Jumlah Pelawat

Kisah anak kecil ku - 240613

Teks : Norazira Mohamed
Gambar : Sendiri


Salam kasih sayang buat pembaca sekelian. Terlebih dahulu mohon dan maaf jua saya pinta kerana sudah agak lama tidak mencoretkan kalam di dada blog ini, terutamanya buat sifu penulisan saya, Puan Masayu Ahmad. Keadaan agak huru hara dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Sungguh saya tidak dapat meluangkan masa dengan penulisan atau mencoret kisah kehidupan. Sungguh saya tidak mampu untuk konsisten menulis bila berdepan dengan dugaan lebih-lebih lagi melibatkan anak-anak.

Bermula dengan anak kecil saya, Aydeen, anak yang ke empat, demam panas selama seminggu pada minggu pertama cuti sekolah. Rutin kehidupan saya pun bertukar corak. Lebih-lebih lagi dengan ketiadan pengasuh yang bercuti selama seminggu. Pada en Suami saya sandarkan tanggungjawab menjaga si kecil dan anak-anak lainnya pada waktu itu di sebabkan cuti saya pun dibekukan sehingga bulan Jun.

Apakan daya, sebagai seorang ibu, saya cuba melakukan yang terbaik. Setiap waktu rehat pada tengah harinya, saya akan pulang menjengah si kecil dan membawa pulang makanan tengah hari. Sungguh seminggu itu betul-betul meletihkan buat saya yang berbadan dua ini. Kadang-kadang, terpaksa di bawa Abang yang sulung dan kakak, anak yang ketiga ke tempat kerja supaya en. Suami dapat fokus pada si kecil yang memerlukan perhatian. Ya, sehingga saya di tegur majikan. Dan sungguh saya tertekan.

Setelah 6 hari demam masih belum kebah, saya rujuk kembali Aydeen ke klinik dan Doktor mencadangkan supaya Aydeen di bawa ke hospital. Saya yakin andainya di bawa pasti Aydeen akan di wadkan. Saya tidak mahu kerana telah berjanji dengan anak-anak yang lain untuk pulang ke kampung cuti sekolah minggu kedua tu. Kebetulan, cuti sekolah minggu kedua sudah masuk bulan Jun, jadi saya boleh memohon cuti kembali. Alhamdulillah, Doktor memahami dan anak saya di berikan rawatan gas sebanyak 4 kali dalam sehari bagi memastikan pernafasannya kembali normal. Alhamdulillah, kali kelima Aydeen mendapatkan rawatan gas pada keesokkan harinya, Doktor mengesahkan Aydeen sudah boleh di bawa berjalan jauh. Pulang ke kampung halaman mengambil masa 8 jam.

Seminggu di kampung, Aydeen sihat walafiat. Tiada panas walaupun dalam sehari. Dan dia aktif dan ceria seperti biasa. Berbagai aktiviti di lakukan di kampung. Anak-anak yang lain pun bergembira. Alhamdulillah, Allah memudahkan urusan kami di kampung. Seminggu di kampung, kami pulang kembali ke bandar.

Aydeen senang mandi jeram

Kembali ke pejabat, terus saya di tanya urusan kerja yang belum selesai. Arahan lambat di berikan, membuatkan kerja yang dilakukan sebelum ini terpaksa di ulang semula. Itulah jadinya bila bos hanya tahu mengarah tanpa bertanya permasalahan. Ahh, saya hanya mentimun, di golek terluka, tergolek pun terluka. Buat je lah.

Tetiba, Sabtu lepas, Aydeen demam kembali. Ah kacau. Setelah 3 hari demam masih belum kebah walau pun ubat telah diberikan. Habis penangan ubat, badan panas kembali. Di bawa ke klinik dan sepeti biasa Aydeen di berikan rawatan gas bagi memudahkan pernafasan. Aydeen belum lagi di kategorikan sebagai pesakit asma yer, tapi kalu tidak di rawat semasa kecil ni, sampai besar lah nanti dia akan mendapat asma. Doktor membuat surat rujukan ke Hospital Serdang. 

Hari berikutnya, saya membawa Aydeen ke hospital. Kalau ditahan wad pun saya redha daripada melihat keadaanya lemah dari sehari ke sehari. Alhamdulillah Aydeen tidak ditahan, cuma Doktor memberikan ubat lain bagi mengawal lelahnya. Kata Doktor ini adalah antara ubat bagi memastikan lelahnya tidak akan menjadi asma hingga dewasa. Mencegah lebih baik dari merawat. Mudah-mudahan ubat ini serasi dengan Aydeen.

Aydeen yang keletihan akibat asyik muntah
Alhamdulillah, kini Aydeen sugah semakin sihat. Makan juga sudah lalu walau tidak sebanyak biasa. Main juga sudah mahu dengan abang-abang dan kakaknya. Alhamdulillah, gembira hati ibu melihat Aydeen sudah tersenyum kembali. Moga Allah pelihara anak-anak ibu dan diberikan kesihatan dan kesembuhan. InsyaAllah.. Amin.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...