkan cuti. Pada hari Selasa, sekolah dibuka semula. Tapi ada sesetengah sekolah yang terpaksa ditutup semula apabila kualiti udara didapati pada tahap membimbangkan dan ibubapa dipanggil untuk mengambil anak masing-masing.

Yang menjadi persoalan, anak di beri cuti, tapi ibubapa tidak. Bagi ibubapa yang tiada alternatif bagi penjagaan anak, terpaksa mengambil cuti segera bagi menjaga anak di rumah. Ada juga yang terpaksa membawa anak-anak ke pejabat. Apakan daya, sebagai ibubapa yang berkerjaya, masalah penjagaan anak sering menjadi isu. 

Kadang-kadang isu begini sering membuatkan saya, seorang ibu yang bekerja, terfikir untuk berhenti kerja. Oleh itu, jika berlaku masalah sebegini, anak-anak dapat di utamakan. Semoga Allah permudahkan urusan saya ke arah itu, jika itu yang terbaik buat saya. Pada masa ini, marilah kita sama-sama berdoa semoga jerebu ini akan cepat-cepat menghilang dari ruang udara dan semoga semuanya di lindungi Allah. InsyaAllah...


Dapatkan Pakej Asas Wahm Soho: Bekerja Dari Rumah
Harga asal : RM125, Harga sekarang : RM100
Promosi bermula 1 Jun hingga 30 Jun 2013.
Klik sini untuk tempahan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...