Jumlah Pelawat

Bahasa Kasih Sayang


Image result for mom angry at daughter cartoon




Sebagai ibu bapa kita perlu membiasakan diri menggunakan bahasa kasih sayang ketika berkomunikas dengan anak-anak kita. Kata-kata yang lembut yang penuh positif mampu menjadikan anak-anak kita membesar sebagai orang yang berjaya. Elakkan dari menggunakan bahasa ugutan dan ancaman kerana ianya bisa membuatkan anak-anak membesar menjadi anak yang tiada keyakinan diri.

Kita perlu sedar bahawa anak-anak bukanlah orang bawahan yang boleh kita arah-arahkan sesuka hati. Gunakan bahasa yang bisa membuatkan hati anak-anak lembut apabila mendengarnya dan mempunyai pengajaran yang akan diingatinya dengan mudah.

Tutur kata yang lembut dan penuh kasih sayang serta menekankan mesej kebajikan menjadikan kita sebagai ibubapa yang menyeronokkan dimata anak-anak. Elakkan menggunakan bahasa yang berunsur hukuman dan gertakan malah biasakan diri menuturkan bahasa kasih sayang, persuasif dan cinta.

Di bawah merupakan beberapa dialog-dialog yang boleh kita gunakan sebagai inspirasi didalam menekankan penggunaan bahasa kasih sayang didalam berkomunikasi dengan anak-anak.


Dialog 1:
"Abang sayang, mari kita solat. Moga Allah bertambah sayang kepada kita, ibu, baba dan kamu. Siapa solat in sya Allah masuk syurga"
ATAU
"Mari anak baba yang soleh. Jom kita solat bersama, Biar Allah bertambah sayang" 
BUKAN 
"Pergi solat!Kalu tidak solat kamu akan masuk neraka!" 

 Dialog 2 :

"Lihat orang itu. Kasihankan? Anak ayah yang pemurah, berikan sedekah ini padanya. Moga anak ayah disayangi Allah"
BUKAN
"Pergi beri wang pada orang itu. Jangan kedekut! Orang kedekut masuk neraka tahu?"
Dialog 3 :

"Wahai anak ibu yang bijak dan pembersih. Apabila anak ibu tidak membuang sampah merata-rata, Allah pasti suka. Mari kita bersihkan sampah ini. Ingat tau, Allah sayang sesiapa yang sukakan kebersihan"
BUKAN
"Hei, pungut sampah tu!Pengotor la kamu ni"
                                        Image result for mom angry at daughter cartoon muslim


Dialog 4 : 

"Habiskan makanan itu sayang ayah yang baik hati. Ayah tahu kamu anak soleh yang dapat habiskan makanan tu. Allah suka pada orang yang tidak membazir dan tidak membuang makanan"

BUKAN
"Habiskan! Susah-susah ayah cari duit, kamu senang-senang mahu buang nasi. Kamu ni nak jadi sedara syaitan ker? Orang yang suka membazir tu saudara syaitan. Habiskan cepat" 

Moga perkongsian saya kali ini memberikan manfaat buat semua.

Rujukan : Screaming-free parenting oleh Teguh Iman Perdana

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...